Sunday, March 18, 2018

Pasta Goreng Dengan Zucchini & Tomato Ceri

Assalammualaikum semua...

Cuti2 hujung minggu ni macam biasalah ye, kita kaum hawa musti nak masak sedap2 untuk keluarga tercinta kan. Tidak terkecuali untuk saya jugak. Hujung minggu lah masa yang paling sesuai untuk main masak2 di dapur. Biasanya kalau masak lauk tu saya akan masak lebih untuk dijadikan frozen food, senang untuk suami jugak. Bila nak makan, tinggal panaskan saja makanan dan makan ikut suka dia nak digandingkan dengan nasi, roti or oat. 

Hari ini saya sediakan pasta untuk lunch kami. Ini tak boleh nak frozen lah ye, tak berapa sesuai. 

Antara bahan2 yang diperlukan:
Pasta ikut apa jenis yang ada di dapur uolsss
Bawang merah > dihiris 
Bawang putih   > dicincang
Zucchini            > dipotong memanjang 
Tomata ceri      > dibelah 2
Meatloaf ayam > dipotong kecik2
Sosej                   > dipotong kecik2
Olive oil 
Butter
Serbuk lada hitam
Bahan perasa
Parmesan cheese 

Rebus pasta sehingga masak, tos dan ketepikan. 

Panaskan olive oil dengan butter dan tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan meatloaf dengan sosej dan kacau sehingga masak. Masukkan zucchini dan tomato ceri dan kacau sehingga sayur sedikit layu. Masukkan pasta yang sudah dimasak awal tadi bersama serbuk lada hitam dan bahan perasa. Masukkan sedikit olive oil dan kacau semua bahan dan boleh tutup api 

Taburkan parmesan cheese semasa menghidang. Makan ketika panas2 baru um 😋 

Kaki masih sakit akibat larian malam tadi. Itu sebab tiada langsung training sebelum run event...akibatnya tuan badan tanggung sendiri 😓

3 comments:

fizalinolie said...

Wah! Nampak sedap. Hehe...

Putri said...

Sedapnya..tp zucchini tu nk cari kat mana ye????

dear anies said...

ada lg x? sy nk sepinggan ;-)