Monday, April 16, 2018

Standard Chartered KL Marathon 2018

Assalammualaikum semua...

This event memang saya sentiasa tunggu2 every years dan tahun ini dalah 10th aniversary for this run event host by Standard Chartered.

Boleh pulak sehari sebelum event day saya terlupa nak check road closing, sudahnya berpusing2 sekitar Jalan Conley dekat 1/2 jugak. Mujur saja keluar rumah awal dalam 4am sebab run start 530am. Walaupun memang ada cuak jugak sampai nak cari jalan ke LRT pun tersekat sama tapi akhirnya suami dapat jugak jumpa jalan keluar dan terus ikut Jalan Pudu dan terus ke Dataran Merdeka. Saya turun betul2 berhampiran Dayabumi dah jalan lari2 aka worm up ke Dataran dan terus lagi ke hadapan bangunan DBKL untuk simpan bag. Suami pun katanya stuck jugak sebab tak dapat masuk Kg Baru, tapi berjaya jugaklah dia convince polis yang jaga lalu lintas tu untuk bagi dia lepas nak balik rumah. Terkubur jugak niat tahun ni nak cuba naik tren free ke SCKL, kita cuba tahun depan pulak ye 😏

Seramai 11 ribu peserta untuk acara 21km sahaja, memang ramai dan saya berada di start pen 4. Kita orang2 lari tak laju, kena dok belakang2 lol 😐 Di awal permulaan larian memang hajab sikit, tak boleh nak laju langsung disebabkan ramaiiiiii runner yang lain. Masa ni jangan harap nak dapat tengok belon pacer, memang jauh ke depan. Route for this year untuk 21km lebih landai kecuali dalam 10km yang akhir baru ada bukit2 "membunuh" di sekitar Jalan Duta. 

Dapat habiskan larian with painless, alhamdulillah kaki bagi kerjasama yang baik this time walaupun nak akhir2 larian tu dah ada rasa kebas2. Tak tunggu lama, singgah water station mintak medic people spray 2 belah kaki...heal dan terus boleh lari macam biasa. 

Lepas dapat medal terus cari group company di belah2 belakang sebab dah diberitahu company runner kena berkumpul after run untuk dapatkan snack pack sponsor by company. Event pun dapat jugak, kiranya double snack pack. Duduk rehat hilangkan penat sampai 9am lebih kurang, lepas tu terus rasa nak balik. Dah tak kuasa nak tunggu kawan2 yang masih belum sampai tu. Pegi collect bag semula dan terus balik naik tren ke Kg Baru. Tren sesak masa tu dengan kami2 yang baru habis lari dengan bau peluh memasing sampai kena jeling2 dengan orang2 biasa yang naik tren sama2 runner ni. Nak buat macam mana, hadap je la. Saya tukar baru di toilet station Kg Baru.
  
front medal

 back medal, tapi yang tengah2 tu boleh pusing2 

This is my full result, 21km Women Category. Within personal record je 😓

7 comments:

Anum said...

congrats

Suria Amanda said...

Tahniah...Kalau SA x tau la..boleh ke tak nak berlari ni..silap hb tempat terakhir..

Kakcik Seroja said...

Tahniah Ann.. :)

fizalinolie said...

Aktifnya Ann ikut larian. Bilala Fiza boleh join. Adik ipar selalu join larian mcmni...

aizamia3 said...

Tahniah.. ;)

dear anies said...

tahniah! tp agk kesal bila terbaca peserta yg menipu tu... konon msk full marathon rupanya naik LRT cit!

Lan Bingka said...

Tahniah!