Thursday, July 12, 2018

Bila gambo digunapakai

Assalammualaikum semua...

Pernah tak gambar korang digunakan untuk sesuatu activity berbentuk perniagaan secara online. Contohnya gambar digunakan untuk tujuan mempromosi sesuatu product. Sekiranya gambar digunapakai dengan kebenaran dari tuan empunya badan mungkin takde masalah kot ye, mesti ada 'some agreement' dekat situ. TETAPI sekiranya gambar yang digunakan untuk tujuan yang sama tapi TIDAK mendapat kebenaran dari tuan empunya diri....APAKAH hak kita?!!!

Share sikit pada yang pernah melalui keadaan seperti di atas. Atau mungkin boleh share pandangan dan pendapat.  

Seperti nasi ayam kunyit ni, banyak je rata2 tempat kita nampak orang jual. Lauk nasi rupa paras sama je antara satu sama lain tapi tidak pulak menjadi isu yang besar untuk kita sebagai PEMBELI. Kita dah tentu memilih mana yang lebih sedap dah harga berpatutan kan. Mungkin di kalangan peniaga sendiri ada persaingan antara satu sama lain. Tapi masih kita sebagai pembeli mempunyai KUASA menentukan rasa dan kepuasan sendiri.

Kalau saya, lebih mengikut apa yang menjadi keperluan dan berpatutan. Ada yang kita nampak paras rupa lawo tapi belum tentu citarasa sama. Kalau dari segi product, saya lebih kepada KESESUAIAN pada product tersebut. Tak ambik pusing pun sapa model sesuatu product tu, dah namanya model...lawo belaka la ye. Kita ni yang sedang2 je bagilah perasan lawo kejab 😂 

Pada saya, adalah lebih molek sekiranya seseorang individu atau dari mana2 syarikat pun sekiranya ingin menggunakan gambar yang bukan dari sumber rasmi angpa...mintaklah dulu KEBENARAN dari tuan punya diri. Tak patutlah MEMPERGUNAKAN hak orang lain bagi memenuhi keperluan dari pihak yang lain pulak....that's my 2 cents opinion 😃

Sedap pulak sup ni...👆Nak cari la malam ni, perut sakit sengugut ni kalau dapat sup panas2 baru berlawan sikit. 

7 comments:

She Is Farahain said...

sedap pulak tengok gambar makanan tu.hehehee..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kena mintak royalti nampaknya tu.
Bubuh watermark utk penyataan hak cipta.

Abam Kie said...

sebaik2nya minta kebenaran atau letak watermark..

E'in said...

Betul tu. Mesti ade kebenaran owner laa kan.

Nina Mads said...

sbb tu guna watermark.. hehe
rupa paras tak menjamin sedap atau tak makanan tu

QasehnyaRania said...

mintalah izin sebaiknya kan..

Siti Yang Menaip said...

kalau kita da tahu sumbernya elok contact orang berkenaan buang gambar atau sekurang2nya credit. kena ajar tak boleh macam tu.. kalo biadap gak bawak ikut laws la cuma renyah. letak watermark besar2 hehehe biar dia xleh padam =P