Thursday, September 30, 2010

Red restaurant for red lady

Pepagi dah dapat email dari my friend siap dengan gambo sekali, her son birthday selebrite dkt one of the new restaurant at Jln Liew Weng Chee, Off Jln Yap Kwan Seng. restaurant ni baru jer bukak on March this year. tujuan utama dia forward gambo2 tu semua dkt aku coz she know's my craziness in red. lepas tengok gambo, kakkkk, dkt mane restaurant ni...?!!!!
My kakak ni siap bawak flyers lagi ko...bagi dkt cik merah ni. hati tu ya Tuhan jer tau, betapa terujanya nak pegi. tak boleh jadi nih...harus pegi.

entrances

casher counter

mini store, view from the table

candle holder

our table, wah...meja idaman
memang nak cari sangat meja merah nih

in love with the curtons

room for any functions

Wednesday, September 29, 2010

2 months, 3 weeks and 5 days


Adoiii pening kepala bila pikir2 pasal wedding ni. macam2 nak kena buat, beli, tempah bagai...klu tak buat tak boleh ker ha...?!! sekarang ni tak rasa sangat penat tu, tapi tunggu sat lagi no huallawee boleh pitam babe.



Bila aku tengok entry Mimiey Hamid, cuak ko...semuanya dah in planning. aku plak planning memang dah ada tapi tak jalan2nya lagi. tah bilalah aku nak full swing buat semua bende nih. siap pukul canang, tapi semangat nan ado jugak.



Antara planning yang dah plan, tapi tak complete lagi;



1. Kursus kawin - DONE (sijil dah dapat)



2. HIV test - DONE (confirm boleh kawin)

nowadays semua negeri telah diwajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum berkahwin dan menjadi syarat2 wajib dalam form nikah nanti.



3. Ambik borang nikah / submit dekat kariah perempuan - borang dah ambik, borang shrek dah pun complete, tinggal nak submit ke jabatan agama kl jer. dah penah hantar dalam bulan puasa ari tu, tapi kadi hold dulu...borang nikah kena hantar dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah. masa shrek antar tu ade lagi 4 bulan sebelum tarikh nikah.

aku punya borang pun dah complete tapi tak boleh submit selagi borang pihak lelaki tak settle lagi.



4. Booking tarikh nikah / majlis sanding - nikah 24/12, jumaat sebelah malam, majlis sanding on the next day 25/12



5. Booking photographer - dah booked officemate aku, skang tengah tunggu quatation.

segala kerja2 photo yang aku nak, semuanya dah settle dengan dia ni, so ko tau kan nak buat macam mana...



6. Diet - ni susah sikit, dan2 text pun lain color ek. aku dah mula start diet dari bulan puasa ari tu, adalah penurunan buat setakat ni tapi shrek ni payah lah. badan makin naik, bukan makin turun...tu ha perut tu bulat sangat.



7. Butik pengantin - dah confirm nak ambik baju lace, tambahan2 yang lain jugak dah confirm seperti baju untuk sepersalinan, set bilik tido, set mini pelamin untuk akad nikah, meja makan beradap & segala accessory tambahan. yang penting payment dah start berbayar separuh dari kos yang sebenar.



8. Wedding card - dah booked, bayar deposit rm50 dulu. balance clear masa card siap nnt. yang tinggal cuma gamba untuk card, map dah final. hopefullay korang semua taklah sesat nnt ek.

9. Spa - dah confirm tempat dan product, tapi tak booked apa2 lagi. survey dkt tempat tu pun belum lagi.


10. Pengapit - bagi pengapit perempuan, aku paksa rela (tapi suka jer minah ni) anak buah sendiri jer. bagi pengapit lelaki plak, sama ade boypren anak buah aku or sepupu shrek. baju untuk pengapit dah confirm color dengan photographer, cuma kain tak beli lagi. korang sebagai pengapit...di arahkan berjumpa sembah dengan photographer nnt, ada taklimat tentang kerja2 yang harus mesti pengapit buat bila berada di atas pelamin muahahaha hebat korang.



10. Kompang + terinai - dah booked, org2 kampung sendiri jer. payment tak confirm lagi.



11. Live band - mula2 plan nak ambik live band untuk malam and karok untuk siang hari tapi tak approved oleh pak haji ishak. so terpaksa tolak karok tapi maintain live band malam ker siang. joget lambat dimulakan oleh pengantin nnt. live band dah booked, payment tak confirm lagi.






12. Menu makanan - ini urusan pak haji ishak + makpak cik + adik beradik, aku tak campur langsung.






13. Khemah/kerusi/meja including khemah/kerusi/meja untuk VIP - anak saudara sepupu dah booked, payment tak confirm lagi. susun atur khemah masih dalam perbincangan, maybe nak kena ratakan tanah dl. tunggu sepupu contack jintolak tanah plak.



14. Gift - ada 3 jenis gift

1) VIP gift dah confirm design, tunggu nak pegi tempah dkt Perak. dah booked the date & payment.

2) Normal gift dah confirm isi perutnya, tunggu production jer lagi. mostly buat sendiri.

3). Child gift dah confirm sponsors by kak jay...kakak ku. terpulang pada dia nak letak apa untuk budak2 nih.






15. Hantaran - yang ni jer aku belum beli apa2 pun lagi...adoiii. tapi takpelah ek, hantaran ni mostly barang2 untuk pengantin jer..so maybe ada or maybe not lah. yang penting mas kawin, duit hantaran & sirih junjung ikut adat.






16. Baju nikah - dah tempah, skang tunggu masa untuk fitting sekali lagi.






17. Deko hantaran - dah confirm dengan kawan aka dato'. untungnya shrek ramai kawan andam2 nih.






18. Tema kawin - dah confirm dari segi warna & concept.






19. Bunga telur - tengah survey2 lagi. beli ready made jer. yang penting ikut tema.






20. Roset - tengah survey2 lagi. beli ready made jer. yang penting ikut tema.






Wah...bila tengok balik, panjang plak listnya kan...tapi ko ingat senang nak nyusun semua ni. siap dah berkampung semua orang...skang dah tau setiap tugas memasing.






Korang mesti pelik kan dalam list aku tu, banyak sangat yang payment tak confirm lagi. tu semua bukan apa, dealing with kawan2 saudara mara sendiri jer...hopefully boleh dapat harga murah.

Meja tak beralas

cantik tak merah ni...
tapi yang ni cantik jugak kan...

ala nak pilih yang mana satu nih...tulunnnn!!! meja ku tak beralas nih...boleh nampak kaki bila duduk bersila huhuhu

Tuesday, September 28, 2010

Kuih bulan durian - Durian Lotus Paste

Teruja plak nak makan kuih bulan durian ni...tak penah merasa. manalah tau ada rasa sejibik cam durian ker atau ala2 je ker. kuih bulan ni pun orang bagi, sempat lagi aku nak complain mcm2 kan muahahaha...


Tapi bila makan sepotong tu...ehmmm memang sedap babe. rasa macam ada sebijik durian dalam kuih bulan ni dan yang penting sekali HALAL

Ingatkan serbuk rupanya biji

Dah lama rasanya aku menjadi peminat tegar nescafe, tak dapat sehari boleh pening kepala babe. dari serbuk kopi jer sampailah beli 3 in 1 setiap flavor tu aku beli tak penah miss ko. tapi tah macam mana tergerak plak dalam ati, kali ni aku nak cuba minum kopi brand lain lah...tengok belek cari jumpa lah kopi ni BONCAFE. nampak mcm menarik jer tengok, bolehlah cuba yer.

Nak jadikan cerita kan...punyalah excited sangat nak cuba mencuba kopi baru nih, rerupanya aku salah beli dek non. terbeli pulak yang bijik2 ni ha...ingatkan serbuk tadi. dah satu keja plak nak pi cari mesen kopi. takkan aku nak simpan peram bijik2 kopi nih. dekat mana ek aku nak cari tempat yang boleh mesen biji2 kopi nih...ada gak yang propose pegi pasar malam, tapi pasar malam dekat mane dek non...?!



Aku ni ade masalah sikit bila nak minum kopi ni...kopi mcm cap kapal api ker cap kapal terbang bagai tu semua aku kureng sikit. memang penah cuba minum kopi2 jenis macam tu tapi still tak boleh blahhhh babe. tekak ni nak jugaklah kopi2 yang jenis macam nescafe tu, sedappp

Monday, September 27, 2010

Akibat klu semua nak buat sendiri

Kena jadi peneman nak cari bunga telur la plak. tengah confius ni, sapa yang nak kawin...ko ker aku muhahaha. takpelah, jomlah kita g jalan TAR yer, boleh jugak aku ni tengok2 sekali bunga telur untuk kawin aku nnt. dah pegi Nilai 3 (the next entry) tapi still nak tengok2 tempat lain plak kan. ada jugak yang dah berkenan, regger pun ala2 melepasi budget jugak...wahhhh tak payah cari dkt Nilai lagi ni.





Susah sebenarnya nak buat kerja kawin ni kan, banyak sangat benda remeh temah yang nak kena tengok. macam aku sekarang ni tengah dalam peringkat pertengahan, skang ni tengah pening nak buat susun atur majlis plak...adoiii. yelah anak bapak sorang nak kawin, macam2 dalam kepala nak buat kan...ikutlah pak nak buat macam mana pun, anakmu ikut jer.

Sebulan keluar tapi 4 kali dah masuk bengkel

Atas permintaan, aku pegilah meneman my gf to Proton Show Room & Service at Jalan Sg Besi nun untuk tukar hon kereta. My gf ni baru jer keluar Persona SE, tak sampai sebulan pun usia kereta tuh. tapi walaupun tak sampai sebulan, kereta ni dah 4 kali keluar masuk pusat service yer. problem nya...tekan2 hon tak berbunyi. kereta takde hon mane boleh tahan nok, takkan ko nak jerit2 dkt kereta orang kot.

sebelum ni kereta ni pernah alami masalah yang sama tapi dah tukar baru hon tu. alih2 lepas raya ni plak, jadi balik masalah yang sama - hon tak berbunyi langsung. lebih balik bawak pegi pusat service semula, kan under warranty lagi. klu dah 2 kali masalah yang sama berulang, walhal dah tukar hon baru...atas penilikan ku lah, mesti ada masalah dengan wire2 dkt hon tu sendiri. ape kes nak tukar hon lagi klu lepas tukar nnt, hon tak berbunyi jugak kan.

ni lah agaknya yang dok heboh2 tu...promotion sempena hari malaysia tuh, tah lah tak sempat nak interview pun SA tuh



kereta yang nak kene masuk bengkel semula...tinggal yer, petang nanti tuan ko datang ambik balik kay

akhirnya siap jugak kereta tu petang tu jugak, takdelah sampai overnight dkt bengkel. kali ni hon dah ok, hopefully okay lah selamanya. gf aku ni dah tak larat nak dengar laki membebel pasak kereta nih. tu lah, ai dah suruh ambik cik CT, u takmo hihihihi

Semua dah mula kerja

Sekarang ni tentu dah ramai yang balik bekerja kan selepas cuti raya sakan. 2 minggu ko cuti raya, syokkk!!! tapi ada gak yang tak syok nya...jalan dah mula jam balik. elok2 dari umah ker tempat kerja 20 mins skang dah jadi 45 mins...stress dah. aku plak bila dah sampai tempat parking, gagau2 cari mana plak peginya card parking aku, tetiba teringat...alalala my gf pinjam mingu lepas, lupa nak ambik balik. terus kena ambik ticket parking huhuhu.

card parking aku yang gf pinjam

card parking gf yang aku pinjam

ticket parking yang kene ambik...tak pasal2 aku bayo 8 hengget ari ni untuk parking. nasib baik tak parking dkt dayabumi, lagi membunuh parking fee nya


Ramailah jugak yang sibuk bukak hamper raya ni, dah semua ade kan...bleh bagi sama raya. ai as a head of the GM Office dapat jugak tempias hampersss nih. thanks a lot babe

Subak Cafe Photos 3

...dan lagi