Thursday, March 31, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Beras Basah Part 2

Gelap melenggut badan si Faizal ni...dah berbelang2 pulak aku tengok, takpalah dia kata sekali sekala bukan selalu. time's up dah masa ni, cukup sejam sudah pun berendam. semua ahli kumpulan bot kami dah mula bergerak ke jeti semula. takdanya nak salin2 baju sebab dekat pulau ni memang takda toilet/changing room. bakai baju sama dari basah sampai kering balik.

Tempat ni memang syoklah kalau nak ada feeling2 bercanda di tepian pantai lalalala cuma yang menghalang hanyalah panas terik. kawasan pulau ni memang banyak pokok2 so takda masalah untuk nak cari tempat berteduh pun. macam aku ni memang haruslah mencari tempat teduh gini...panas weh.

Tempat ni tak takda toilet, so towel tu bawak untuk lap2 jer badan yang basah...kalau ada berannn selamber jelah tukar baju seluar basah dekat balik pokok tu. pasir2 dekat pulau ni memang halusss sangat sampai tak terasa macam pijak pasir la.


Snap pulak gambo ikan kecik2 ni, asyik snap gambo ikan dugong besar tu je bosan pulak kan.


Wednesday, March 30, 2011

Lepas lelah di Juiceworks

Rasa dahaga..tiba2 nak minum juice!!! meh cuba minum juice dekat Juiceworks ni, lenguh kaki tu berjalan. 1st time aku minum terus teruja nak cuba lagi minuman yang lain pulak dan sudah pasti berasaskan buah buahan.

Yang syok nya bila minum dekat sini, dah tentu kita boleh pilih apa yang kita nak minum. lagi satu, boleh jugak mintak suggest dekat depa minuman apa yang patut kita minum. buatnya waktu tu batuk2 ka selsema ka, bolehlah depa tentukan buah apa saja yang boleh atau tak boleh di makan atau buat juice sekali pun.

Cuba2lah...aku waktu ni minum berry liscious - campuran segala buah berry yang ada, no add sugar...perh nikmat. untuk Faizal pulak, dia cuba minuman diet juice. ambik ko...dibaginya campuran buah nanas dengan limau. memang terbaek bila pegi toilet weh...


Nak cuba, meh datang Mid Valley, dekat The Curve pun ada sama.

Tuesday, March 29, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Beras Basah

Lambat pulak rasanya nak abis citer island hoping ni...banyak pulau rupanya dekat Langkawi yer. mulanya pegi Pulau Dayang Bunting, lepas tu Pulau Singa Besar, skang ni pulak pegi Pulau Beras Basah.

Lepak dekat pulau ni pun sejam je...takat nak berendam tu bolehlah. takda apa pun dekat sini, tapi pemandangan memang superp lawa, langit biru, burung helang sayup2 je terbang, monyet pun boleh lah jugak sayup2 dalam semak. ada orang tu memang dah tak sabar nak berdugung tepi pantai...sambil senyum simpul tersimpul je.

Bukti dah sampai...nanti orang kata propa je lebeh. aku memang tak mandilah coz aku berdua je. kalau 2 mandi, sapa pulak yang nak jaga barang2 nanti. aku takat ambik gambo je, yang si Faizal dah tak kisah aku ni dekat darat. aku suka pegi dekat pulau ni...memang aman je, maybe next time sampai lagilah dekat sini tapi kali ni aku nak mandi pulak, Faizal jaga barang.

tu ha....nampak tak?!!!

Cari port best punya bawah pokok dapat teduh sikit. panas sangat sampai kecik mata...

Duduk dan tunggu si Faizal abis mandi...

Monday, March 28, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Singa Besar

Alahai sayup2 je nampak burungnya...maklumlah camera mak ni cinonet jo, takdalah nak pakai yang ngabok besau tu, mak tak hado. dah pakai camera conet, gambo burung pun conet jugak. pandai2lah korang nak bayangkan burung helang terbang tu macam mane ek.

Dekat dengan Pulau Singa Besar ni lah tempat helang2 terbang mencari makan gamaknya. banyak ikan kot dekat pulau ni, memang banyaklah jugak helang waktu ni. bot ni taklah berhenti dekat pulau tu tapi dok tengah laut ni sambil tengok gelagat helang2 tu suma. sakanlah penghuni bot ni mengambokan helang tu termasuklah aku, walaupun ku tau besar manalah sangat gambonya ku tangkap. janji ado


Memang takda activity lain selain dari melihat helang sesaja.


Sunday, March 27, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting Part 5 and Fish Feeding

Keseluruhannya memang menariklah pulau ni, rugi kalau datang Langkawi tak buat aktiviti islang hoping ni.

Cuma kena ingat...bila datang sini jangan pulak korang bawak bag plastik sebab bag plastik tu semua akan menarik perhatian monyet2 yang ada dekat pulau ni. simpan baik harta benda korang supaya tak jadi adegan berebut dengan monyet pulak nanti.



Singgah sekejab je dekat floating restaurant ni. besau2 ikan dekat sini...ngeri pulaklah aku membayangkan kalau nak makan. selain dari ikan, lobster pun ada jugak. tapi tulah tak lama singgah dekat sini unless kalau ada permintaan yang nak makan dekat sini.


Saturday, March 26, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting Part 4

Sebab tak pandai berenang, dapat rendam kaki pun okay jugaklah. selama sejam dekat situ, memang ni je yang aku buat sambil berjemur tengah panas terik ni. nak jugak ambik berkat kan katanya mandi dekat tasik ni boleh mengubati kemandulan, ala2 kalau tak boleh nak mengandungkan atau mengandung tu, lepas mandi dekat tasik ni terus boleh kannn. tah betul atau tidak, cuba jelah kan. yang penting berusaha...


Tasik Dayang Bunting ni cantik sebenarnya kan...macam dekat lake garden rasanya. tempat ni di jaga dengan baik, kawasan pun bersih je.


Time's up...moh kita gerak pegi pulau lain pulak. dah penat weh sun bath dekat tasik tuh...kulit pun dah berkilat silau. sekali lagi nak mendaki turun bukit untuk pegi ke jati semula...memang ya amat penatnya. sekali lagi terpaksa berjaga2 dengan penyambut tetamu tu jugak.


Friday, March 25, 2011

Siap kad walimatul

Memandangkan harga setem sekarang ni dah mahal, rm0.60 untuk satu surat. gayanya aku buat hand delivery je for my wedding card. kad kawin ni pulak charge nya lain bergantung dengan size dengan segala gambo mak nek dekat envelope tu semua ambik timbang kati jugak. jadi kalau nak antar kad tu dekat kawan2 dekat, hantar jelah by hand, menjemput mulut dengan kad datang sekali tukan afdolll. kalau tak sempat nak jumpa, kirim2 je dekat kawan yang boleh di harap, jangan pulak di bagi dekat kawan yang lepas sebulan ko kawin, baru kad kawin nak sampai, tu dah terlambat sudah.

Masa ambik kad ni, punyalah lapo sampai kerepek ni aku tengok nikmat macam makan ayam golek ko...kemain makan sampai tinggal plastik je.

Aku tak buat apa2 special design untuk aku punya kad kawin...cuma ambik contoh yang ada and blend kan aja dengan design yang lain. mula2 tu memanglah very the sure sangat yang Faizal nak design sendiri our wedding card tapi sebab dia pun tak dan2 nak keja lagi mau pikirin, jadi kadnya aku yang pikirin. jadi bila aku yang pikirin, for sure ku pikirin yang senang2 aja. tak payahlah canggih manggih sangat, takda orang yang nak buat koleksi kad kawin pun.

Walaupun pun just a simple card tapi 1500 keping jugak ku order untuk dua2 belah pihak sekali jalan.

Banyak jugak tempat2 yang membuat tempahan kad kawin ni, cari je dekat Jalan TAR tu pun melambak. kalau korang ada kawan yang buat business buat kad ni pun cantek jugak, bolehlah dapat member price gitu. Aku pulak buat tempahan kad kawin dekat LH Creative recommended by Mimie. memang banyaklah design2 sedia ada kad kawin, selain tu paper bag ada, kotak telur pun ada, banner pun ada jugak dan harga tempahan amatlah berpatutan. untuk kad kawin aku jatuh rm0.60 sekeping dan tempahan melebihi 1000 keping akan mendapat 1 banner percuma....berbaloi babe. tempat lain susah nak dapat harga macam ni. cumalah korang riki2 tempat ni, meh aku bagi link


dekat sini ada macam contoh kad kawin, tak payah serabut nak cari design, unless kalau memang korang dah ada design sendiri, lagi senanglah diorang tu nak buatkan je.


Thursday, March 24, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting Part 3

Tak tau pose gaya apa ni...?!!!

Bila ada dekat tasik ni, tetiba aku perasan yang pempuan ngandung tu perutnya dah hilang...ke memang angle aku duduk tu membuatkan perutnya kempis, wahhh

Kemana saja ku kelek jugak botol ayor tu. kering tekak weh jalan macam gini. korang kelek botol ayor tu pun kena hati2 jugak weh...monyet dekat sini bukan kira, mana dan je merampas.

Seluar tu aku beli dekat Pantai Cenang je, yang lain tu sendiri punya bawak dari rumah mai. sedap pakai seluar ni, sejuk je...

Takda tempat nak berteduh ye...hadapkan je terik matahari ni. tapi air tasik memang sejuk lega sungguh kaki berendam.

Setiap bot yang berhenti dekat PDB akan di beri masa selama 1 jam untuk menikmati keindahan, berendam dan segala bagai activity yang ada dekat sini. lepas ni nak pegi pulau lain pulak.

Wednesday, March 23, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting part 2

Masa ni tak ramai orang lagi yang sampai...aku dengan Faizal pulun naik bot yang pertama sekali dari jeti. dan rombongan mak kiah ni ramai yang muda2 belia, gagah perkara urat dawai. ramai teruja nak tengok tasik yang boleh mengubat kemandulan...aku yang beria2 nak jugak pegi...eh bukan aku tapi Faizal.

Mencabar jugaklah perjalanan nak sampai ke Tasik Dayang Bunting (TDB) ni...mau bergetar urat kaki ni. sepanjang berjalanan pulak berteman ko...punyalah ramai penyambut tetamu menunggu tengah tepi jalan, bawah atas pokok pun ada.

Alo apek...naper jalan tutup mata. wahhh jalan manyak susah wo...sana bukit sini bukit, sikalang ahhhh wa tulun bukit woooo. rasanya mau dekat 10 mins jugak berjalan jungle tracking ni siap berpeluh basah baju. dah terbayang2 rupa tasik tu, mau best kalau dapat berendam ni.

Aku maintain ayu lagi walaupun masa ni dah rasa macam nak tercabut kaki mendaki bukit...wah penat giloz. tak sabar ni nak mandi....chaiyokkkk

Sekali bila sampai dekat tasik...ambik ko punyalah dalam pada orang yang tak pandai berenang macam aku ni. dah la tu...takda life guard tapi life jacket adalah. tengok kedalaman, takpalah, mak tak berani turun weh...

Tapi hati mak terubat jugak...ramai mat salleh berenang dengan separuh bogel mandi selamba melompat2 dekat tasik ni. mak tengok mata tak berkelip nyah...Faizal ehem2 pun mak buat bolayan je muahahahaha

Tuesday, March 22, 2011

Langkawi Day 4 : Island Hoping - Pulau Dayang Bunting

Orang kata air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum/mandi dengan air tasik tersebut. tak taulah, tapi pulau ni pun memang penuh dengan misteri dan mitosnya. banyak sangat versi cerita lagenda tempat ni, dan yang paling terkenal sekali cerita pasal agenda Puteri Dayang Sari.

Sedang naik bot ni untuk pegi ke PDB tu, our tour guide tu lekalah bercerita tentang kisah kejadian pulau ni. seorang puteri dari kayangan suka sangat mandi dan bermain dekat sini. seorang putera raja, Putera Teja telah terjumpa dengan Puteri Dayang Sari yang leka bermain di tasik tersebut. punyalah agaknya putera tu terpegun dengan kecantikan puteri tu lalu terus jatuh cinta pandang pertama gamaknya. puaslah putera raja ni menjual ayat2 jiwang dengan lagu2 jiwang, tapi nan ado dilayan puteri tuh.

Dah abis segala usaha untuk memikat hati puteri tu, sampailah putera ni pegi berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapatkan khidmat nasihat. nasihat dari cerdik pandai ni suruhlah putera tu membasuk muka dengan air mata puteri duyung. dengan tak semena2 Puteri Dayang Sari tu terus jatuh hati dekat Putera Teja ni dek kerana ketampanannya. sebelum ni dia tengok tak tampan kot.

tengok tu...memang nampak macam perempuan mengandung kan...

Selepas puteri ni berkahwin dengan Putera Teja, Puteri Dayang Sari telah mengandung tapi kandungannya telah mati ketika dilahirkan dan tetiba puteri merasa dirinya telah di tipu. Puteri telah mengkebumikan anaknya di dalam tasik itu dan dia kembali ke alam kayangan dan tak pernah kembali lagi ke tasik tu.

Cerita ni dari versi abang tour guide kitorang...tak taulah kalau korang dengar versi lain pulak...alahaiii

Jauh jugak kalau nak pegi ke pulau ni, dari Pulau Langkawi ke Pulau Dayang Bunting ni lebih kurang 30 to 45 minit dengan bot dan fee nya pulak rm25 per person. kalau nak pegi pulau ni janganlah pulak korang nak pakai kasut lawa yer...pakai jer selipar jepun ke apa2 lah yang boleh kena air masin punya. dekat pulau tu pulak kita kena naik turun bukit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting tu. untuk aku yang memang tak berapa nak advanture bab2 mendaki ni, memang semput weh.

Cuma dinasihatkan, janganlah korang bawak barang yang di letak dalam plastik bag, sebab plastik bag tu akan menarik perhatian kera2 yang ada banyak dekat pulau ni. memang banyak ko...kera dekat sini. memang sepanjang perjalanan dalam pulau ni korang akan nampak kera sesaja. kera2 ni suka dengan plastik sebab apa tau...sebab dia tahu dalam plastik bag tu mesti ada makanan. kera2 tu akan makan apa saja yang ada dalam plastik tu sampaikan gula2 pun selamba je kera tu bukak makan. tu korang tengok dekat tangan kera tu, dah dapat sepeket gula2 yang berjaya di rampas dari seorang aso yang sama kumpulan dengan aku. siap kera tu main kejar2 lagi dengan aso tu...ngeri pulak aku ngengoknya. mujur kitorang memang tak bawak apa2 makanan waktu tu, cuma kitorang bawak botol air mineral jer. botol air, kera tu tak teruja pun.

Monday, March 21, 2011

Langkawi Day 4 : Breakfast Time

Hari ke 4 masih lagi breakfast sendiri dekat motel je...sama dengan jiran sebelah rumah tu hihihi sapa lagi si Faizal lah. kali ni bfast ada pisang goreng, cucur udang dengan ayam goreng. semuanya beli malam tadi, tak abis makan simpan untuk bfast pulak...tak elok membazir, kalau boleh makan tu belasah je. baki coklat dengan buah pun ada lagi...so mari sarapan bersama2...

Sunday, March 20, 2011

Ketentuan

Saya masih percaya kepada ketentuan jodoh tapi kadang2 tu ramai nau yang kata; "jodoh takkan datang bergolek2 kalau tak di cari kan". tapi hati tu kuat je mengatakan jodoh pertemuan ajal maut tu semuanya di tentukan oleh Tuhan yang maha kuasa. sapalah kita ni nak menafikan pulak.

Saya juga amat percaya pada percintaan selepas kahwin. walaupun saya jugak bercinta sebelum berkahwin tapi rasanya dunia percintaan tu jadi lebih bermakna selepas saya berkahwin dan tentulah lebih menarik bila bersama dengan orang yang memang kita suka ye dakkk. orang tua pun turut gembira bila saya berkahwin, tak payah pening kelapa tak lelap tidor malam nak memikirkan mana gerangan anaknya ni. saya memang selalu kena kawal, setiap hari asyik kena jejak kasih je. sekarang ni semenjak dah kawin, adalah jugak jejak kasihnya tapi more bertanya khabar. lepas tu bila saya tak jawab telephone call diorang, dah ada pulak talian hayat yang lain untuk dihubungi...call Faizal lah sapa lagi.

Selalunya bila kita bercinta sebelum berkahwin ni, perkara yang paling penting sekali adalah batas2 pergaulan antara pasangan tu sendiri cthnya;

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan
2. Menjaga maruah dan harga diri masing2...don't so cheap lahhh weiii
3. Berdoa dan menunaikan solat hajad supaya percintaan yang dimiliki di redai dan diberkati Allah
4. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah di larang sebelum perkahwinan.

Point no4 tu memang payah sikit babe, memang lalai jer tang situ adoiiii...baik2 jangan pulak nanti glamor dekat muka depan harian metro.

Saturday, March 19, 2011

Langkawi Day 3 : Dinner Time

Sebab dah lama sangat simpan entry ni, so skang aku memang dah lupa sesangat nama restaurant yang kitorang makan kali ni. tapi memang tak jauh dengan motel tempat kitorang tinggal. restaurant ni tetap dekat Pantai Cenang lagi just walking distance dah sampai. tak mo pegi dekat restaurant yang sebelum ni coz takde benda yang Faizal nak tengok sebenarnya, tapi dekat restaurant ni adooo.

kangkung belacan

siakap masak stim asam pedas tapi kurenggg mantaplah. tak cukup asamnya tak cukup pedasnya. lepas tu taruk dalam bekas yang takda tempat pembakar...so sekejab je dah sejuk. ikan masak stim macam ni syokkkk kalau makan panas2, bila dah sejuk akan rasalah hanyirrr

telur bungkus yang macam tak berapa nak reti bungkus je

ni ha sebab utama Faizal nak sangat makan dekat restaurant ni...MU ada games malam tu. nak lepas mamak, punyelah penuh pulak.

Tapi not recommended lah restaurant ni. pada aku makanannya tak berapa nak menarik tekak. biasa2 je.. tapi tu lah aku dah tak boleh recall nama restaurant ni, tapi memang tak jauh dengan AB Motel tu.