Thursday, September 27, 2012

My Homemade Asam Pedas Daging berKerisik

Dah lama rasanya tak masak asam pedas, nak pegi kedai makan asam pedas...tak mampu pulak nak menahan tahap pedasnya, at the end masak sendiri jelah. intai2 dalam ice gobok, ikan dah habis stock...yang ada cuma daging, daging kambing, ayam dengan udang sotong. akhirnya aku masak daging je, nak buat asam pedas bercampur dengan  kerisik.

Potong daging ikut suka, saya suka potong nipis2 je sebab saya ni tak pandai sangat nak potong daging...takut salah potong nanti terkeras pulak daging tu. cili kering, bawang besar, bawang putih dengan halia di kisar halus. panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi. kemudian masukkan serai, daun limau purut, daun kesum dan daun kunyit...gaul sehingga mesra dan garing. selepas tu masukkan jintan halus, serbuk kunyit dan kerisik, gaul rata dan masukkan daging. masukkan air asam jawa dan rebus daging sehingga empuk. bila daging dah empuk, perasakan dengan garam dan masukkan kacang panjang dan terung. masak seketika sehingga sayur layu dan bolehlah dihidangkan.
  
Saya suka buat kuah yang banyak sebab sedap woooo kalau buat cecah dengan roti.

Friday, September 21, 2012

Raya lagi dengan pulut kuning dan rendang daging

Menu pilihan sempena hari raya lagi untuk saya dan suami. selepas habis saja puasa sunat Syawal (puasa enam), kiranya berhari raya lagi. tanya Faizal nak makan apa, terus terpacul dari mulut dia pulut kuning dengan rendang daging. makanya mengukus merendanglah saya minggu lepas. 

Untuk membuat pulut kuning, rendam beras pulut bersama asam keping dan serbuk kunyit. paling elok rendam semalaman tapi saya rendam setengah hari je. kemudian toskan beras pulut, keluarkan asam keping tadi dan kukus. setelah agak kembang, tuangkan santan yang dicampur bersama garam. gaul mesra dan kukus lagi sehingga masak. kali ni gigih mengeluarkan kukus :)
 
Untuk buat rendang daging pulak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan serai) sehingga wangi, kemudian masukkan kerisik dan kacau mesra. setelah itu masukkan daging dan kacau mesra dengan rempahnya. seterusnya masukkan santan pekat dan daun kunyit, daun limau purut yang dihiris. kacau lagi sehingga mendidih dan masak sempurna. bolehlah dimakan bersama pulut kuning tadi.

Masih lagi mencari2 mood untuk up gambo suasana hari raya. malas weh, lebih seronok baca entry oulsss pasal suasana raya memasing. kalau up gambo suasana hari raya saya selepas habis raya pun takpe kan... 

Tuesday, September 18, 2012

Pulut tanak pakai rice cooker

Bukannya takde kukus tapi malasss kemain nak keluarkan kukus dari kotak. sudahnya aku tanak je pulut pakai rice cooker, mujur menjadi pulut tu. malam tadi teringin sangat nak makan pulut tanak dengan sambal ikan bilis tapi sayang seribu kali sayang, ikan bilis dekat kedai berdekatan rumah dah habis pulak. malas nak pegi cari tempat lain, sudahnya ikan masin kering ni je buat lawan makan dengan pulut. memang sedaplah campur pulak dengan serunding daging dan ikan.

Tanak beras pulut bersama santan, daun pandan dan garam secukup rasa. tanak macam biasa seperti masak nasi tu. lebih sedap kalau dilawan makan dengan sambal ikan bilis, aku goreng ikan kering je.

Kalau suka boleh taruk dengan kelapa parut, aku memang kureng minat dengan kelapa parut ni :0

Sunday, September 16, 2012

Laksa Johor Malaysia Day

Bersempena Malaysia Day hari ni, Faizal mintak buatkan laksa johor untuk makan tengah hari. aku masak lebih sebab boleh bagi jiran sebelah rumah makan sama, dengarnya mereka semua ada dekat rumah. my jiran ni sungguh pun anak dara bujangan tapi rajin betul memasak, lepas tu hantar dekat rumah aku jugak, jadinya 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita membalas sama' ;p

Eh sorry ye, di sebabkan malas nak bangun banyak kali untuk ambik kuah, aku angkat periuk letak atas meja makan sekali...kalau orang tua2 nampak ni, matilah kena bebel ;p

Bahan ulamannya, hiris nipis timun, kacang panjang dan lobak asin. tauge dibuang ekor dan limau kasturi dibelah dua. sambal belacan mesti ada, kalau resdung jangan makan pulak...nanti gatal hidung.

Didihkan air, garam, minyak masak dan masukkan spaghetti. biarkan lembut dan toskan, ketepikan. untuk kuahnya pulak, panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. tumiskan bahan kisar (bawang besar, serai, halia, bawang putih dan lengkuas) sehingga kekuningan. selepas tu masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. kemudian masukkan kerisik, asam keping, rempah kari dan kacau rata sehingga garing. selepas itu masukkan isi ikan dan udang yang di kisar (ikan kembung direbus, simpan stok dan kisar isi ikan tanpa tulang dan udang direbus, simpan stok dan kisar isi udang). perlahan2 tuangkan santan dan stok ikan bersama udang dan kacau rata sehingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula. siap dah...bolehlah dimakan bersama spaghetti dan ulam2an serta sambal belacan tadi :)

Happy Malaysia Day kalian (^_^) dan happy holiday

Friday, September 7, 2012

Product Ramly berzaman

Kenal burger Ramly?!! itulah yang paling femes sejak dari dulu lagi kan. zaman aku kecik sampailah la ni yang dah pertengahan 3 series ni, aku masih lagi meminati product Ramly. dulu yang paling aku suka adalah daging burger dengan daging cincang, now aku paling suka oblong pulak. benda wajib yang mesti ada dalam ice gobok aku ni :p

Aku paling suka beli burger yang dekat tepi jalan tu, memang jauh lebih sedap dari burger yang di jual di resto fast food. boleh request lagi nak mayo lebih atau pun black pepper lebih, lepas tu tak nak taruk bawang...wahhhhh memang nikmat makan betul. tapi kali ni aku tak beli, aku buat sendiri sahaja...saja nak test sama tak rasanya dengan burger tepi jalan tu ahaksss. kali ni aku sediakan Black Pepper Oblong Chicken Burger ala prosperity McD gitu

aku suka roti yang di panggan garing macam ni

Mula2 sediakan hirisan timun, tomato dan kalau suka bolehlah sekali dengan bawang besar. panggang daging oblong sehingga masak dan garing. roti hot dog dibelah dua, sapukan margerin pada permukaan dalamnya dan panggang sehingga garing/keperangan, angkat dan ketepikan. ambil roti untuk lapisan bawah dan sapukan dengan mayo. susun daun salad di atasnya dan diikuti dengan hirisan timun dan tomato. selepas itu letakkan black pepper sauce dan lapiskan dengan daging oblong tadi. ambil lapisan roti ke dua, sapukan mayo di atasnya dan kemudian letakkan di atas daging oblong tadi. sedia untuk di makan.

Faizal pulak suka roti yang keperangan begitu saja

Bila tanya mamat ni macam mana rasanya, sama tak yang macam jual dekat tepi jalan tu...of course dia kabo sedap. berani dia cakap tak sedap, mau tak berasap dapur nanti ahaksss. sapa nak puji masakan bini kalau bukan lakinya kan ;p

Alhamdulillah untuk rezeki makan malam kami hari ni, amin...

Thursday, September 6, 2012

Nak iftar dengan nasi jugak

Hari ni aku dengan Faizal berpuasa, tapi yang pasti aku berbuka sorang jelah...Faizal berbuka di tempat kerja. mulanya rasa malas jugak nak memasak tapi tekak ni terasa nak makan nasi pulak. selongkar ice gobok, kot2lah ada benda nak di masak sebab aku masih belum membeli barang2 basah lagi selepas balik dari holiday tempoh hari. mujur masih ada beberapa ekor sotong dan cuma tinggal satu jenis sayur je...bolehlah untuk makan aku sorang.

Sotong tu pulak bukannya jenis yang besar, jadi nampaknya masakan aku hari ni bakal lebih kuah dari isi sebab plannya nak masak gulai. dah lama rasanya tak makan masakan yang berkuah2 ni. takde campur dengan apa2 pun, just masak sotong gulai kosong je.

Tumiskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya. kemudian masukkan cili boh dan biarkan sehingga garing. masukkan sotong (potong ikut suka) dan biarkan setengah masak. apabila setengah masak, tuangkan santan sedikit demi sedikit dan biarkan sehingga mendidih. perasakan dengan garam dan biarkan mendidih seketika. selepas itu bolehlah angkat dan hidangkan dengan nasi panas. sangat2 simple kan :p

Taklah makan sotong semata, aku sediakan sayur goreng ni jugak...makanya habis sudah bekalan bahan basah dalam ice gobok. bolehlah Sabtu ni pegi pasar untuk penuhkan semula ice gobok yang kosong.

Alhamdulillah dengan rezeki berbuka puasa untuk hari ni :)