Thursday, February 28, 2013

My Pasta Capellini Bersama Tuna

Alhamdulillah hari ni panas sampai ke petang, sehingga sekarang ni saya masih terasa bahangnya. baru je lepas dinner, awal sikit hari ni sebab nak tido awal malamnya. besok dah start keja selepas bercutiiiiiiiiiiiiii lama. terasa berdebar2 pulak walhal nak masuk office je pun...tahlah hati ni macam2 pulak rasanya. esok dimulakan dengan pegi KLCC dulu, hope dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki untuk saya, suami, keluarga dan kalian semua.

Hidangan dinner tadi pun simple2 jugak, sekarang ni malas nak masak hidangan yang complicated sangat. bahang2 ni tak kuasa nak duduk dapur lelama. saya sediakan pasta je, Pasta Capellini Bersama Tuna.
 
Panaskan air dan masukkan garam dan minyak zaiton. setelah mendidih masukkan pasta capellini dan biarkan sehingga masak. angkat dan toskan...sejukkan seketika. kemudian panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yang dihiris halus sehingga naik bau. masukkan cili padi yang dicincang, cili kering kisar dan isi ikan tuna...kacau mesra. masukkan pasta dan perasakan secukupnya. 

Terlebih rajin, bolehlah hidangkan bersama garlic bread. saya confirm tak rajin, ini je dah cukup.

Mikhail by Ramlee Awang Murshid

"Bila si pemburu menjadi mangsa
siapa yang membaham siapa?"

Hasil dari pengembaraan penulis, maka terhasillah novel ni.

Kisah yang berkisarkan masa silam yang penuh dengan muslihat, pembunuhan dan penculikan. wang dan kekayaan memainkan peranan yang paling utama demi merealisasikan matlamat. novel ni perlu di baca dengan teliti kerana banyak melibatkan negara2 luar dan banyak flashback yang akan mengelirukan pembacaan...boleh jadi pening2 lalat nak faham jalan ceritanya. unsur tanda tanya yang banyak berkaitan dengan setiap watak mampu membuatkan saya lebih teruja untuk menghabiskan pembacaan...suspen weh. 
 
Keluaran : Alaf 21
Harga : RM19.90

Mikhail - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail jugak menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi - fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang mempengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Wednesday, February 27, 2013

My Sup Tomato Segar

Tadi tiba2 je my laki ajak keluar, saja pegi jalan2 katanya. saya ni yang kebetulan pulak masih belum mula memasak lagi tapi dah keluar ayam dengan daging burger, laju je masukkan semula dalam ais gobok...bersiap dan terus je ikut my laki. ingatkan nak pegi mana, rupanya dia ajak saya pegi Tesco beli detergent...adoiii ini pun nak berteman ke.

Balik tu terus je plan nak masak yang super simple, dah takde maknanya nak keluar ayam daging semula. niat di hati nak buat Sup Tomato Segar, buah tomato pun ada banyak...
 
Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan saderi yang dimayang, lobak merah yang dipotong dadu sehingga naik bau. apabila telah layu, masukkan tomato segar dan air rebusan ayam...didihkan selama 15 minit. setelah itu masukkan beras basmathi dan herba thyme. perasakan dan biarkan mendidih sehingga menjadi pekat. selepas itu kisar sup sehingga halus dan bolehlah dihidangkan.
 
Kalau rajin lebih sikit, bolehlah hias dengan daun parsli dan krim putar, saya suka makan macam tu je :)

Friday, February 22, 2013

My Puding dengan sos kastard

Takde apa2 yang menarik untuk di kongsi petang ni, cuma nak kongsi resepi desert je. desert yang saya buat pagi tadi, Puding dengan Sos Kastard. 


Bahan2 untuk puding
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
2 cawan air
1 cawan santan kurang pekat

Cara2nya

1. Masuk semua bahan dalam periuk, masak dengan api yang sederhana dan kacau sehingga pekat dan likat.

2. Selepas itu masukkan adunan ke dalam loyang or bekas agar2 dan biarkan sejuk seketika sebelum sejukkan di dalam peti ais.

Bahan2 untuk sos kastard
2 sudu besar sos kastard
1 cawan full cream milk
1 cawan air
3 sudu besar gula.

Cara2nya

1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau sehingga sos menjadi likat.

2. Selepas itu sejukkan di luar dahulu sebelum sejukkan di dalam peti ais.
 

Sedap makan masa sejuk. lepas ni nak kemas beg pulak, malam nanti nak balik Kuala Terengganu...besok ada kerja nikah kawin sepupu.

Wednesday, February 20, 2013

My Spaghetti Carbonara with Vege & Meatball

Petang semalam hujan turun lebatnya dekat kawasan persekitaran Ampang, tempat oulsss macam mana pulak?!! dengan guruh kilat sabung menyabung, apa lagi main suiz pun jatuhlah. mujur saja waktu tu masih terang lagi, yelah waktu hujan lebat pun lebih kurang 630pm semalam. lama jugak hujan berlarutan, sampai malam...sedap tido sejuk je udara.

Bila hujan lebat ni perut pun apa lagi, mintak makan jugak walaupun sebelah paginya kemain insaf tak nak makan kan ahaksss. set dalam minda, makan untuk mengelakkan perut lapar dan sakit...bukannya untuk melantak sampai senak perut. saya terus masak sesuatu yang seimbang fibernya, Spaghetti Carbonara with Vege & Meatball. 
 
 tak payah resepilah, uolsss mesti pandai dah buat carbonara ni...

ingredient ikut apa saja yang ada di rumah, tak baik membazir

My Puding Roti Kukus

Pagi semalam saya ke Pusrawi Medical Centre for medical checkup, setiap 5 tahun mesti buat. biasalah family saya ada rangkaian penyakit 3 sekawan, jadi memang kena berhati2 pada tahap kesihatan...bak kata doctor mencegah lebih baik dari mengubati. pegi sebelah pagi ingatkan tak ramai rupanya ramai jugak. dari 9am saya di sana sehingga 1pm baru selesai semuanya. menggigil betul perut saya menahan lapar, setakat teguk air Coway bawak dari rumah je. 

Alhamdulillah, selepas result keluar...blood result okay, x-ray result okay, body checkup pun okay. cuma satu je yang tak okay, berat bertambah pulak beberapa kg...ni NOT OKAY!!! terus insaf, lepas ni tak nak makan itu ini. walhal dekat rumah selepas solat subuh saya sempat buat desert tapi okaylah kurang manis. kalau buat sendiri ni pandai2lah nak budget ingredient supaya tak lebih dari quota yang ditetapkan.

Desert apa yang saya buat pagi semalam, ni ha Puding Roti Kukus. lepas balik dari Pusrawi terus makan...oh sedapnya dimakan masa sejuk2.
 
Bahan2

4 keping roti dipotong kecil2
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara2nya

1. Masukkan telur, gula dan esen vanila di dalam bekas dan kacau mesra. Masukkan susu cair dan kacau mesra.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3. Tuang adunan pertama tadi di atas susunan roti dan taburkan kismis.

4. Kukus dengan api yang sederhana selama 25 minit.

5. Selepas masak, sejukkan dahulu ikut room temperature dan selepas itu baru masukkan ke dalam ais gobok. 
 
untuk sos, saya just curah dengan low fat milk...wallahhhh

Tuesday, February 19, 2013

My Cocoa Vanilla Cake

Petang semalam my laki called mengadu yang hard disk notebooknya dah total lost, tak boleh guna dek penyerangan virus pada application yang tak tau mana satu. malam sebelumnya notebook tu dah mula buat pasal, bila ON je manjang loading tak habis2 sampai tak boleh buat apa2 pun. tak tunggu lama, terus hantar untuk format semula. tapi lain pulak rupa masalahnya. check semula warranty notebook tu tapi sayang dah habis tempoh da...maklumlah dah 2++ tahun usianya. tak boleh buat apalah, nanti cari waktu yang sesuai untuk pegi cari hard disk baru je. mujur banyak benda yang dah backup masuk external hard disk. bila dah jadi macam ni, saya pun apa lagi terus buat backup notebook sendiri pulak...external hard dish saya sendiri pun dah hampir penuh, mintak tambah baru nampaknya. sementara notebook tu mintak nyawa baru, my laki gunakan tab tapi biasalah tak banyak benda pun boleh buat dengan tab ni...setakat check email bolehlah.

Untuk nak tenangkan hati jiwa perasaan my laki, saya buatkan cake kegemarannya...Cocoa Vanilla Cake.  
terlebih gebu, sampai merekah pulak
Bahan2
300gm mentega
150gm gula kaster
6 biji telur
1 sudu makan vanila
300gm tepung naik sendiri
1 sudu makan pes coklat

Cara2
1. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu.
2. Selepas itu masukkan telur dan pukul satu persatu.
3. Masukkan vanila dan akhir sekali masukkan tepung, gaul rata.
4. Bahagi pada dua bahagian. satu bahagian di gaul dengan pes coklat dan satu lagi dibiarkan kosong.
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli dan selepas itu bakar pada suhu 160C selama 40 minit.
ternyata mampu melegakan hatinya yang gundah gulana

Wednesday, February 13, 2013

Apam 3 Kaler

Tengah2 belek segala card dalam wallet, ter check sekali my driving license...aayoyo dah matilah. macam mana boleh tak perasan ni tapi bila pikir balik manalah nak perasan, bukannya selalu belek pun.
07/09/2012 lagi dah tamat tempoh, baru awal 01/2013 baru perasan
Lalu saya ambik cuti semata2 nak pegi renew license. sekali datang post office, oohai ramainya manusia...tengoklah angka giliran tu, 108 orang lagi yang saya kena tunggu. baik pegi makan dekat Sushi King je dulu, kenyang jugak perut. selepas 1 jam, baru saya datang semula...masa tu masih ada less than 30 numbers lagi di hadapan tapi mujur cepat sebab banyak numbor yang dipanggil tapi orangnya dah hilang. tak larat agaknya menunggu lama. selepas ni barulah senang nak mengingati tempoh tamat driving license sebab tarikh itu akan mengikut sama dengan tarikh lahir kita...takde alasan lagi, cuma kena ingat tahun bila pulak tamatnya ye. saya punya license ni tamat tahun 07/07/2016 nanti.

Okay kisah renew license dah selesai. petang tadi saya terlebih rajin or terlebih boring...ermmm apa2 lah. janji saya minum petang bersama my Apam 3 Kaler. apam tu amatlah gebus, tinggal lagi terlupa nak gris bekas...tu yang hasilnya sipak sikit sebab melekat dekat permukaan bekas. 


Bahan-bahanya :-


2 biji telur

1 camca teh ovallate

1 camca teh esen vanila

150 gram tepung gandum

1/2 camca teh baking powder

90 gram gula halus

125 ml santan pekat segar

Pewarna makanan



Cara2nya :-


1. Satukan dan pukul gula, ovallate dan telur dengan kelajuan max, sehingga putih dan pekat.


2. Perlahankan kelajuan, tuang santan dan esen vanila dan putar sehingga rata. masukkan tepung gandum dan baking powder (ayak dulu) sedikit demi sedikit. putar lagi sehingga sebati.


3. Bahagikan kepada 3 bahagian (ikut banyak mana warna di gunakan) - saya guna 3 warna


4. Bila pengukus dah panas, letak dlm bekas then kukus dalam masa 30 minit dengan api yang sederhana.


5. Bila dah siap masak, keluarkan dari bekas acuan. Sejukkan dan bolehlah di hidang.

nak letak kelapa parut pun boleh, buat pulak teh o panas...terangkat babe

Friday, February 8, 2013

Dari bungkus jadi pizza

Asalnya nak buat telur bungkus tapi saya ada masalah 'besar' kalau bab2 nak bungkus pakai telur ni. walau buat sehabis hati2 pun, pasti akan pecah jugak telur tu nanti. sudahnya buat je gaya pizza gini, nestaya tak pecah punya. maka jadilah Telur Daging Pizza :P
 
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar yang dicincang kasar, bawang putih dan halia yang dicincang halus sehingga layu. selepas itu masukkan daging cincang, seleri, cendawan butang, cili merah (semuanya dicincang) dan kacang panjang yang dihiris kasar...kacau sehingga mesra. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, lada sulah dan garam secukup rasa. biarkan sehingga masak, angkat dan ketepikan. pukul telur, kemudian tuangkan dalam kuali yang lain. masukkan daging tadi dan kalau pandai, bungkuslah. saya memang gagal babe, tu pasal saya biarkan jadi macam pizza je. 
 
okaylah kan rupanya... :P

Wednesday, February 6, 2013

Asam Pedas Daging

Hari ni my laki cuti tapi katanya rasa macam bekerja je. saya kata pulak, okaylah dari duduk rumah tido je sampai ke petang dengan alasan nak qadar tido yang tak cukup tu. sebelah pagi tadi saya dah siapkan lunch untuknya, tinggal panaskan aje dan masak nasi masa nak makan nanti. menu hari ni, Asam Pedas Daging.
 
Daging direbus seketika sehingga empuk. panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar (bawang putih, bawang besar, halia dan cili kering) dan serai yang diketuk sehingga garing. kemudian masukkan asam keping dan daging, kacau sehingga sebati. selepas tu masukkan tomato, kentang, air asam jawa dan air rebusan daging tadi, kacau mesra. perasakan dengan garam dan biarkan sehingga kentang empuk. sedia untuk dihidang...
 
Pada yang tak suka makan daging, boleh je kalau nak tukar dengan ayam, ikan dan daging tetel kalau suka.

Tuesday, February 5, 2013

Mama

Beria saya dengan my laki nak tengok movie seram ni. dapat review dari kawan2 katanya best bangat. last Friday saya pegi menonton dekat Aeon Seremban 2, angkut 2 orang anak buah ikut sekali.

Memula tu rasa macam seramlah tapi bila dah lama tu tak rasa seram pulak, biasalah movie english ni banyak terkejut dari takut...power of sound effect la tu. hantu yang dirasakan agak baik sebab suka jaga budak. budak berdua tu (Victoria dan Lily) telah dijaga oleh hantu 'mama' ni selama 5 tahun di sebuah cabin di tengah hutan.

Cuma ending agak tah hapa2, tak pasti nak kata happy or sad ending. apa2 pun meh layan je sinopsis cerita ni, kalau menarik pegi tengok wayang...tak kalu, tunggu je sampai keluar dalam HBO.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/1/11/Mama_2012_poster.jpg 

Occurring at the onset of the 2008 financial crisis, a distraught man called Jeffrey kills his business partners and estranged wife before taking his children - 3-year old Victoria and 1-year old Lilly - away from home. Driving dangerously fast on a snow-covered road, the car slides off road and crashes into the woods. Surviving the crash, Jeffrey takes the children into an abandoned cabin, where he prepares a fire. Planning to kill his children and commit suicide, Jeffrey tells Victoria to look out the window and holds a gun to her head. Just as he is about to pull the trigger a shadowy figure pulls him away and out of the door, snapping his neck in the process. Victoria cannot see the figure as her glasses were in the possession of her deceased and now missing father. The girls survive by the fireside and are tossed a cherry by the mysterious figure in the night.
Five years later, a rescue party sponsored by Jeffrey's brother Lucas stumbles upon the car and the abandoned house, finding the children alive but animal-like in behavior. They are rescued and put in a welfare clinic by the courts under psychiatric care of Dr. Gerald Dreyfuss. Dreyfuss agrees to support the custody claim of Lucas and his girlfriend Annabel against the girls' maternal great-aunt Jean on condition of having continued access to the children in a house sponsored by the clinic for case studies. Dreyfuss is intrigued by the drawings the girls have made of a mysterious character they call "Mama," whom they talk to and play with. During an intimate moment between Lucas and Annabel one night, Annabel is startled by the appearance of a shadowed figure in their bedroom doorway; while investigating, Lucas is attacked by Mama and falls off the staircase, losing consciousness and sliding into a comatose state. Annabel, a rock musician with no relation to the girls, finds herself left alone to care for them while the visits of Mama continue. Although she makes progress with Victoria, she finds Lilly hostile. Alarmed by nightmares and a warning about "Mama's jealousy" by Victoria, she asks Dr. Dreyfuss to investigate.
Initially believing "Mama" to be a creation of Victoria's mind, her story of Mama being an aggrieved mother separated from her child is corroborated by Dreyfuss' research that brings to light the story of Edith, a mental asylum inmate in the 19th century. He recovers a box of her dead child's remains, and has his first encounter with Mama while interviewing Victoria. During Dr. Dreyfuss' studying of Edith, Annabel has a nightmare about Mama and her past; she had committed suicide by jumping off a cliff after stealing her baby from the nuns who had separated them but on her fall, her child was snagged on a branch and killed on impact while Mama fell into the water. Annabel realizes Mama has been searching for the child she never knew what happened to (since the baby was not in the water with her) and saw Victoria and Lilly as substitutes. Meanwhile, Lucas returns to consciousness after a disturbing vision of his dead brother Jeffrey telling him to go to the cabin in the woods. Annabel and the girls are visited by Jean, who, alarmed by some bruises on the girls, tries to get Annabel investigated for abusing them. Victoria's growing closeness with Annabel makes her less willing to play with Mama, unlike Lilly, who still prefers Mama over Annabel.
 
Dr. Dreyfuss visits the cabin to research Mama's presence, and upon trying to photograph her, is attacked and killed. Finding him missing, Annabel steals the case files of the girls from his office. She learns that Edith and Mama are the same person, while Lucas leaves the hospital to search for the cabin. Shortly after she makes a breakthrough with Lilly, Annabel and the girls are attacked by a jealous Mama, who subdues Annabel, possesses the body of Aunt Jean, who had broken into the house for evidence of abuse, and escapes with the girls. Upon regaining consciousness, Annabel takes the box bearing the remains of Mama's child and heads for the woods, where she meets Lucas. The couple spot the children on a nearby cliff, where Mama (who killed Jean) is preparing to relive her suicide by taking Victoria and Lilly with her over the cliff. Annabel offers Mama the remains of her child, and the angry spirit undergoes a more peaceful transformation, appearing human again. But when Lilly calls out for her, Mama returns to her terrifying form and attacks, discarding the remains of her child. After a desperate struggle, Annabel has just enough strength to hold on to Victoria who decides to stay with her and Lucas, while Lilly cries that she and her sister should be with Mama. Mama encases herself and Lilly in a cocoon and jumps off the cliff, hitting the same branch she did in the 1800s. Upon impact, she and Lilly turn into a shower of moths. While hugging Annabel and Lucas, Victoria notices a blue and black moth land on her hand, which she believes to be Lilly.