Friday, September 27, 2013

Ketupat sotong

Kemaruk pulak nak makan ketupat sotong. bila dah teringin tu kadang2 tekak ni tak boleh nak tunggu hari lain, dan2 tu jugak naknya.

Check dalam ice gobok, adalah 4 ekot sotong...kocik2 yo lah pulak tu. takpe ahkak gigih jugak buat demi nak menamatkan rasa teringin tu. 
 
Haah ko ambik, tak ke kecik sotongnya tu. tapi takpelah, sendiri je makan laki bini. nah, ambik je resepi ni;

Bersihkan sotong dan masukkan beras pulut ke dalam sotong tu. lagi best kalau dapat sotong yang besar dan ada telur dalamnya. cucuk lidi pada bahagian atas sotong beserta dengan kepalanya sekali. kemudian rebus sotong hingga masak, toskan dan ketepikan.

Masukkan santan bersama bawang putih, serai dan asam gelugor sehingga pekat. saya suka letak kunyit, biar cantik sikit kalernya. masukkan sotong dan biarkan seketika.

Lepas tu angkat dan hidang.
 
sawi goreng
 
disebabkan sotong ciput je, tambah la dengan telur dadar ni
 
Ini je hidangan saya malam tadi, simple cepat. tak perlu berlama2 dekat dapur.

Wednesday, September 25, 2013

Baquette bersama salad thai

Ada tetamu nak datang rumah, bukan sapa2 pun cuma anak buah saya yang nak datang dinner dekat rumah. dia dah pesan awal2 takmo makan yang berat2 lagi. macam tetahu je yang saya mulanya plan nak makan lauk bagai makan dengan nasi. bila dah dikatakan begitu, saya pikir menu yang simple je la...yang penting tak heavy sangat untuk orang yang sibuk nak mengecikkan pinggan tu. 

Mula la kepala ni pikir nak hidangkan roti je untuk anak buah makan tapi takkan nak bagi roti biasa je. okay kita pelbagaikan apa yang ada je...janji menepati piawaian yang tetamu dah tetapkan. tak paham aku, kita pulak yang kena ikut keinginan tetamu ye :)
 
Makanya inilah yang menjadi hidangan makan malam kami tadi...simple tak, dah macam hidangan sarapan pagi je. saya sediakan jugak baquette bersama salad thai. tau dah, nak resepi kan...meh ambik je dekat bawak ni, tak sedap dek tekak uolsss...jangan salahkan ahkak ye. tekak kami menerima je, takde masalah apa2 pun
 
Untuk roti baquette;

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan bawang besar dan cili merah yang di hiris. setelah itu, potong roti baquette ikut suka.celup roti yang di potong tadi dalam adunan telur dan goreng sehingga kekuningan. saya goreng menggunakan planta saja. selepas itu angkat dan ketepikan.
 
Untuk salad thai;

Hiris ulam raja dan daun parsli, masukkan ke dalam satu bekas yang agak besar. salad ni lagi sedap kalau ada mangga muda tapi saya tak letak mangga pun, ahkak tak tahan benda2 masam ni dek, so ahkak tak masukkan la. masukkan hirisan cili merah, bunga kantan dan bawang besar, gaul mesra semua bahan2 tu. seterusnya masukkan kacang gajus yang di cincang kasar dan olive oil, gaul mesra lagi. akhir sekali perasakan dengan sos ikan, jus limau kasturi serbuk lada hitam dan garam secukupnya.  gaul2 bagi mesra semua sekali.
 

My laki sebelum balik singgah pulak pegi beli kuih dekat area mane tak, saya tak tanya pulak. banyak jugak choice kuihnya.
 
Beli la jugak air soya dekat pasar TTDI tu, sedap ko air soya ni. bulan puasa yang lepas, selalu je beli berbotol2. tetamu belum sampai, air soya dah tinggal setengah jug, payah nak kata di situ.
 
ini je menu jamu tetamu tadi, jangan serik datang umah makcik mung ni ye...

Friday, September 20, 2013

Simple Red Velvet

Dah lama saya buat kek ni, sehari sebelum raya Aidilfitri yang lepas....lama kan. buat kek ni pun untuk di bawa ke rumah ibu mertua, boleh la di makan malam raya tu plan asalnya. tapi tak potong pun malam raya tu, dah kekenyangan makan juadah berbuka, mak masak macam2 malam tu...anak menantu makan dengan gembira je.

Saya yang dok berkira2 tak tau nak buat kek apa asalnya. tak tau macam mana boleh timbul keinginan nak mencuba buat kek Red Velvet ni. tak cuba tak tau kan, tapi alhamdulillah apa yang di ingini tercapai...takut jugak la terbantat ke kek tu nanti.

Bangga la sikit nak bawak kek ni bertandang ke rumah mertua kan :) 

Nak resepi kan, meh ambik je...
 
Bahan2

240gm mentega
300gm gula kaster
4 biji telur
300gm tepung rendah protein
10gm susu tepung
1 sudu teh esen vanila
50gm air
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu makan pewarna coklat
1 sudu teh baking powder

Cara2

1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu. selepas itu masukkan esen vanila dan telur. pukul lagi sehingga kembang

2. Kemudian masukkan tepung rendah protein, baking powder, susu tepung, pewarna merah dan pewarna coklat. adun sehingga rata. selepas itu masukkan air dan kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160C selama 30 hingga 40 minit bergantung dengan jenis oven.
 
Masa buat kek ni kan dalam bulan puasa, buat di siang hari...ambik ko main buat je. dalam hati dok berdetik jugak la, "apalah rasanya kek saya ni nanti". kata2 tu dok terngiang2 sampai la saya balik beraya ke Negeri Sembilan.

Seminggu selepas raya, saya datang untuk dinner bersama2 ibu mertua...masa tu je baru saya tau apa jadi dengan kek saya huhuhuhu. 

Tak la sedih tapi gembira, adik ipar dok mengadu katanya kek ni sold out masa hari raya pertama lagi. mak senyum manjang bila tetamu makan kek tu...alhamdulillah lega hati saya. kek tu simple sangat, tak sempat nak buat topping pun...tapi takpe mak kita suka je makan.

Friday, September 6, 2013

Roti jala tak menjadi

Macam mana nak kurus macam CikTa ni...
 
Terjumpa keledek punyalah cantik je kaler rupa parasnya. dah geram tu apa lagi, ambik plastik bungkus kasi angkat masuk bakul. maka jadilah keledek goreng.

Tapi bukan pasal kisah keledek, ini kisah lain. kekdahnya dekat rumah sekarang ni ada durian. tingin pulak nak buat kuah durian, makanya buat jugak.
 
Tingin jugak nak cuba buat roti jala, saya tak pernah buat roti jala lagi. haah ko dek kerana main buat ikut resepi, menjadi tu memanglah menjadi tapi tercair la...roti jala dah jadi roti kirai. dah lah tercair, saya tak pandai jugak nak buat jala tu + tak jugak berjaya nak mengulungnya. terus malu nak share resepi tapi gambo buh jugak la, kot2 yang pakar boleh komen ahkak yang tak berseni tangan ni supaya buat lebih baik lagi lepas ni.
 
Mujur kuah durian ku superb hiksss...boleh la melindungi kekurangan yang ketara dekat roti kirai tu...;)

Wednesday, September 4, 2013

Tegur

Biasa kena tegur tak? tak kisah dengan sesiapa pun tapi pernah tak uolsss kena tegur. 

Kisah semalam ni dekat tempat kerja, adalah seorang si polan ni marahkan si pilon. punca marah tu dah tau la puncanya dan ternyata si pilon ni buat benda yang betul. tapi tu la si polan ni macam tak boleh nak terima kenyataan. dari perbincangan biasa tetiba high pitching kedengaran siap dengan bunyi tepuk2 dinding dengan baling2 pen. 

Okay di situ dah terfikir di kepala ni, takkan la tindakan tu nak macam bebudak kot...baling2 barang. marah2 di kawasan yang terbuka (dekat workstation) dengan keadaan masa tu ramai orang dekat department. saja la agaknya nak bagi orang semua dengar di polan ni marah si pilon tuh.

Maaf la, pada saya tindakan sebegitu adalah tidak professional langsung. sepatutnya si polan ni kena mengawal tahap kemarahannya, bagus kalau si polan ni kena hantar training stress management...bagi betul kan sikit fius mana yang dah longgar tu. 

Kesian si pilon tu, dah la malu kena marah bodoh2 depan orang. menjatuhkan air muka orang je. boleh ke si pilon ni buat pengaduan dekat management...kalau saya memang dah masuk "dalam" pun. si polan tu memang patut kena ajar cara macam tu je.
 
Dah...tutup kisah. baik tunjuk makanan malam ni. masak tempoyak daun kita malam ni. ada petai sikit, masuk jugak bagi ada rasa petai.
 
Keliur tak...hiksss. saya dah masakan nogori memang sukar di pisahkan. kalau di pisahkan, hilang la deria rasa...ewahhhh