Sunday, March 22, 2015

Daging Masak Kicap Berlada Hitam

Oh hai, malasnya today nak layan blog...nak BW pun sama. rasa macam nak tido je seharian ni. hujung minggu kan, mood tu ke laut sikit, tambahan pulak besok dah mula routine kerja seperti biasa, lagi extra malasnya. tapi tak boleh layan sangat mood ni, kena kuat untuk berblog semula, siapkan entry for whole week kalau larat. biasanya weekdays saya sangat jarang berentry, kadang2 je tu pun terus hupdate. tapi BW selalu, sambil2 tu sempat la jugak kan. 

Macam biasa, hujung minggu hanya entry yang ringkas je saya sediakan. kalau tak masakan, cerita2 dekat luar...takdenya extra ordinary. kali ni entry main masak2, resepi yang sesuai untuk semua golongan tak kira kanak2 or orang dewasa. cuma bila ada kanak2 tu kena pandai2 adjust tahap kepedasan ye, ada pulak yang melahar anak2 bila makan nanti. macam biasa, resepi di bawah :p

Bahan2
1. Daging batang pinang
2. 1 biji bawang besar - tumbuk lumat
3. 1 sudu besar biji lada hitam - tumbuk lumat 
4. 4 ulas bawang putih - tumbuk lumat
5. 1 1/2 sudu besar sos ikan
6. 2 sudu besar sos tiram
7. 1 1/2 sudu besar kicap pekat
8. 2 sudu besar sos cili
9. 1 1/2 sudu besar kicap lemak manis
10. Garam dan gula
11. 1 1/2 biji bawang besar - potong 8
12. 1 biji timun jepun - potong memanjang
13. 1 1/2 biji tomato - potong 6
14. Halia - untuk rebusan 

Cara2
Rebus daging dengan beberapa hirisan halia sehingga empuk. selepas daging tersebut emput dan agak sejuk, hiris nipis. air rebusan daging tadi biasanya saya simpan untuk dijadikan stock dan halianya saya ambik dan tumbuk lumat bersama bahan2 yang tumbuk yang lain.

Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga naik bau dan selepas itu masukkan sos cili, sos ikan. kacau sebati dan masukkan pula daging. letakkan sedikit air rebusan daging dan sekiranya nak berkuah, lebihkan air rebusan tersebut. masak sehingga kuahnya agak pekat dan kemudian masukkan timun dan bawang besar yang dibelah tadi. perasakan dan last sekali baru masukkan tomato. saya tak berapa gemar kalau tomato tu terlalu masak dan lembik. terus tutup api dan boleh dihidangkan.

Resepi ini saya tidak menggunakan sebarang cili hidup tapi sekiranya uolsss nak tambah, takde derhakanya. tahap pedas ikut masing2 la ye. saya lebihnya cili dekat menu sampingan yang lain :p   

Tidaklah makan daging semata, kena seimbangkan dengan yang lain2nya. saya padankan sekali menu hari ini dengan lebihan rendang daging kenduri kawin kawan, kobis sebagai ulam, telur asin dan semestinya budu tetap menjadi menu utama kami laki bini. 

Selamat berhujung minggu, semoga besok tidak ada yang Monday Blues pulak ye :p

Wednesday, March 18, 2015

Asam Pedas Untuk Dia kekdahnya

Cerita yang tengah top sekarang ni katanya, saya memang tak pernah nak layan cerita2 bersiri gini tapi kalau dah rata2 berkata...tak tau pun jadi tau. 

Saya dengan laki memang suka asam pedas, dapat pulak sekarang ni tengah musim panas...makan asam pedas tu macam berhantu rasanya. berlawan2 tahap pedas + panas + peluh meleleh2...perk baru makan sampai menjilat pinggan. jenis ikan, saya tak kisah tapi janganlah ikan yang bertulang banyak macam terubuk tu...memang tak usik dah, ambik kuah je lah nanti. saya tak pandai makan ikan yang banyak sangat tulang macam terubuk tu, confirm tersengkang tulang nanti. oklah, meh tengok resepi...

Bahan2:
Ikan - ikut suka nak guna ikan apa, saya guna ikan tenggiri
Bendi
Serai - diketuk
Bunga kantan
Daun Kesum
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Garam dan gula

Bahan2 kisar:
Cili kering - ikut tahap kepedasan masing2
Bawang merah dan bawang putih
Halia

Siang ikan dan bersihkan, saya kalau beli ikan yang agak besar memang suruh je peniaga tu siangkan sekali. senang nanti tinggal bersihkan aje. panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga terbit minyak. kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan kacau rata. apabila sudah mendidih, masukkan bendi, daun kesum, bunga kantan dan perasakan. apabila sayur2 tadi sudah agak lembut, boleh tutup api. hidangkan bersama nasi panas + telur dadar or telur asin...asyikkkkkkkkk :)

Tuesday, March 17, 2015

Mi Siam Singapura

Salam Selasa uolsss semua. last weekend punya aktiviti, main masak2 tapi bukannya lauk pauk makan bersama nasi tapi kali ni saya just masak mee...senang sekali masak lepas tu makan la sampai ke malam menu yang sama. kali pertama saya masak masakan ni, mi siam singapore. 

Ok ini percubaan kali pertama, maaf kalau rupa tu ala2 macam takde rupa orang kata kan...rasa pulak entah ke sedap entah ke tidak tapi saya dengan my laki makan sedap je hiksss. tak layak rasanya nak tepek resepi tapi boleh la ye...kot2 la ada yang nak mencuba buat jugak nanti.

Bahan-bahan:
Bihun (saya tersalah beli, boleh terbeli mi kuning pulak dan kebetulan memang takde stock bihun di rumah, belasah saja la labu)
Taugeh
2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih (dikisar)
30 tangkai cili kering (dikisar)
3 sudu makan udang kering (rendam dan dikisar)
3 sudu makan taucu (dikisar)
Garam dan gula

Bahan kuah:
30 tangkai cili kering (direndam dan dikisar)
2 sudu makan udang kering (direndam dan dikisar)
2 biji bawang besar dan 2 biji bawang putih (dikisar)
Lengkuas (diketuk)
Air asam jawa
Air
Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
4 sudu makan taucu (dihancurkan)
Garam dan gula

Untuk kuah:
Tumiskan semua bahan2 kisar tadi dan bila naik minyak, masukkan air bersama air asam jawa, lengkuas yang diketuk, taucu, kacang tanah dan perasakan. biar sehingga mendidih dan angkat, siap.

Untuk mi siam:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing. selepas itu masukkan mi dan gaul rata dan seterusnya taugeh, gaul rata jugak. biarkan seketika dan angkat. boleh dihidangkan bersama kuah dan bahan2 hiasan.

Monday, March 2, 2015

Puding Karamel hujung minggu

Sabtu lepas, hari yang panas lagi membahang. duduk di rumah bagai tak mahu keluar lagi. tunggu malam baru keluar rumah. apa lagi kalau dah duduk di rumah tu kalau tak main masak2 kan. kali ni suka sangat buat puding, simpan dalam ais gobok. musim panas2 ni memang seronok makan sesuatu yang sejuk dan manis2. kali ni saya buat Puding Karamel sebagai hidangan hujung minggu.

Nak ikutkan banyak petua kena ikut setiap kali nak buat puding karamel ni, tapi saya je malas kadang2 tu. tu yang agak tak berapa smooth puding saya kali ni, langgar pantang nih hiksss. main tuang je adunan tanpa tapis terlebih dahulu. okay jom terus ke resepi je... 

Bahan2
7 biji telur gred A
1 tin susu cair
125ml air
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastad
120gm gula pasir

Bahan karamel
200gm gula pasir

Cara2
Pukul telur dan gula pasir hingga sebati dan kemudiannya masukkan susu cair, air, esen vanila dan juga bancuhan tepung kastad. kacau rata dan ketepikan. kacau bahan karamel di dalam periuk sehingga cair dan terus tuangkn ke dalam loyang yang telah di gris dengan margerin. tuangkan bancuhan tadi ke dalam loyang berisi karamel tadi dan biarkan kukus selama 40-45mins.

Masa kukus tu jangan lupa tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air wap menitis atas puding tu nanti.