Tuesday, August 30, 2016

Green tea

Banyak khasiat dengan green tea ni. Saya sangat suka minum green tea setiap pagi dan malam bersama madu dan lemon. Memula nak belajar minum green tea ni haru jugak sebab rasanya pelik, lepas tu bau pun semacam je. Tapi dek kerana khasiatnya, hakak jemah redhokan ada semua side effect tu. Malas la pulak nak cerita pasal kelebihan green tea ni, just google je la ek uolsss kalau mau tau in details. Green tea juga sesuai diminum selepas makan makanan yang berminyak dan berlemak. 

Ini antara jenama green tea yang saya sedang guna dan suka. So far belum bertukar lagi kepada jenama lain. TWG pun sedap jugak tapi bila nak beli, itulah masanya tak jumpa pulak jenama tu. Tapi kalau nak compare harga TWG dengan Ahmad London, teh ahmad ni lagi murah. Teh jenama ini jugak kurang pekat, saya suka teh yang jenis lite macam ni...kalau pekat tu dah pahit la pulak. 

OSK, jemana ke dua yang menjadi pilihan. Apa jenama green tea yang uolsss suka pulak. Meh share, kot2 lepas ni hakak boleh cuba try test pulak.

Monday, August 29, 2016

Miki beranak 2

Aci tak kalau nak balik sekarang...lepas tu terus ambik cuti, malas nak kerja hari ni.

Miki baru beranak, 2 ekor anaknya. Sepatutnya 3 tapi yang bongsu tu mati dalam perut lagi. Agaknya lemas sebab lambat keluar. Anak2nya yang 2 tu semuanya gemuk2, tu yang agak mengambil masa jugak nak keluarnya. Tak mengapalah kalau setakat itu saja umurnya, janji yang 2 lagi tu sihat2 belaka. 

Baby yang usianya dah seminggu, geram je tengok jari2 mereka....gemok2 semuanya. Ye la 2 je, puas sangat menyusu dengan maknya. 

Sunday, August 28, 2016

Team Malaysia Fan Run 2014

Running event yang dah terperam lama jugak ni...bertabah la ye hihihi

Team Malaysia Fan Run 2014
Venue: Dataran Merdeka

tempat mengambil race kid di Multi Purpose Hall, Menara Rebung

Kalau tak salah waktu ini jugak diadakan larian Fit Malaysia. Seyes saya tak ingat waktu ini saya masuk larian untuk berapa km. Tengah gigih jugak ni mencari record2 lama or medal tapi tak jumpa la pulak waktu ni. 

Acara bermula sekitar 7am dan setiap larian dilepaskan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Yang paling best ada ramai cheer leaders menanti di jalanan yang memberi rasa semangat berkobar2 nak habiskan larian weh. Saya berjaya habiskan larian tapi masih tercari2 record masa kejadian ni...adoiii tak jumpa la pulak, medal je yang jumpa. 

Yang saya paling suka, jersey Team Malaysia waktu memang sangat cantik dan sampai sekarang masih elok lagi tersimpan. Nak pakai tak mampu la pulak sebab waktu ni saya masih berbadan agak sado hahahaha...tapi sekarang kalau pakai semula baju tu dah boleh jadi baju tido pulak. 

Nantilah saya cuba cari lagi record event ni, kalau ada nanti saya tepek je dekat entry ni jugak. 

Saturday, August 27, 2016

Family come first

Biasa dengar istilah 'family come first'. 

Macam umur saya ni yang nak kata baru hidup tu tidak la and nak kata dah lama sangat hidup tu pun belum jugak, pelbagai pendapat dah di dengar mengenai isu ni. Isu ke, rasanya macam perihal pendapat masing2. 

Ada pendapat yang mengatakan family itu penting di setiap situasi. Setiap situasi tu meant tak kira dalam urusan kerja ka, urusan peribadi ka...keluarga di utamakan dulu. 

Ada pendapat pulak mengatakan family itu penting mengikut keperluan atau keadaan itu sendiri. Kebiasaannya dalam hal ni selalunya melibatkan kerja. Mungkin si suami/si isteri kena kerja di luar kawasan yang tak boleh nak berulang selalu. Paling tidak pun hanya menjadi weekend husband/wife. Kalau dalam Malaysia still ok lagi boleh jugak balik every week tengok family. Seperti my previous boss, family duduk Bintulu and his single father dekat KL. Setiap minggu mesti balik Bintulu tak pernah miss kecuali dia kena travel je. Itu pun sedaya upaya hakak jemah adjust kasi chan dia balik jumpa bini dulu. Pandai2lah nak arrange pun. 

Ramai jugak kawan2 dekat office ni yang kena transfer to overseas and definitely tak boleh bawak family. Tapi dah demi kerja dan main family income, terpaksa jugak berpisah seketika. Balik pun bukan boleh selalu sebab ticket flight semua under own cost, pepaham sajalah. Ada yang 3 bulan or 6 bulan sekali baru balik Malaysia, cuti pun sekadar seminggu 2 tapi itulah routine mereka. Ada tu pulak dari anak kecik2 sampai dah besar macam tu jugak bapaknya. Mujur maknya bertabah dengan berkad sokongan dari ahli keluarga yang lain. Still masih boleh maintain walaupun tidak sepenuhnya bersama keluarga.

Ada pulak pendapat, si suami/si isteri tidak mampu memenuhi tuntutan kerja seperti itu dan lebih sanggup berhenti kerja dan cari kerja lain. Ada bukannya takde especially bila anak2 masih kecik lagi. Kang sakit demam anak macam mana. Mau pening jugak kepala kan.

Di sini kesimpulannya, setiap tindakan seseorang terhadap pekerjaaan dan keadaan sekeliling lebih menjurus ke arah keutamaan keluarga masing. Dah tentu kita mahukan yang terbaik pada keluarga sendiri kan. Banyak pro and contra kalau nak bicarakan setiap tindakan setiap pihak.
  
my 2 sisters tengah enjoy makan nasi lemak sedap dekat Hai Peng Kemaman

Bagi saya family sentiasa di hadapan. Letaklah diri ni dekat mana pun akan mampu saya tunaikan tapi perhatian dan sokongan keluarga tetap kena ada. Kita bukan hidup sebatang kara kan.

big day of my niece 

Lebih2 lagi sekiranya ada majlis2 besar seperti perkahwinan dalam family, saya rasa itu sangat penting untuk kita turut serta. Masa macam ni aje peluang untuk berjumpa sanak saudara pun. Tetapi kadang2 disebabkan kekangan kerja yang menyukarkan semua perkara.

Friday, August 26, 2016

Perihal rumah kucing

Pagi tadi masa nak ke parkir kereta, ternampak satu kucing ni. Comel sangat, bulu kembang gebu2 situ. Saya ni memang pantang nampak kucing, mesti nak berhenti, cuba panggil2 pujuk2 supaya kucing tu datang and boleh belai2. Memang kucing ni tak takut orang, berlari2 penuh dramatic lagi datang kepada saya. Mesti ada tuan empunya kucing ni sebab ada kalung di leher. Kebiasaanya dekat apartment saya ni hanya ada kucing peliharaan je, kucing liar terbuang tu memang takde langsung. 

Comel sangat la dengan golek2nya, pusing2 kaki lepas tu panjat2 macam nak mintak dukung je tapi tak daya la. Dah nak pegi kerja, tak pepasal baju penuh dengan bulu kucing nanti.

Lepas tu adalah sorang hamba Allah bangsa lain ni lalu, terus kucing tu lari menyorok bawah kereta tak nak keluar dah. Owh takut orang jugak rupanya, ingatkan manja tak kira siapa. Tapi pernah terdengar jugak orang kata yang kalau kita ni suka kucing or bela kucing, kucing2 lain di luar yang bukan belaan kita pun akan datang dekat kita bila di panggil. Kerana sense hidung kucing mampu menghidu bau kucing dekat badan kita. Entahlah betul ke tidak, kurang pasti pulak.
  
Pada yang selalu ikut entry saya pasti tau dah yang family saya pun semuanya suka dengan kucing, setiap rumah adik beradik semuanya mesti ada kucing. Dalam gambar dekat atas tu di rumah my sister. Ini keluarga memang pencinta kucing dari makpak sampai ke anak2nya sekali. Masing2 ada kucing sendiri waima kalau dah kumpul semua jadi ramai la pulak. 2 rumah kecik itu sebenarnya adalah rumah kucing bukannya reban ayam atau itik :p

Terpaksa buat 2 rumah sebab satu rumah macam penuh sangat, dah kalah rumah setinggan pulak. Ada berapa ekor semuanya...erm entahlah, tak kuasa pulak nak kira. 

Thursday, August 25, 2016

Gara2 sakit gigi

Adoiii gigi daku kembali berdenyut nyut nyut sampai ke urat kepala dah ni. Gigih tahan perasaan emosi segala, takut ada jugak manusia yang kena herdik tak pepasal nanti. Biasalah kalau orang sakit gigi ni jangan dicari pasal je, mau putus sahabat terus mihmihmih. 

Ada satu mold dekat gigi geraham belah atas sebelah kiri ni, dulu dah tampal tapi lama kejadiannya dan sekarang tampalan tu dah tercabut tak perasan entah bila agaknya. Sekarang ni lubang tu dok nganga je tak bertampak lagi. Mula2 tu tak sakit pun, agaknya masa tu lubang tak dalam lagi kot. Sekarang ni bila dah dalam dan mula rasa sakit dekat gusi. Sakit gigi ni kalau ikutkan sebatang gigi je tapi sakitnya boleh rasa dekat semua gigi dalam mulut ni.

Tolong la, sakitnya sampai kadang2 tu nak menitis jugak air mata. Meh la kongsi apa2 petua untuk menghilangkan sakit gigi ni. Nak pegi dental memang takut weh. Takut doctor tu advise cabut pulak walhal gigi tu sikit punya kukuh lagi. Uihhhh boleh bayangkan segala spanner screw driver keluar nanti demi nak mencabut gigi nan sebatang. Tak mo lah huhuhu.

Sakit gigi punya pasal, lunch tadi pun tak lalu nak makan walhal perut kemain lagi laparnya. Tah apa agaknya tekak ni, di kala gigi sakit masa tu jugak tekak ni teringin nak makan nasi dengan ayam goreng kunyit. Keinginan tu meronta2 ko, ibarat kalau tak dapat boleh merajuk terus. Perh kalah orang mengidam pulak tapi yang pasti kak jemah tak mengandung la kan hahaha. 

Demi melayan tekak sendiri yang budget diva sangat ni, beli jugaklah nasi dengan ayam goreng kunyit dekat foodtruck sebelah LRT Ampang Park. Tak makan waktu lunch sebab gigi tengah sakit lagi, bawak balik buat bekal dinner malam nanti. Takda sapa nak layan tekak ni kalau tak diri sendiri kan.

Malam tadi dah dapat makan laksa utara. Bukan senang nak dapat laksa utara kalau bukan berada di utara semenanjung. Dah dapat ni kira bersyukur sangat2. Sedap tu memang sedap tapi lagi sedap kalau ada petis sekali. 

Tengoklah selera orang sakit gigi :p

Wednesday, August 24, 2016

Keliru

Keliru dengan tindakan, tak tau nak ikut rasa hati ke atau abaikan saja waima kedua2nya mendatangkan kesan yang pasti tidak tahu macam mana. Sejujurnya tak suka ada perasaan macam ni tapi kehidupan ini pasti akan dilalui jugak. 

Dulu tidak pun berhadapan dengan perkara macam ni sebab terlalu transparent tapi sekarang ini seolah2 kerab berlaku. Adakah terlebih berselindung atau tidak mengambil kisah hal orang lain. 

Harapnya boleh saja hati ini melalui segala fasa ketika ini agar menjadi pedoman di masa akan datang dan mematangkan fikiran dan sikap apatah lagi lebih memahami. Bukan senang untuk memahami sekiranya tidak mempunyai aura bersama tapi sekali ada persamaan, inshaAllah...

limau suam - minuman manis yang wajib

pagi ni extra lapar, pepagi lagi dah order bihun sup untuk sarapan pagi...meriah ko jemah

Tuesday, August 23, 2016

100 Plus Outranner and Broga Hill

Run event yang dah lama tapi tak masuk dalam entry lagi, lama da ni. 

100 Plus Outrunner 2015
24 January 2015
Dataran Putrajaya
Distance: 12km
Duration: 01:34:27

Giloz slow saya lari waktu ni dengan stamina tak firm dengan badan pun tak fit lagi. Yes, ini di awal2 ambang untuk nak memulakan my half marathon tapi sangat kecewa bila 12km pun ambik masa lama macam ni. Seyes memang kecewa tapi berkat training setiap hari + long run training every weekend dengan pacer, alhamdulillah sekarang pace dah bertambah bagus dan boleh up lagi ikut kemampuan. Semuanya dilakukan ikut kemahuan, dah memang minat lari...badan ni boleh demam kalau tak berlari :p

Awal pagi Ahad sebelum subuh dah keluar rumah. Sebelah malam sebelum tu dah sediakan segala kelangkapan yang nak dibawa sekali, head lamp pun semua dah tukar battery baru dan berfungsi seperti biasa. Demi untuk melihat matahari terbit, perlukan bangun awal, keluar rumah awal dan memulakan pendakian awal pagi sebelum subuh lagi. Ok, untuk kesekian kalinya saya mendaki lagi Bukit Broga...dah tak tau ini kali ke berapa. Banyak kali dah kekdahnya. 

Gambar pemandangan di atas itu adalah sekitar 630am, masih gelap lagi. Gigih menunggu sampai waktu matahari terbit tapi sayang masa tulah my phone out off battery. Tapi tak mengapa, pengalaman tu bukan untuk di kongsi tapi untuk dihayati sebagai muhasabah diri sendiri. Semoga sentiasa ingat bahawa diri ini adalah terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT.

Monday, August 22, 2016

Wondermama Bangsar Village

Ini bukan entry review makanan dan saya memang sangat jarang nak review2 makanan ni, bukan pencinta makanan sangat so tak berapa pandai bab2 citarasa makanan ni, tau kalau tekak sendiri boleh tekan consider ok je. Last Saturday pergi ke Bangsar Village untuk mencari sesuatu, sangat lama tak ke sana sebenarnya. Bila sampai sana tu rasa macam terpinga2 pulak sebab banyak dah yang berubah dalam BV tu terutama sekali kedai2 dalam tu. Ada jugak yang masih ada sama macam last time. 

Datang ke BV selepas waktu lunch + saya dan suami pun dah makan di rumah sebelum keluar ke BV ni. Bila dah berjaya mencari barang yang dihajati, terasa nak minum kopi dulu sebelum pulang. Pusing2 mencari tempat kopi yang best, akhirnya kami lepak santai di Wondermama.

Tertarik dengan susun atur dan deco dalam restoran ini, sangat cantik. Restoran yang terbahagi kepada 2 bahagian, di dalam dan ada jugak kawasan di luar restoran yang sesuai untuk smoker. Saya macam biasa lebih suka duduk di dalam restoran, but no worries...dekat luar tu surrounded by shady plants and there are also ceiling fans to keep cool. Lebih suka old school yang diterapkan pada konsep restoran ini.

Durian crepe with ice cream...pantang jumpa menu yang berasaskan durian ni, cepat aje nak mengodernya. Nak jugak merasa durian crepe dekat Wondermama ni kan, sedap ke tidak!!! Order satu saja, makan share dengan suami. 

As usual, hot mocca untuk saya. Walaupun hari panas tapi when comes to coffee, memang saya selalu inginkan yang panas saja. 

Sunday, August 21, 2016

Lunch tadi di pasar ikan

Sebut pasal seafood, mesti ramai yang suka makan kan. Tak terkecuali pada saya jugak, sebut je apa jenis seafood, semuanya bedal tanpa rasa bersalah pun. Tambahan lagi saya tidak ada apa2 ALAHAN dengan makanan laut ni. Setiap bulan pasti ada activity makan ikan bakar mengikut tempat2 yang di ingini, bagi melepas keinginan orang kata. Tapi dekat bandar KL ni memang agak mustahil nak jumpa hidangan seafood yang murah dan fresh, mungkin ada jugak kot tapi perlu rajin2kan diri sentiasa mencari macam mencari pokemon tu hikssss...kemaruk Pokemon Go dah saya ni. Cuma satu tempat saja yang kebiasaannya saya pergi bila teringin sangat nak makan seafood sedap, tentulah di Manhattan Fish Marker.

Rata2 sekarang orang kalau datang MFM ni mesti order ketam, best je tengok member meja sebelah mengokak ketam...jemah mampu tengok je huhuhuhuhu. Bukannya saya tak boleh makan atau tak suka makan ketam TAPI suami yang tak suka makan ketam ni. Alasannya memang sakit hati jugak dengar tapi sungguh2 memang dia takmo makan ketam. Nak tau apa alasan sakit hati tu, sebabnya "ketam banyak kulit nak kena buang dan susah nak makan". Walaupun betul alasannya tu tapi kadang2 saya makan hati jugak kalau setiap kali ajak dia makan ketam, mentah2 je kena reject.

Jadi kami order je makanan lunch kami hari ni seperti gambo di bawah, selamat berhujung minggu gais :p

beverage - warm water and soft drink

Manhattan Star Platter - kenyang sampai ke malam makan ni

Saturday, August 20, 2016

Hari ini hari Sabtu

Selamat berhujung minggu semua, hari ini cuaca panas betul ek. Semoga negara kita dijauhkan dengan masalah jerebu memandangkan sudah ada kes pembakaran terbuka di negara jiran, tak serik lagi mereka2 tu ek.

Hari ini tiada apa2 program untuk saya, just habiskan masa di rumah saja. Bolehlah luangkan lebih masa mengadap entry kawan2 yang lain selain dari update entry sendiri jugak kalau boleh prepare entry sampai minggu depan...kalau boleh la, biasanya memang tak bolehnya mihmihmih.

Malam semalam minum kopi dulu sebelum balik ke rumah. Biasanya hari Jumaat saya cuti ke gym sebab akan bawak balik laptop ke rumah dan saya malas nak mengangkut banyak beg. Secara urutannya jadilah Jumaat sebagai hari cuti saya dari sebarang exercise. 

Kisah petang semalam jugak, ada management engagement yang perlu dihadiri. Sempat selpie berjemaah dulu sebelum agenda bermula. 

Tuesday, August 16, 2016

Ayam kampung A Hassan Velodrome Cheras

Punya dah lama sangat tak datang makan dekat A Hassan ayam kampung femes ames dekat Velodrome Cheras tu sehinggalah semalam. Gara2 seorang kawan tercakap yang dia dah lama nak makan ayam goreng kampung yang sedap dan tanya kepada saya any idea dekat mana nak dapat. Terus kepala ni teringat akan sedapnya ayam goreng kampung dekat sini (A Hassan). 

Terus semalam janji nak pergi lunch dekat Velodrome Cheras. Sampai2 sana je terus panic sebab keadaan dekat situ dah berubah. Velodrome tu kini dalam peringkat menaik taraf dan seluruh kawasan tu telah di tutup. Cuma laluan masuk tetap ada untuk connect kepada deretan kedai2 makan di bangunan lama. Masalahnya restoran A Hassan tu berada di bangunan baru which is telah dipagar dan tidak boleh masuk. Ternampaklah kain rentang dari restoran tu, mujur restoran ni tepi sekali dan tertulis di situ yang restoran masih beroperasi seperti biasa cuma kena masuk dari arah belakang kedai.

Memula tu puas jugak nak faham arahan tu sebab kami buntu mencari jalan untuk ke arah belakang yang dimaksudkan. Dah hampir putus asa tapi tak mau pulak kaki ni melangkah ke arah kedai makan yang ada di bangunan lama tu. Hampa dah hati, nak makan ayam goreng kampung dekat restoran tu jugak. 

Dengan membawa hati yang lara, terus naik kereta kononnya nak balik office saja. Tengah elok2 keluar dari Velodrome tu dan kami lalu dibelakang restoran A Hassan baru perasan banyak kereta parkir di tepi2 jalan belakang restoran tu. Automatic jugaklah stering ni pusing mengikut laluan belakang restoran, alhamdulillah akhirnya kami jumpa jugak pintu masuk restoran tu dan selamat parkir kereta. 

Seronoknya dapat makan ayam goreng kampung, terutama sekali my friend...teruja betul dia sebab ini pertama kali dia datang makan di sini. Memula ambik sorang seketul je ayam tu tapi percayalah akan ada ketulan yang kedua pulak lepas tu. Orang kiri kanan pun sama je, rata2 mesti akan ambik sampai 2 ketul sebab size potongan tu macam just nice untuk sorang makan tapi kalau tamak haloba macam kami2 ni, jadilah 2 ketul sorang. 

Lagi satu menu yang saya sangat suka ambik dekat sini, sambal ikan bilis, kacang tanah dengan tempe ni. Penambah selera lagi, telur masin dengan sambal tempoyak.

Alhamdulillah, semalam dapat jugak memenuhi permintaan kawan yang nak sangat makan ayam kampung sedap in town. Manalah tau kan kot2 kawan tu mengidam ke hapa mana kita tau kan tapi memang best perasaan ni kalau dapat mengembirakan hati orang lain especially sahabat kita.

Monday, August 15, 2016

Good luck friend

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. 

Ada seorang rakan seangkatan yang resigned. Sebab apa tu tak perlu di kongsi di sini, cukup sekadar orang empunya badan yang tahu. Semoga dia success dengan next life, semuanya akan menjadi serba baru tapi tidak mengapa...kita sentiasa bermula dari bawah dan akan terus naik dan berjaya kan, inshaAllah.
  
Perancangan untuk buat farewell untuknya terlaksana jua walaupun sebenarnya kami2 ni semuanya bukan dari department yang sama dengan rakan ni. Entah kenapa rakan ini telah memilih kami untuk conduct farewell untuk dirinya sendiri, terujalah kan. Base pada pendapat rakan ini, kami2 ni memang havoc but peace :) ...thanks for complement. Hanya ada beberapa rakan saja dari department yang sama dengan rakan ini di jemput sendiri oleh tuan empunya badan.

Kami cuma conduct event saja, jemputan itu bukanlah tugasan kami. Ikut suka rakan inilah dia nak jemput sapa untuk join sama.

Farewell ala pot luck, banyak makanan yang dapat kami bawa bersama2 dan ada jugak main dish yang rakan ini bawak sendiri seperti laksa johor dan desert. Dari duit collection pulak telah dilaburkan kepada nasi kerabu lauk ayam dengan daging bakar. Minuman, kuih muih, buah buahan semuanya dah dibahagi mengikut individual contribution. Special montaj  dan present untuk rakan ini pun sempat kami buat, alhamdulillah.

Macam biasa kami akan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak rakan ini, ialah rakan ini orang lama sebenarnya tapi kalau dah rezekinya sampai di situ saja kan. Live must move on, so diharap segala2nya perfect for him, inshaAllah.  

Sunday, August 14, 2016

Sundate yang lagi santai

Seronoknya kita tido hari minggu ni, rasa macam nak tido lagi sampai tengah hari. Nanti bangun lepas tu makan lepas tu sambung tido semula...ok tak macam tu :p

Kita dah gemuk ni, macam mana huhuhu. Tapi kita suka makan tido makan tido je...guano tu. 

Saya terjumpa gambar lama ni, ini gambar masa kejadian gerhana matahari awal tahun ari tu. Masa waktu kejadian memang malas nak up entry gerhana ni sebab rata2 semua up cerita yang sama je, kita update lewat la walaupun dah basi ataupun orang memang dah tak ingat lagi akan kejadian ni.

Saturday, August 13, 2016

Sabtu yang best

Seronoknya bila sampai hujung minggu kan, boleh rehat2 dekat rumah ikut sendiri punya suka. Saya memang sangat suka bila sampai hujung minggu macam ni. Selepas subuh boleh terus keluar berlari sekeliling taman perumahan. Bila dah siang sikit sekitar 8am, sebelum balik ke rumah singgah dulu gerai jual sarapan. Sebagai reward diri sendiri selepas lari, belilah apa2 yang rasa nak makan sebagai sarapan pagi.

Lepas tu rehat sekejab sebelum mulakan acara mengemas dan keluarkan bahan2 untuk makanan lunch. This is LIFE dan saya sangat suka keadaan macam ni. Mungkin kerana selalu berada di luar rumah untuk bekerja, makanya perasaan duduk di rumah adalah sangat nikmat ek.

Seperti hari ini, saya nak sediakan hidangan lunch yang simple senang disediakan dan tentulah sedap kan, hilang akal ke nak masak sesuatu yang tak sedap ye tak. 

hidangan hari ni, limpa goreng kunyit, ikan goreng, taugeh hijau goreng dengan bendi rebus

Lepas lunch tadi ketika mood rajin masih ada lagi, terus keluar mendobi pulak. 2 bakul settle untuk hari ini. Alhamdulillah, hari ini cuaca sangat bagus sekali.

Monday, August 8, 2016

Misi untuk recover

Sabtu lepas badan masih belum sepenuhnya kebah dari demam tapi dah boleh berkuat sikit compare dari hari sebelumnya. 

Maka pagi2 lagi selepas solat, saya terus bersiap keluar untuk memanaskan badan selepas 2 hari saya berpantang ke gym. Badan sendiri ni memang faham sangat, selagi tidak dikeluarkan peluh memang susah nak recover sepenuhnya dari demam tu. Saya datang ke Pusat Belia dan Sukan Paroi. Oh ye, Jumaat malam saya balik ke Seremban selepas dipaksa rela kakak balik ke sana. Salah suami jugak muahahahah boleh pulak dia pegi hantar report yang saya ni demam dan kakak pulak pantang bila tau macam ni punya keadaan, terus paksa rela balik Seremban. 

Sampai di komplek ni seawal 7am, dah ramai orang waktu pagi tu. Alhamdulillah sekarang ni semakin ramai yang suka memulakan waktu pagi mereka dengan aktiviti sihat macam ni, kesedaran itu semakin positif penerimaannya orang rakyat Malaysia ketika ini. 

Memulakan dengan warm-up, ini sangat penting ye...jangan main terjah je buat aktiviti tanpa memulakan dengan warm-up dulu. Selepas itu mulalah aktiviti larian saya seperti biasa, lite2 cuma sebab saya perlu simpan tenaga untuk SCKLM nanti. Ye cuma sehari je lagi tapi sangat2 rungsing sebab badan masih tak fully recover dari demam, Ahad nya pulak nak lari full marathon 42km...perh sangat mencabar fizikal mental. Keyakinan dan kemampuan itu memang tidak yakin berjaya tapi semangat saya je lagi yang masih terlalu ingin berlari untuk SCKLM ni. Suami pun tak akan izinkan saya berlari sekiranya suhu badan saya tak turun dan macam2lah alasan kukuh dia untuk menghalang dari saya turut serta event itu.

Erm...adalah saya berjaya atau pun saya tidak lari langsung, bersambung ye...

Thursday, August 4, 2016

Bila mak kita demam

Sejak dari semalam mak kita demam, selsema, kepala ada sikit pusing...sian mak kita. Terpaksalah sehari dua ni kita tido sorang je, pak kita tak bagi kita mengepit dengan mak kita, takut nanti berjangkit. 

Takpelah, kita tido sendiri je sambil bertemankan kain busyuk masham kita ni...jadilah buat pengganti diri mak kita.


Wednesday, August 3, 2016

Glamor & Vogue Itulah Aku! by Aimee Nour

Lama sangat rasanya tak up novel review dalam entry ni. Nampak sangat yang saya dah lama tak membaca novel kan. Memang betul pun. Mungkin disebabkan sekarang ni dah habis koleksi novel2 terperam lama yang tak berbaca. Start dari tahun lepas sampai la ni nekad tak nak beli novel lagi, nak cuba habiskan novel yang ada dan akhirnya berjaya habiskan jugak. Kena paksa jugak buat macam ni, if not beli je tapi tak berbaca pun buku2 tu semua. Buat apa beli kalau tak di baca kan...

Anatalia, setiausaha Datuk Saifullah yang glamor lagi vogue! Angan-angannya mahu membeli-belah di New York dan menikmati percutian hebat dan mewah yang penuh glamor. Namun, Anatalia masih berangan-angan sehinggalah dia mendapat peluang yang ditunggu-tunggunya.

Anatalia akan mengembara ke serata dunia dengan percuma!

Ya! Hebat bukan. Namun adakah impian Anatalia mahu membeli-belah di New York tercakap? Apakah Anatalia akan menjadi terkenal, semakin glamor dan vogue kerana percutian itu? Hanya Anatalia yang tahu jawapannya. Yang pasti Anatalia mahu kelihatan glamor dan vogue sepanjang masa.

Yang pasti cerita ni memang best, santai dan tak perlu berfikir sangat...watak utama pulak memang gilozzz kelakar.