Saturday, October 29, 2016

Binatang celup tepung

Semalam kan saya dah mula cuti sempena Depavali yang bertarikh hari ini dan bersambung pul dengan cuti hujung minggu membuatkan cuti kali ni panjang sikit walaupun lebih satu hari je. Panjang jugak tu kan, nak cuti seminggu kena ambik cuti sendirian berhad la. Semalam jugak balik ke Kuala Terengganu, lama dah tak balik pun. Orang kata tak ada urusan, maka tak sampai la ek walaupun ada je sedara mara berdekatan. Takpelah, jalinan tak terputus itu yang lebih penting. Zaman moden ni banyak je cara untuk berhubung tanpa bertemu muka. 

Kalau balik Terengganu ni takde istilah diet, semua benda pun nak makan. Especially pada seafood nya, tak pernah mengecewakan. 

Lepas selesai urusan di KT, tengah hari tadi saya dengan suami dah bergerak pulang ke Kemaman pulak tapi mesti ada destinasi yang tersinggah di sepanjang jalan. Dekat sini kan banyak pantai yang cantik2, pasti mampu menenangkan jiwa kacau atau perasaan berkecamuk gitu. Tapi agenda saya bukanlah itu tapi pastinya untuk melayan tekak kacau dengan perut berkecamuk je :p

Singgahlah di tepi pantai Kelulut untuk nak melapah ikan sotong celup tepung bak predator nak melapah mangsanya. Singgah gerai di tepi pantai tu saja, bukan pegi tempat femes emos pung. Saya cuma tau duduk siap2, tukang chop tempat...yang lelakinya saja pergi memilih ikan dan sotong. Tapi sayang masa kami singgah tu dah tak banyak pilihan ikan dan sotong tapi dek kerana dah singgah, order jugak la. 

Oh ye, balik kampung ni hanya saya 2 beradik saja termasuk abang's family and kakak's family.    

Sebagai tambahan, order jugak kepok lekor sampai 6 bakul...3 bakul setiap meja. Tak besar mana pun bakul tu, tak payah nak tenjat sangat ek :p 

Meja sebelah group laki, 3 orang heros je pung. Yang pempuan pulak dok meja sebelah, kami buat pengasingan secara muhibah gitu. 

Friday, October 28, 2016

Kucing lagi

Kerja ke uolsss...hakak jemah cuti ni ha. Bukan ambik cuti atau cuti sakit tapi memang cuti sebab besok hari raya cahaya kan. Makanya hakak jemah dapat cutilah hari ni sempena nak masak rendang ayam petang ni. Nak kemas2 rumah, sapu2 lantai, nak beli bunga kekwa bagai jugak ni.

Hakak jemah ni hidup bermasyarakat 1 Malaya, ikut seruan katanya. Apa lagi yang mampu kita buat selain dari mengikut aje apa yang dah disyaratkan, harapnya bertukar lah nanti syarat2 tu di tahun hadapan. 

Petang semalam anak buah bawak balik anak kucing. Anak kucing ni dah dua hari dia nampak bermain2 dekat parking area rumah dia. Bila dia tengok anak kucing tu mengiau2 lapar, terus je dia angkat bawak naik ke rumah. Bagi makan wet food, minum susu kucing...kemain berselera lagi anak kucing tu. Habis dengan sekali hadap je, memang betul2 lapar dia. Anak buah nak jaga anak kucing tu selagi takde sapa2 yang tuntut, kalau ada kena pulangkan kepada yang hak. Kalau takde yang tuntut nanti biarlah dia jaga. Kesian katanya.

inilah dia anak kucing tu, lebih kurang 2 bulan jugak ni base on size badannya. masih craving nak menyusu lagi tapi minum susu kambing je la ye nak. tak tau sapa maknya, sapa tuannya?!!!

dan besar ni jugak dah lasak bermain2, habis semua benda dalam rumah nak dipanjatnya. kalau berjalan pulak, hati2...pasti ada yang menangkap kaki nanti :p

Wednesday, October 26, 2016

Anisa's Birthday

Semalam birthday anak saudara saya yang paling kecik sekali...yang last setakat inilah, tak taulah pulak kalau ada lagi lepas ni. Mungkin anak saya ke, mana tau kan. Request dengan ibunya nak tiup lilin dekat tempat mengaji, nak makan kek dengan ustazah katanya. Ibunya gigih menurut kemahuan si anak, maklumlah birthday girl.

Ini adalah anak ke 4 abang saya. 

Acara tiup lilin selepas semua kawan2 habis mengaji. Percayalah kek sebesar itu boleh habis semuanya di makan oleh anak2. Makpaknya dengan ustazah dapat sepotong saja, tak mengapa...janji habis dimakan. 

Semoga Anisa membesar menjadi anak yang solehah dan pintar. 

Tuesday, October 25, 2016

Tetamu

Masih teringat lagi kesudahan cerita bersiri "Patahnya Sebelah Sayap" Isnin lepas. Untuk pertama kalinya saya betul2 mengikuti turutan cerita bersiri tu kerana sangat suka dengan jalan ceritanya yang tidak terlalu keCINTAan sangat...lelahlah nak layan drama cintan cintun terlebih madu dalam ayat ni. 

Kesudahan yang boleh dijangka, tapi tetap puas hati bila watak2 antagonist dalam cerita tu mendapat balasan yang sepatutnya...sakit ati bona omak ni ha bilo tengok watak omak si amzar tu :p

Apa2 pun cerita bersiri itu sudah habis, sekarang ni cerita baru pulak menyusul tapi saya tak kuasa nak layan dah. Minggu ni je tinggal lagi masa untuk bersenang lenang di waktu malam sebab saya freeze membership gym bulan ni. Bulan depan routine exercise akan kembali seperti biasa.     

Petang semalam anak saudara datang ke rumah. Ada urusan kerja di KL katanya, bila dah selesai tu sebelum balik ke Seremban, mereka singgah dulu di rumah. Saya masih belum balik dari office tapi mujur suami ada, jadi suami je yang layan tetamu. Pandai2lah dia uruskan tetamu, siap keluar dulu beli kuih goreng2 sebelum anak saudara sampai. Sediakan minuman, hidang makanan sekali.

By the time saya sampai rumah, anak saudara tengah bawak anaknya mandi kolam dekat bawah. Saya pulak cepat2 bersilat sediakan makanan untuk dinner...balik mandi tu nanti mesti dah lapar semua. Masak simple2 je, bukan nak beria sangat pun menunya.

Lepas dinner, dalam 9pm hidang minuman panas pulak sebelum dibenarkan balik >_< Adatlah kami ni kalau ada tetamu datang ke rumah, siaplah kena tahan sampai ke malam baru boleh balik.  

Adam, sian budak ni sebab takde apa permainan budak2 dalam rumah saya kecuali teddy bear. Alas periuk pun jadilah dibuatnya main keliling rumah. 

Monday, October 24, 2016

Villa Bulus

Sekarang ni buntu betul nak masak, dah habis pelbagai masakan dari healthy sampailah yang tak berapa healthy semuanya dah. Tapi semua tu ikut apa yang ada dalam ais gobok ku saja, takdelah beria sangat kata orang. Bila dah takde idea tu mulalah selak2 balik buku resepi yang dah menjadi semakin lunyai. Dari majalah masakan, buku resepi dan seterusnya kepada file yang isinya jugak resepi2 dari internet yang di print and simpan sebagai handcopy. Ada yang dah dicuba dan masih banyak lagi yang masih belum tapi sikit2lah dulu ye, bila rajin nanti menjadilah tu.

Sebab dah buntu punya pasal, terus grab kunci kereta dan terus saja balik rumah kakak di Lenggeng. Biasalah sebab adiknya tau mesti kakaknya masak sedap2 punya untuk hidangan makan tengah hari. Pandaikan adiknya ni, asal lapar malas pulak tu nak masak terus je balik rumah kakak tumpang makan kehkehkeh

Sebenarnya lebih kepada nak tengok project abang ipar saya yang baru je siap, project villa bulus katanya. 

Inilah 'villa bulus' nya, rumah kucing yang baru siap sepenuhnya minggu lepas. Sebelum ni rumah mereka lain, ada dekat entry ni. Sebelum ni rumah kayu, sekarang ni upgrade jadi rumah batu pulak.  

Dari dua rumah sebelum ni, sekarang ni dah jadi satu rumah teres siap package rumah dalam taman lagi :p 

Haaaa tu dia, bukti2. Nampak tak ada bunga juga dalam rumah kucing ni. Bukan takat taman luar rumah tapi taman masuk sampai dalam rumah. 

Makin bertambahlah jumlah kucing2 ni nanti di masa akan datang, dah abang ipar masukkan sekali jantan betina dalam tu. Kesian katanya, dah lumbah benda hidup pasti nak pasang berpasangan kan...pufff 

Sunday, October 23, 2016

Layan swing

Malam minggu takde apa aktiviti mengopi atau mengeteh tapi terasa nak layan swing pulak. Apa lagi, grab car key terus drive to Kota Damansara. Ambik set dulu lepas tu terus ke driving range. 

Layan 2 bakul bola tu dah cukup. Tak perlu berlama2 dekat sana pun, setakat nak lepas gian je. Habis dalam 3am, terus balik rumah. 

Saturday, October 22, 2016

Sabtu dan Bandung

Macam mana hari Sabtu korang semua?!! Mesti macam2 aktiviti kan. 

Saya pulak pagi tadi macam biasa nak keluar jogging tapi tak kesampaian sebab hujan. Hujan tu tidaklah lebat sangat tapi alasan hujan tu rasanya macam dah kukuh sangat untuk tukar outfit sukan kepada baju tidur semula :p Terlelap jugak sampai 10am baru terbangun semula sebab teringat nak keluar untuk weekly groceries. 

Bersiaplah suami isteri untuk keluar memberi barang2 nak masak lunch nanti. Kami selalu pergi ke Tesco Ampang saja, pagi2 biasanya dah ramai orang tapi tetap suka beli barang2 waktu macam ni sebab masih fresh lagi. 

Selepas selesai membeli, singgah Pejabat Pos untuk bayar bill boss saya. Waktu bekerja memang tak sempat nak buat bayaran bill, hanya Sabtu saja waktu yang sering saya guna untuk urusan bill...mujur saja Pejabat Pos beroperasi pada hari Sabtu, terima kasih Pos Malaysia. 

Keluar saja dari Tesco, waktu dah almost noon. Sebelum keluar rumah tadi pun kami tak lagi sarapan pagi jadi tanya suami sama ada nak singgah sarapan di mamak atau terus saja early lunch sambil doa2 dalam hati supaya suami setujulah nak early lunch tu. Ada alasan kukuh sikit tak perlu nak masak nanti mihmihmih

Seperti dapat baca kan fikiran isterinya ni, suami pun ajaklah early lunch supaya nanti saya tak perlu susah2 nak masak lagi...alahai suwettttt suami saya. Mulanya saya hanya mengajak makan di any mamak sekitar Ampang saja tapi suami craving nak makan nasi kandar di Brahim Shah. Bagai mengantuk disorongkan bantal gitu, saya angguk laju2. Makan nasi kandar tu, all time favorite.

Selesai saja lunch, terus balik ke rumah. Risau pulak kalau berlama2 di luar sebab tadi masa di Tesco kami ada membeli ayam ikan udang sotong, takut nanti jadi pekasam pulak. 

Sebelah petang tadi saya masak jugak tapi bukan untuk makan malam tapi untuk besok. Ada rajin sikit masaklah, senang besok just panaskan saja makanan tu. Dinner kami tadi hanya roti, siang dah makan begitu meriah kan. 

Rentetan beberapa bulan sebelum anak saudara lelaki saya selamat diijabkabulkan. Dia merelakan diri untuk ke Bandung membeli kain2 untuk seluruh ahli keluarga terdekat, kain ini nanti adalah untuk pakaian makpak makcik pakcik adik beradik. Cara sekarang kan kalau majlis kawin ni ahli keluarga mesti pakai sedondon gitu, kami pun tidak terkecuali jugak.

Masa bila lagi nak bagi kerja lebih dekat bakal perantin kan, ha masa nilah tugasnya bermula. 

Setiap jenis kain yang diminati ambik gambo dan send watsap dekat ibunya untuk memilih dan pilihan color adalah ikut pada permintaan perantin. Kami ahli keluarga ni menurut saja, bagilah peluang pada mereka membuat pilihan untuk hari besar mereka nanti.
  
Beg yang dah berjaya keluar dari perut beg yang lain, beg beranak orang kata.

Anak saudara saya ke Bandung bersama keluarga bakal mertuanya sekali sebab mereka pun punya tujuan yang sama. Pergi pun tak lama, hanya gunakan masa hujung minggu saja. 

Pergi Jumaat, pulangnya Ahad dan minggu seterusnya kain sudah siap diagih2kan pada yang berhak untuk di tempah. Kami suami isteri dapat 3 pasang setiap seorang, bergigihlah menghantar ke toiler selepas itu.  

Friday, October 21, 2016

Apakah...

Apakah raksasa  yang menjadikan camar putih hakak tu terpalit noda merah? 

Elok cantik molek je camar putih ni parking dalam kotaknya, bakpo pulak la raksasa ni gi gesel2 grkkkkkkkk

Besok hakak bawak la camar putih pegi polish...untung2 boleh jadi camar berkilau nanti :p


Thursday, October 20, 2016

Dugaan

Mesti pernah rasa down kan, down yang sampai tahap rasa macam nak benam kepala dalam air je. Rasa macam saya je yang ada masalah besar ni, orang lain sekeliling tu takde masalah pun, haaaa gitulah gambarannya. 

Ish tak baik berperasaan macam ni kan, Allah menduga hambanya mengikut kemampuan hamba itu sendiri. Allah tak akan menduga hambanya sekiranya hamba itu tidak mampu menanggung ujian tersebut. Allah sayang kita, cuma kita je terkadang alpa dari mengingatinya. 

Yakin sentiasa, dugaan itu pasti ada pada setiap orang. Cuma bentuk rupa dugaan itu je yang kadang sama dan kadang berbeza. Ada masa di atas dan di bawah, ada suka dan duka, ada senang dan susah...tapi yakin pasti balasannya kegembiraan berganda.
   
daging salai masak lemak cili api

 ikan baung masak tempoyak

 sambal sotong kembang

 budu

sambal belacan

Last weekend punya menu, makan bersama keluarga :)

Wednesday, October 19, 2016

2XU Compression Run Malaysia 2014

2XU Compression Run Malaysia 2014
Date: 21st September 2014
Distance: 10km

Venue: Taman Botani Perdana

Masa ni badan masih gemilang lagi lebarnya :p


With one of my pacer, pancit kalau ikut pace minah ni tapi hakak suka je nak lari dengan dia. 


Overall ranking, pace masih teruk lagi masa ni :( 

Tuesday, October 18, 2016

No topic

Hari ni rasa macam sejuk2 sikit walaupun tengok dekat luar terang cahaya matahari bersinar. Perjalanan ke office pun lancar je, ada perasan seminggu 2 ni jalan raya dari rumah nak ke tempat kerja agak lenggang...macam cuti sekolah tapi sekolah belum cuti lagi kan. Entahla...

Nampak nau2 takde bahan nak cerita kan...blurrrr

Bukan paper bag tu bukan untuk saya tapi untuk suami semestinya. Dia je pun yang pakai brand ni, isterinya pakai cap ayam :p

Tapi sungguhpun isterinya pakai jenama cap ayam, tapi on other side of me still memilih brand yang bagus untuk sesuatu yang paling diminati. 

Especially went come to sport activities. Yes, saya akan spending lebih sikit to sport. Tak beli baju baru, seluar baru, tudung baru, kasut tumit keletak keletuk baru pun takpe asalkan dapat barang sport baru setiap bulan kehkehkeh 

Golf set ni memang mahal sangat tapi dah ada yang sanggup belikan untuk adiknya demi nak menjadikan partner field walaupun sekadar tukang angkat beg golf aje. Sekarang ni set golf ni parking dekat rumah abang, sekali dengan set orang2 lain jugak. Setiap kali nak menyabit, kena singgah Kota Damansara dulu tapi tak menjadi masalah sebab main pun dekat situ je.     

Friday, October 14, 2016

Saya suka Jumaat

Seronoknya hari ni dah Jumaat, tapi kenapalah sekarang ni berperasaan rasa macam masa seperti cepat sangat berlalu. Tak kisah la, janji besok boleh cuti, hari untuk rehat duduk lepak2 dekat rumah walaupun besok tak tau lagi apa plan nak buat. Hope jangan ada plan la, bole tido makan je dekat rumah...seronoknya.

Dah siap2 untuk jogging malam ni, petang bukan tak nak lari tapi macam nak hujan je hari. Tengah hari tadi pun dah turun hujan tapi sekejab sangat.  

Tak sabar jugak nak main2 dengan kucing2 saya, hujung minggu je peluang mereka2 ni lepas bebas berlari2 sekeliling rumah. Hari2 lain memang peluk2 cium sekejab je lepas tu masuk cage. 

Selamat berhujung minggu kawan2 :) 

Thursday, October 13, 2016

Rentetan majlis menyambut menantu

Sampailah pada hari menjelang kenduri kawin anak saudara saya, lompat2 jugak turutan cerita ni tapi tak kisah la...benda dah berlalu pun. Anak saudara saya ni lelaki, cerita belah perempuan biar update lewat2 la, utamakan belah keluarga sendiri dulu :p

Sebelah malam yakni hari Jumaat malam bermulalah sesi masukkan barang2 dalam goodies bag. Orang2 tua mulalah membebel kata kenapa lambat sangat buat goodies bag tu dengan segala alasannya tapi takde masalah pun sebenarnya sebab kami2 yang muda belia ni dah kawtim baek punya. Semua anak2 saudara yang perempuan lelaki kecik tapi dah boleh di harap tu memang kena buat kerja ni sampai siap tapi still kena monitor by adult. Bagi je arahan nak buat macam mana, nak masuk apa dalam goodies bag tu...taulah diorang nanti nak buat macam mana. 

Memang successful completed by them dari mula buat kotak sampailah susun dalam kotak semula dan ready to serve keesokannya. Ini adalah tugasan anak2 saudara level SPM dan ke bawah.

Ruang dapur tak terkecuali dengan sibuknya jugak. Kek perantin adalah di bake in house. Anak saudara abang ipar saya adalah seorang pembuat kek dan dia volunteer untuk buatkan kek perantin untuk sepupunya ni (pangkat sepupu dengan anak saudara saya). Bila chef pro berada di dapur kita, makcik2 hakak2 hadek2 pun semua mulalah jadi penonton...seolah2 sedang menonton rancangan masakan secara live gitu. Tapi situasi tu tak dapat nak di kongsi sebab dalam rumah paham2 la dengan aurat yang mungkin ada yang terdedah. 

Kesetiaan penonton2 ni dari mula proses bancuhan sampailah ke proses menghias kek. Baguslah, bukan senang nak belajar ilmu baking secara percuma kan...sekarang nak attend kelas belajar buat kek pun beratus jugak mengikut jenis2 kek. Ini kalau saya la, dah lama sangat tak pergi baking class...tak tau bila nak mula semula ermmm   

Selain dari makan malam disediakan untuk seluruh ahli keluarga dan para tetamu yang kiranya datang awal sebab tak dapat hadir pada keesokannya, tuan rumah jugak ada sediakan sate tulang untuk supper time. Sate tulang order terus dari Jelebu kampung saya la. Memang berhantu makan sate ni, rasa secucuk pasti nak makan lagi bercucuk2 tapi tak sempat nak menikmati sangat...kena tengok apa2 yang tak ready lagi. 

Bab masak memasak kena serahkan kepada yang pakar, ini tugas pakcik2 makcik2. Separuh dari makanan kami masak sendiri dan separuh lagi kita cater dan ada jugak dari keluarga sebelah abang ipar saya. Bermakna makanan pada hari kenduri adalah dari 3 dapur yang berbeza tapi kami inform caterer untuk provide extra serving dish untuk lauk pauh yang keluarga masak sendiri. 

Goodies bag yang dah siap tersusun dekat luar rumah tunggu masa untuk diedarkan saja besok harinya. Ini semua anak saudara yang kecik2 tu yang buat, kan boleh diharap tu...kita yang lebih berusia ni perlu bagi kepercayaan dan guideline untuk mereka buat kerja.

Settle tugas ni, terus bebaskan anak2 bermain ikut suka diorang. Dah habis tugas mereka untuk malam tu.

Mini pelamin untuk perantin yang disponsor sepenuhnya oleh saya dan suami.

Mulanya perantin ni tak nak pelamin2 bagai sebab rumah kami just untuk acara bertandang sebelah lelaki tapi saya tetap nakkan ada pelamin sikit supaya ada rasa macam majlis kawin. Tau sangat peel keluarga sendiri yang suka bergambar kan. Akhirnya perantin bagi kepercayaan 100% kepada saya untuk pilih sendiri pelamin ikut selera saya sendiri. 

Beberapa minggu sebelum majlis di sebelah keluarga kami, saya dengan suami gigih survey butik perantin seolah2 kami pulak yang nak kawin :). End up jumpa yang berkenan di hati, bargain harga...alhamdulillah dapat murah sebab kami hanya ambik pelamin sahaja tanpa makeup ataupun persalinan.

Dari atur cara takde bersanding sebelumnya, tapi telah bertukar rentak di saat2 akhir. Perantin disuruh untuk bersanding dulu sebelum terus ke meja makan pada present day. Dah ada pelamin, takkan tak  nak bersanding pulak kan. 

Sampai sudah ke present day, pagi2 lagi caterer dah sampai untuk pasang alas meja dan kerusi dan sediakan buffet table untuk tetamu dah perantin. Masa ni ahli keluarga dah tak turun padang buat kerja, masing2 akan menjadi penyambut tetamu pulak. That why kami serahkan sepenuhnya urusan makanan kepada caterer. 

Alhamdulillah majlis berjalan seperti dirancang tanpa ada cacat cela. Makanan pun cukup2 tanpa ada lebihan yang banyak. Cuaca pun sangat baik, panas sepanjang hari sampai dah tak larat nak duduk bawah khemah. Beginilah nasib jadi penyambut tetamu, sedara mara kawan2 tuan rumah datang kena layan. Bagi goodies bag siap2 supaya tak terlupa nanti. 

Penyambut tetamu pun terpaksa di bahagi kepada 2 mengikut khemah, satu di hadapan rumah dan satu khemah lagi di tepi rumah sebab ada 2 pintu masuk yang di buka. Waktu kemuncak di tengah hari tu lah yang paling mencabar, sewaktu tetamu ramai datang, dengan panasnya berlengas badan tapi kena jugak sabar senyum pada tetamu yang datang dan pegi. 

It's fun tapi kepenatan tu tak dapat di sangkal.

Sebelah malam selepas segalanya selesai. Seronoknya dapat lurus2kan badan sambik santai2 tengok movie.

Dan malamnya jugak kami mulakan operasi pengiraan angpau salam kaut bagai ni. My kakak memang nak kira cepat sebab nanti bila semua orang dah balik takde sapa yang nak kira pulak. Alhamdulillah penuh 3 kotak besar tu dengan sampul angpau, rezeki tuan rumah kiranya sebab perantin dah serahkan sepenuhnya duit angpau ni untuk makpaknya. Angpau yang perantin terima sendiri dari tetamu saja yang mereka simpan. 

Saya kira separuh jalan, lepas tu take over oleh kakak pulak. Penat kot duduk bersela lama2, lepas tu binggung tengok duit banyak tu :p

Tamatlah edisi perkahwinan anak saudara saya. Lump sum je saya entrykan...senang.  

Wednesday, October 12, 2016

BSN Putrajaya Night Marathon 2014

Run event 2014.

BSN Putrajaya Night Marathon 2014
Date: 11th October 2014
Venue: Precint 3, Putrajaya

Surely this is not my 1st half marathon tapi this is my 1st time join BSN night marathon ni. Teruja nak join sebab malam, saya sangat suka lari malam hanya kerana satu sebab je pun...tak ada cahaya matahari :p sungguh tau. Tak banyak benda yang saya masih ingat lagi masa event ni berlangsung tapi yang pasti event ni memang gempak meriah. Bertambah semangat nak lari bila di beberapa km ada cheer leader bagi sorakan. Bukan itu saja, ada tarian naga sekali di km yang lain pulak...ada banyak lagi sebenarnya tapi dah lupa. Takdelah berlari dalam keadaan senyap sunyi macam lari sorang2 je kan. 

Hopefully this year berkesempatan lagi untuk join event ni untuk mengubat kekecewaan tahun lepas, organizer terpaksa batalkan event kerana masalah jerebu yang teruk. Nak mengubati kekecewaan terus minum kopi...apakah 

Tuesday, October 11, 2016

Golf pulak

Satu lagi games yang saya tak pernah langsung terfikir akan main. Dulu memang saya kategorikan games ni untuk orang malas dan tak mencabar langsung. Apa taknya, bukannya perlu berjalan angkat beg bagai, buggy yang bawak. Lepas tu yang main pulak orang2 kaya je kan, kita yang sederhana ni rasanya payah sikit nak sangkut dengan permainan ni. Tambahan pulak dalam drama2 melayu kita pun semuanya golongan koporat je yang main pun, yang tak berapa koporat jadi tukang angkat golf set...itulah realiti drama kita. 

Tapi sekarang perception tu dah lain, sudah 3 tahun lebih saya habiskan masa di driving range untuk hayun kayu golf. Rupanya bukan senang permainan ni, perlukan teknik yang betul baru pulukan jadi cantik. 

Belajar untuk golf ni bukan murah, untuk appoint pro perlukan payment yang mahal tapi alhamdullah saya ada pro in the house yang boleh ajar secara percuma...my brother. Tapi kena tahan je la, salah berdiri salah pusingan badan salah pukulan memang kena ketuk kepala dengan kayu golf. Ketabahan amat diperlukan di situ. Nak ikutkan mau je ambik pro luar dari abang sendiri yang ajar, garang sangat :p

Kini pantang ada free time malam hujung minggu, driving range Kota Damansara tempat saya melepak sambil menyabit bola. Bukan berdua dengan suami tapi beramai2 dengan sepupu dan anak saudara jugak. Dah boleh dikatakan sebagai family games je sekarang ni duduk berkampung tepi padang golf.

For now pukulan dah ok, cantik abang kata. Mau tak cantik kalau dah hari2 kena ketuk dengan kayu golf selama 3 tahun, sakit siot. Tengoklah gambo atas ni, memerhati sambil pegang kayu golf...mau tak takut. Ini gambo 3 tahun lepas, sama2 kena paksa belajar dengan anak saudara sekali. Yang tak minat pun dah naik minat pulak. 

Till now masih tak berani nak turun field, takat layan hayun di driving range je. Field tu bukan apa, semuanya dah ada handicap, kita ni hanya ada hand dengan cap jew :p 

Monday, October 10, 2016

Monday, no blues

Assalammualaikum korang, semoga hari ini penuh keceriaan ye...NO monday blues orang kata.

Hari ni keluar rumah untuk ke office macam biasa at 730am tapi surprise boleh sampai office before 8am yang kalau kebiasaanya mesti sampai dalam 8am - 810am. Apa yang saya perasan hari ni jalan agak lengang, lenggang macam cuti sekolah pulak walhal ada je nampak anak2 ke sekolah. Apa pun alhamdulillah, sampai dengan selamat ke tempat kerja tu dah cukup bersyukur.

Tengah hari tadi, lunch buddies ajak makan ayam kepci. Pun saya tak tolak, benda sedap nak tolak kenapa kan...ON jugak.  

Makan bertiga, saya makan burger...yang lain2 tu menu kawan2.

Tapi tekak masih craving nak makan nasi lemak sedap Lenggeng, nasi lemak sambal ikan sembilang.

Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara yagn sangat memenatkan tapi tetap enjoy

Almost tengah hari baru terbangun dari tido pagi tadi akibat terlampau penat sangat dengan aktiviti semalam. 

Pagi semalam dalam 9am dah keluar rumah untuk pegi breakfast dengan Anis ke Kinrara (BK4). Teringin nak mencuba masakan Terengganu yang femes emes dekat situ dan memang dah kebetulan dekat sangat dengan rumah dia, terus ajak breakfast sama. Anis datang sorang, anak tak bangun tido lagi jadi suaminya tak join.

Selepas habis breakfast, update cerita gebang gebang sampai bertambah2 order air, duduk dekat kedai tu aje sampai almost nak tengah hari baru gerak ke Shah Alam. Saya kena collect running bib untuk event tengah malam tadi. Puchong dengan Shah Alam dah tak jauh sangat dan nak collect bib tu dekat Stadium Shah Alam je.

Selepas collect bib, terus rush balik ke rumah sebab ada another appointment lagi di sebelah petangnya. Sampai je di Ampang terus pegi pet shop untuk beli makanan kucing dan bila dah settle terus je balik ke rumah dalam 2pm.

Rehat sebentar sehingga 5pm dan keluar semula dengan kawan untuk ke 1 Mont Kiara for attending Fitness First Open Day bersempena Hari Sukan Negara. Kan semalam HSN, jadi sana sini akan ade je aktiviti kesukanan...memang bagus kalau setiap minggu adalah hari sukan kan. 

Sampai di 1 Mont Kiara, nak naik ke FF Club pun malas, letak beg dekat bawah je. Waktu saya sampai tu acara Zumba dah bermula, nak mencelah macam malas sebab orang ramai...maka tunggu sampai next session. Tepat 645pm, Sh'bam session pun bermula...terus laju2 ambik tempat, geng sh'bam ramai so duduk dalam satu group FF Avenue K. Sh'bam berlangsung selama 1 jam dan selepas tu break 5mins sebelum continue dengan Bodyjam pulak. Continue lagi dengan Bodyjam selama 2hrs. Penat memang penat waktu ni tapi tetap teruskan jugak sebab fav sangat session ni. 

Sedar tak sedar 930pm baru habis program dekat FF 1 Mont Kiara, terus gegas keluar sebab suami dah menunggu di luar bangunan. Tapi sebelum tu singgah Boost for protein juice sebab lepas ni akan ada another event yang sangat memerlukan extra tenaga. Tak cukup boost juice, beli lagi air Root Bear dan coklat dekat MyNews. Sangat2 memerlukan sugar rush waktu tu. 

Keluar je dari 1 Mont Kiara, terus gegas ke Uptown PJ untuk dinner sebab my friend dah lapar. Ngam2 sampai sana dalam 10pm, terus je order makanan. Saya order kuew tiew goreng ayam tapi makan sikit je...tak berani nak makan banyak sebab dah lewat sangat masa untuk makan berat sebelum next event. Selebihnya suami makan habis + dia pun order yang sama jugak. Makan memang rushing sebab 11pm saya dah kena gerak semula ke Shah Alam. 

Tepat 11pm terus gerak ke Shah Alam, kesian my friend sebab kena balik sorang tapi saya memang dah informed her earlier yang saya ada next event lepas dari open day tu and she ok with that. Alhamdulillah jalan pun clear dan saya sampai di Stadium Shah Alam sekitar 1130pm. Memang tak sempat nak tukar baju and seluar pun, redho saja pakai dance attire untuk running. Pasang bib siap2 tukar running shoes dan terus pegi toilet dulu, ini memang harus supaya takde rasa nak terkucil masa lari nanti. 

Inilah event yang terakhir malam semalam, concider early this morning coz start at 12am. Yes, last event kena lari 21km pulak tengah2 malam tadi. Nak ikutkan memang sangat penat dengan sebelum tu dah menari non stop for 3hrs lepas tu nak lari lari half marathon, ikutkan kaki ni memang dah hampir nak mintak kena seret je tapi saya tetap challenge diri sendiri...ingin tahu kebolehan diri sendiri sebetulnya. 

Walaupun saya dah tak mampu untuk berlari sepenuhnya tapi still manage to run till finishing line lest than 3hrs tapi beachmark memang sangat teruk. Masa berlari ni saya tak kisah dah pasal competition, just enjoy the run je. Lari santai2 saja, pace pun tah ke mana. Tetap saya berpuas hati walaupun larian memang teruk, yang penting semangat untuk teruskan tetap ada dan tidak berhenti separuh jalan. 

Selepas habis semuanya, terus balik ke rumah. Tak singgah mana2 dah, kesian suami pun sama penat sebab seharian jugak dia terpaksa berlari ikut jadual saya. Sampai di rumah dah 4am, terus mandi dan tidur tak sedar diri.
     
Selepas Zohor tadi terus balik ke Lenggeng. Sampai je di sana terus dihidang dengan buah kundang fresh dari pokok sendiri. Saya pilih yang betul2 masak je, sebab manis...masam2 ni saya tak berapa pandai nak makan. 

Makan tengah hari pun dah sedia, terus je makan. Menu ikan baung masak tempoyak, ulam petai, kerabu manga, ayam masak sambal dengan kacang panjang goreng. Petang tadi balik semula ke rumah, pegi sana untuk makan je :p