Saturday, April 29, 2017

Saturday update

Assalammualaikum semua...

Hujung minggu yang sejuk lagi dingin. Seronok hujung minggu ni, dapat cuti extra lagi sampai hari Isnin...Labour Day. Pekerja2 buruh macam saya ni memang perlukan cuti macam ni, baru terasa diri begitu dihargai gitew 🙆

Sempena cuti 3 hari, 2 ahli keluarga saya pergi holiday sama. Ada yang ke Melaka dan ada jugak yang ke Kuching. Happy for them, happy for me too...dapatlah ole2 nanti 🙈 

My sista yang sulung ke Melaka dengan anak2 pempuannya. Anak lelaki duduk jaga rumah 🙉

dapat gambar ni petang tadi, diorang dinner ikan bakar di Sg Duyung. suruh diorang pegi awal sikit sebab nanti mesti ramai orang, kalau dah ramai tu paham2 sajalah...semua benda jadi lambat, kena tunggu lama

 even sampai about 7pm pun dah mula Q panjang untuk nak pilih ikan, tapi waktu ni mereka dah dapat meja

My bro pulak ke Kuching Jumaat lepas. Pagi tadi update makanan yang mereka makan dekat sana...

 kuih sarawak katanya, tapi tak tau nama

mee kolok goreng, tak pernah rasa lagi ni...biasa makan yang ada kuah tu

Seronoklah mereka jalan2, budak2lah yang paling seronok pun. Tak habis2 budak2 tu update dalam IG memasing 🙊

Thursday, April 27, 2017

Kucing beranak

Assalammualaikum semua...

Anak saudara update kata kucing dia dah beranak, beranak sulung gamaknya. Keluarga saya ni kan pencinta kucing, jadi kalau takat kucing nak beranak tu tau dah nak buat/sedia apa2 yang perlu. Taklah sampai nak panggil bidan or pegi veterinary clinik, cukuplah sekadar tuan empunya kucing je jadi bidan/doctor 😷

Percaya tak kalau saya katakan yang saya pernah menyambut baby kucing. HOKEY silalah percaya, memang benar. Kucing saya ni agak mengelabah sikit bila nak bersalin sampai boleh lagi berjalan sana sini walhal anak dah separuh keluar. Mujur saya memang dah start monitor sebab dah perasan ada tanda2 yang kucing ni nak beranak hari tu...ini truly called 'bidan terjun' 😸

Ini antara pengalaman masa kucing2 saya beranak. Ada lagi kisah2 kelakar tapi lain kali lah kita cerita ye. Meh layan gambo2 anak kucing baru anak saudara saya ni...cucu baru katanya 😹

ni tengah nak meneran anak leni, air ketuban dah pecah

 ini pulak punca masalah 😺, paknya la. debar hati nak tunggu saat bini nak beranak

 kejab2 intai, pandai pulak tu selak kain penutup tu

 nah ambik...6 ekor keluar, subur benor hok tina nya pun

menguit anak ko nak...tapi ape ke pelik kaler tak sama dengan paknya 😼

Wednesday, April 26, 2017

Balik kampung...

Assalammualaikum semua...

Beberapa minggu yang lepas, saya balik kampung. Dah lama tak jenguk rumah arwah ayah, rindu menyapa katanya. Sajalah balik ke sana dengan adik beradik yang lain, alang2 tu terus gather di sana saja sebelum menjelang Ramadhan. Belum ada lagi plan nak iftar di rumah arwah ayah tapi benda2 macam ni boleh plan kemudian saja. Berkumpul di mana2 pun boleh ye tak, asalkan dapat bersama dengan keluarga itu yang paling utama. 

Balik kampung cuma di hujung minggu, sempat bersihkan dalam dan luar rumah. Bila ramai yang balik banyaklah tenaga pekerja yang ada, kerahkan aje bagi siap kerja. Senang nanti balik masa nak raya, dah tak perlu beria sangat nak berkemas pun. Abang dengan project baiki pagar rumah, buat sendiri jugak tu...dah dia larat nak buat, biarkan aje 😰 

Abang sorang lagi katanya nak letak tar dekat depan main gate sebab tanah dekat kawasan tu macam dah mendap, bila hujan jadi lopak air dan lecah + licin jugak. Kadang2 tayar kereta boleh sangkut dekat kawasan lecah tu. Project tu tak sure menjadi ke tidak, katanya nak mencari orang yang boleh upah buatkan. 

Begitulah setiap kali kami balik ke rumah orang tua kami. Bukan kata dapat rehat sangat pun, balik lebih kepada nak melihat keadaan rumah...pastikan semuanya baik2 saja. Mana yang perlu diperbaiki, kami baiki sama2. Bukan rumah orang lain, tapi rumah kami jugak peninggalan arwah ayah dan mak. Alahaiii syahdu le pulak hati kita ni 😳 

Terachi, pekan koboi orang kata

Malam tadi ke kala cuaca sejuk dingin dek hujan lebat petang semalam, sempat masak puding caramel requested by suami. Bila dah sejuk2 tu mulalah tekak dia nak makan macam2. Ada bahan boleh la buatkan, kalau takde bahan2...bawak je menu masuk dalam mimpi 😵

Tuesday, April 25, 2017

Cuti pertabalan

Assalammualaikum semua...

Erm...today bukan Monday blues ek tapi naper ada rasa macam Monday blues pulak ni 😞

Agaknya dah lama tak dapat cuti panjang (walaupun 3 hari) kot, otak belum beri bekerjasama lagi. Tapi bila dah sejam dua mengadap laptop buat kerja macam biasa dan akhirnya dah boleh digest segala maknek kerja2 office. Iolsss is jeles la dengan orang yang dok keje dekat Kedah, Negeri Sembilan dengan Perlis ni...jeles sangat tau 😝

Bersempena hari cuti semalam, saya dapat jemputan kenduri kawin di Seremban. Zaman sekarang kenduri kawin tu dah tak tetap pada hujung minggu tapi asalkan ada je cuti walaupun tengah minggu, ada je orang buat kenduri kawin kan. Bagus jugak saya rasa sebab takdelah asyik nak bersesak2 on weekend saja sampai berebut tarikh, ye tak. Macam majlis semalam, still ramai tetamu yang datang...tambahan pulak tarikhnya bersambung dengan weekend jugak. Maybe pasangan pun nak ambik berkat sempena hari pertabalan kot 😤

Cuaca di Seremban semalam adalah sangat panas. Mujur majlis buat dekat dewan yang berhawa dingin, tak kalu...lenjun jah. Antara pilihan lauk saya, ada banyak lagi pilihan lain tapi ini je yang terasa nak makan. Maybe perut kenyang lagi sebab sarapan pagi sebelum tu agak heavy.

Cendol songkok tinggi ko...memang tak tolak la 😥

Monday, April 24, 2017

Misi mencari kain

Assalammualaikum semua...

Salam Isra' Mi'raj kepada seluruh umat Islam.

Bersiaran lagi di Seremban hari ini, cuti lagi katanya kan. Asyik pusing KeeL - Seremban je hari2. Semalam makan lunch dengan ibu mertua, bila dah petang sikit saya dengan suami pulang semula ke Seremban...ada janji dengan my sisters pulak. Seronoklah hujung minggu macam ni saya tak terlibat dengan mane2 run event. Tunggu bulan May nanti baru ada semula. Gunalah available time ni untuk family pulak. 

Plan dengan my sisters, 's' tu bermakna ramai ye. YES memang ramai pun, semua kakak2 saya buat robongan cik 'J' ke Jakel Seremban malam tadi. Kami kan akan ada 2 family event tahun ni, kena cari kain dari sekarang. Kain untuk baju raya pun sekali jalan jugak, dah round the corner je kan. 

Our mission not so call 'accomplish' sangat sebab apa yang di cari tu tidak begitu berkenan di mata. Saya hanya berjaya mencari lace untuk majlis reception di Jakarta saja, yang lain masih dalam misi lagi. Kakak2 saya yang lain pun sama, satu jenis kaler je yang berjaya di cari. Nampaknya kena ada lagi rombongan cik 'J' selepas ni, misi kena habiskan jugak...baju raya pun takde lagi ni 😔 

Kalau dah yang pempuannya semua di Jakel, yang lelakinya pulak lepak mamaks...adat la tu. Takdenya diorang nak serabut2 dalam kedai kain sama2 kan tapi tidak pada suami saya. Dia ni pandai sikit memilih jenis2 kain, comment macam2 la...bak umpama cik jemah katakan. Pening sales girl tu melayan setiap soalan dia sampai akhirnya panggil manager terus 😖

Suami saya memang macam tu, kalau bab kain ni memang dia lebih jemah dari saya + bergabung tenaga pulak dengan kakak2 yang lain. Saya lebih banyak diam dan menurut perintah 😜 

Sunday, April 23, 2017

Makan2

Assalammualaikum semua...

Menu lunch hari ini, masak banyak sebab nak bawak makanan ke rumah ibu mertua. Pakat nak makan ramai2 katanya. She was like that bila setiap kali rasa nak makan sesuatu tu pasti she mintak saya masakan. And this time she requested me to cook this

ketam masak cili, yang pasti anak lelaki dia (suami saya) yang perabih sampai habis 😒

sup tulang, ini baru kesukaan ibu mertua 😓

Lepas masak, biarkan seketika. Sementara tu boleh siap2kan diri. Bila dah nak keluar tu baru masukkan makanan dalam bekas dan bawak ke Kampung Baru. 

Pagi tadi gegas balik ke KeeL semula sebab dah janji nak makan2 ni. Bahan2 memang dah beli semalam lagi, so terus saja balik dan start masak. 

Saturday, April 22, 2017

Fikclers Cafe, TTDI

Assalammualaikum semua...

Bersiaran malam minggu di Seremban, cuti 3 hari kan...meh balik kampung kelahiran. Baru je sampai about 8pm tadi.  

Nak review tempat makan, baru pertama kali datang walaupun tau tempat ni dah lama beroperasi. Sebelum ni ada niat je nak singgah tapi niat dengan perbuatan tak seiring...tapi tidak kali ini, saya betul2 singgah. Plan untuk makan di sini secara kebetulan sebab saya dari kawasan berhampiran sebelumnya untuk collect race kit. Yang paling membuatkan nak singgah tu pulak, dapat parking depan kedai dek non...mau hakak tak berkobar2 singgah. Tak dapat parking dekat, rasanya tak singgah kot 😌

Fikcles Club (RM22.90) pilihan saya. SEDAP... Sebelum terlupa, cafe ini adalah HALAL ye. Masa kami datang, port tempat duduk pilihan adalah disebelah dalam...iolsss is puteri ais, tak boleh kena paneh ni tapi still ada jugak disediakan meja disebelah luar untuk pengemar2 bahang paneh dan asap rokok 😎

Lontong Goreng (RM10.90) pilihan suami, teruja dia bila tengok nasi impit dijadikan menu seperti itu...dia tak pernah cuba lagi. Makanan ni kan femes emes di kalangan Jawarian di Johor, saya pernah cuba sekali menikmati menu ni dan rasanya tak mengecewakan. Sedikit kelainan bagi suami saya yang sudah sangat biasa makan lontong jawa. Selain dari nasi impit, terdapat jugak potongan daging ayam, telur goreng mata kerbau dan papadom. Ramas papadom tu bagi hancur lepas tu gaul semua, suap masuk mulut...perh 😍

Bila dah kenyang, coffee time pulak...Classic Mocha (RM12.00). Dah memang hakak orang classic dek non, pilihan pun classic jugak la 😏

White Chocolate Mocha (RM12.00) pilihan suami. Overall makanan di sini adalah sedap mengikut menu yang saya pilih. Persekitaran sempat jugak menarik...ala hipster gitu, kemas dan bersih. Tandas disediakan dan dalam keadaan bersih dan kering jugak. Tandas adalah penting disetiap  cafe2 atau restoran makanan, kalau makanan sedap meletops sekali pun tapi tandas adalah teruk, akan memberi impak negative jugak 😐

Sempurna hari ni puasa ganti saya yang ke 5, another 5 days to go inshaAllah. 

Friday, April 21, 2017

Salam Jumaat

Assalammualikum semua...

Macam mana hari Jumaat uolsss semua. Mood Jumaat ni biasanya lain sikit, dia punya happy tu semacam je, maklumlah last day keje sebelum cuti weekend kan + pulak dapat extra sehari lagi cuti sampai Isnin...meh lompat bintang sesama 🙌 

Pagi tadi jumpa tak fenomena, wahhh gempak pulak bunyinya "fenomena" 😅 

Bukan fenomena apa la, cuma langit gelap macam nak hujan ribut taufan. Saya keluar rumah dalam 645am, budget baek punya sempat sampai 715am dekat office tapi tersasar jua sebab jalan jammed lepas turun dari flyover Ampang Point. Adoiii...dah terdetik dalam hati, 'polis trafic tak jaga ke atau hujan dah lebat ke'. Terus masuk Ampang Hilir kemudian potong tu Kg Pandan lepas tu masuk balik Ampang Hilir dan terus keluar tu Jalan Ampang selepas Victoria Station. Alhamdulillah dekat situ laluan dah ok. Sempat sampai office sebelum 730am. 

Tapi seyes, pagi tadi punya kegelapan tu rasa macam nak malam. Kalau hujan tu mau selebat2nya tapi syukur, cuaca terang semula dan la ni paneh 😇

Sama kisahnya dengan petang semalam, hujan mencurah dengan lebatnya sampai ada dengar2 sesetengah tempat banjir kilat. Plan asalnya saya nak balik awal sebab nak pegi early dinner dengan suami tapi kena tukar plan. Dengan jalan jammed petang semalam lebih baiklah saya pegi gym saja sebelum balik. Pegi gym bukan untuk workout sebab memang tak plan nak pegi tapi saya pegi untuk mandi saja sambil2 tu boleh manjakan diri dengan masuk sauna dengan steam room. By the time siap, jammed pun dah reda...baru boleh pulang naik bus dengan aman 😉 

Plan dinner masih diteruskan, masa yang ada kena guna dengan sepenuhnya kan. Bukan candle light dinner pun cuma pegi makan steamboat je. Sejuk2 lepas hujan ni sedap kalau dapat hirup sup panas dengan makan benda2 panaskan. Tempat pilihan tentulah Q Thai Steamboat. 

part paling best sekali, grill...segala perisa sayap ada dekat situ 😊

tapi saya banyak hirup sup je, terus hari ni sihat dari selemo 😋

Hope this weekend will be the happiness days of uolsss life...inshaAllah  

Thursday, April 20, 2017

Portuguese egg tart yang sedap

Assalammualaikum semua...

Pernah makan portuguese egg tart?!!! Ini adalah desert kegemaran saya sangat2 dari dulu tak pernah jemu. So far portuguese egg tart yang sangat the sedap dekat King Confectionery. Ini perkiraan ikut tekak saya ye, uolsss i tak tau la. Dah bertahun saya makan egg tart ini dan hanya di King Confectionery saja yang paling menepati citarasa saya. Always sell hot from the oven 😋

Yummy, beli malam tadi untuk supper time lawan pulak dengan teh o panas. Saya boleh habiskan 3 ketul tapi kalau nak ikutkan boleh habiskan semua tapi kena bagi dengan suami, biar sama rata supaya tak berebut. Tak pernah terniat nak buat lagi walaupun pernah buat 1 kali, tapi still saya prefer beli je...King Confectionery kan ada 😄 

Most important, this is HALAL ye and they have halal certificate. 

Wednesday, April 19, 2017

Reception Day @ Dewan Merak Kayangan

Assalammualaikum semua...

Sambungan dari entry ini. Reception day my anak saudara di Dewan Merak Kayangan, Jln Semarak. Tepek gambo je la ek...malas nak type 😁

Perantin baru in royal blue outfits 

perantin lama in turquoise blue 😂








Ok watamat untuk bridal site. Lepas ni kita sambung our family groom site pulak 😃

Tuesday, April 18, 2017

Score Run 2017

Assalammualaikum semua...

Dated: 09th April 2017
Venue: Berjaya Times Square, KL
Time: 5.30am
Catagories: 21km, 12km and 6km

Race kit saya ambik di organizer office since saya dah terlepas tarikh collection yang sebenar. Collection planned earlier 2 weeks before race date, itu yang saya tak notice. Bila dah 1 week before race day baru nak check about race kit collection date. Not so hassle, dah memang salah sendiri kan 🙋 

Flag off for 21km is at 5.30am tepat. Seawal 5.00 saya dah sampai, kira lewat jugak tu sebab keluar rumah pun about 4.30am. Dekat katanya macam tu la, kalau jauh tu pandai pulak keluar lagi awal. Tempat pertama saya tuju adalah drop bag counter dan selepas itu baru cari toilet. Banyak portable toilet disediakan tapi disebabkan ramai runner still kena beratur jugak.

Route agak mencabar, banyak turun naik bukit sepanjang perjalanan. Sangat2 mencabar dengan cuaca yang panas dan tidak berangin. Route bermula dari Berjaya Times Square (BTS), melalui Jln Dewan Bahasa, Jln Maharajalela, Pinggiran Tunku, Jln Langak Tunku, Jln Kuching, Jln Sultan Ismail, Jln Imbi dan balik semula ke BTS.

Hanya 6 water station disediakan dan saya berhenti di setiap water station yang disediakan tu. Seyes, memang sangat dahaga dengan cuaca agak kering tanpa angin. Tiba2 rindu pulak nak lari dalam hujan, walaupun baju berat lencun dengan air hujan tapi sekurang2nya tidaklah panas sangat 🙌 Tempat solat disediakan di Masjid Negara. 


Done my run in time but tersasar sikit dari record lama. Sedih la sikit tapi dah itu je yang termampu saya buat. Punya dahaga sangat, masa nak Q ambik finisher tee pun saya singgah minum air 2 cawan lagi. Ishhh this time lari memang panas betul, dahaga sepanjang masa 🙍 

Medal ke 4 this year

Official result saya, done in 02:28:47 and ranking ke 63/296 in category. Boleh lagi suami cakap "kenapa teruk sangat result u kali ni", ko ngase menusuk ke tidak kata2 dia ni. Sentap hakak tau 🙎

Monday, April 17, 2017

Isnin, new week

Assalammualaikum semua...

Dan selamat sejahtera, semoga permulaan minggu ini memberi kesenangan, kesejahteraan, kebahagiaan dan segala yang baik2 dalam hidup kalian.

Hari ini back to normal routine, kerja dan kerja sampai Jumaat ni. Inilah tanggungjawab dan amanah yang harus kita galaskan sebagai pekerja. Even suri rumah atau kerja sendiri, pasti ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari kan. 

Takde apa sangat nak update hari ini. See ya tomorrow pulak 🙆

Juadah semalam ketika berbuka puasa. Alhamdulillah berjaya mengganti puasa untuk hari ke 2 semalam. Another 6 days to go inshaAllah weekend coming soon ni pulak. Memandangkan Isnin minggu depan pun cuti, dapatkah kiranya 3 hari puasa ganti perancangannya.

hari yang indah, 19 Rejab (semalam)

Saturday, April 15, 2017

Muffin Lemon

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah hari ini saya berjaya berpuasa ganti. Ya, memang saya berniat nak ganti puasa pada hujung minggu yakni waktu bercuti di rumah...lebih santai dan senang nak berehat tido ke hapa kan. Masih ada lagi beberapa hari hutang puasa yang tidak berganti, inshaAllah akan cuba dilunaskan sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini. 

Hari ini niatnya nak buat muffin lemon untuk juadah berbuka, kan bagus kalau ada manisan ketika iftar. Meh intai resepi...

185gm butter - suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 biji telur 
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1/4 cawan jus lemon

Pukul butter, 3/4 cawan gula dan parutan kulit lemon sehingga rata dan pucat. Masukkan telur diselang seli dengan tepung naik sendiri dan masukkan ke semua tepung, kacau rata. Selepas sebati semuanya, masukkan adunan ke dalam loyang muffin dan dibakar selama 50-60min. Campurkan 1/2 cawan gula dengan jus lemon dan larutkan. Sapukan ke atas muffin ketika masih panas lagi. Ataupun boleh je taburkan gula kastor di atas muffin sebagai pengganti lemon glaze.

Inilah juadah berbuka saya hari ni bersama suami.

Wednesday, April 12, 2017

3D durian cake

Assalammualaikum semua...

Hari ini berjalan seperti biasa, semua pun biasa2 saja...quiet and peace ✌

From March lagi dah fikirkan apa nak bagi for my boss, birthday dia on April which is memang setiap tahun saya akan bagi something to him. Biasanya kek la, nak bagi hadiah takkan nak beli murah2 kan 😸

Same as last year, looking for some cake yang base durian. Kekadang terfikir jugak, hadiah saya ke hadiah boss. Tapi who care, at the end saya jugak yang makan cake tu nanti...so ikut tekak sendiri la yang penting 😹

Taraaa...durian cake in the office. Semerbak bau durian sampai 1 floor boleh terhidu. Musang king hokey, 2 biji bergolek dalam dulang. Rupa paras memang sebijik macam durian sebenar sampai my boss tanya banyak kali, "ini betul ke kek?!!!"

Panggil staff ramai2 berkumpul, nyanyi2 lepas tu terus potong kek. Makan sepotong dua lepas tu my boss terus proceed meeting, kami anak2 buah belasah makan kek sampai habis 😺

Berminat nak order, sila tengok gambo diatas. Check sendiri ye, harga semua ada dalam link tu.  

This is how i appreciate somebody yang valuable in my life. Setiap tahun tak pernah lupa untuk celebrate as he also do the same thing to me. 

Tuesday, April 11, 2017

Hari yang...

Assalammualaikum semua...

Went your life is miserable. Like today my life was....f***k. Rasa macam nak marah orang tapi kesian 😶

Mujur ada fruits tart walaupun lebihan dari meeting pagi tadi tapi mampu mengembalikan keceriaan di hati, faktor kurang gula agaknya saya ni 😵

Gambar di atas. Lokasi di Jln TAR, di suatu malam minggu selepas majlis nikah anak saudara. Semua adik beradik saya stay di The Zon Residences. Senang nak ke venue reception keesokan harinya di Dewan Merak Kayangan. 

Malam minggu katanya, apa lagi terus pakat nak jalan2 di Jln TAR. Mulanya nak jalan2 je tapi kalau dah sampai sana agak susah sikit nak bertahan statement jalan2 saja...akhirnya ada saja yang di gapai beli sekali 😷  

Monday, April 10, 2017

Last weekend

Assalammualaikum semua...

How your weekend?!! Weekend saya agak sunyi sebab tinggal sorang saja, suami outstation ke Kuantan. Jumaat malam selepas saya balik dari gym baru suami make a move to Kuantan dan return on Saturday mid night. Lega jugak coz Sunday morning semalam saya ada run event dan bolehlah suami hantar. If not saya kena guna plan B which is drive sendiri. 

Jumaat lepas kereta hantar service before ke Kuantan, mulanya suami tak nak drive tapi saya insist him to drive saja sebab saya boleh use Grab/Uber service kalau nak ke mana2. Makanya last Saturday saya ke Ampang Point by bus saja. Senang dan lagi murah, tambang pergi balik hanya RM2. Pegi Pejabat Pos settle kan bill personal my boss dan bill sendiri, lunch terus sebab malas nak masak...sorang nak masak apa, baiklah makan luar saja.

Masa on the way balik ke rumah, hujan lebat. Dah suspend macam mana nak redah hujan ni sebab sebelum naik bus tak hujan lagi. Terpaksa redah jugak. nak tunggu rasanya macam lambat je hujan nak berhenti. 

Begitulah bila dah hidup sendiri walaupun sehari. Ini baru permulaan, it's will be continuously ditinggalkan lagi selepas ini. Kena belajar hidup sendiri semula tapi am is ok. Dah biasa buat semua benda sendiri, suami pun takdelah risau sangat kalau kena outstation lagi selepas ni 😰 

Menu last Saturday night. Saya makan sorang saja, tak tunggu suami sampai sebab sampai tengah malam dan saya kena tido awal. Lamb grill with salad, pre run meal 😳