Tuesday, May 17, 2011

Family Outing @ Suria KLCC

N3 ni merupakan n3 tahun lepas yang masih lagi tersimpan dalam draft. waktu ni jugak arwah ayah masih ada lagi, aku masih lagi menjadi tunangan Faizal. family outing waktu ni bersempena hari convo untuk my Bro dengan SIL, sama2 laki bini dapat ijazah dalam bidang pendidikan. majlis convo tu berlangsung di PWTC dan di hadiri oleh arwah ayah dengan nina (1st child) bagi pihak my bro. dan makcik serta adik bagi pihak my SIL.

Memandangkan hanya anak pertama abg aku je yang pergi, jadi anak2nya yang lain tu kenalah kami2 ni menjaganya. meh bawak budak2 tu jalan2 dekat Suria KLCC. sebab ke 2 pergi sini adalah memenuhi permintaan makcik belah my SIL, katanya tak penah sampai lagi ke KLCC, teringin nak tengok bangunan KLCC tuh. biasalah orang tua, lepas tu pulak tinggal dekat kampung, takpe kita bawak sekali mereka semua.

Kami2 ni orang pertama sekali masuk KLCC mana ni, memang betul2 punye tunggu pintu shopping mall tu bukak. jalan2 keliling, lepas tu terus bawak pegi makan dekat foodcourt.

Tak lah sangat nak masuk dalam Isetan ni, cuma duduk2 bersidai dekat luar tu je sementara menunggu my bro selesai convo and join the family member dekat sini. taklah lama sangat, by noon semuanya dah ada dekat sini.

All the family member dah ada, so barulah masuk dalam Isetan waktu tu sebab nak shopping baju for arwah ayah (masa ni arwah masih ada lagi). banyak baju waktu ni beli untuk ayah, tapi tak semua yang sempat di pakai. ada yang masih dalam plastik lagi.


2 comments:

Mimy Hamid said...

ini dah mcm rombongan memborong je ni

Eri-chan said...

pergh ramai ni....beraturrrrr