Macam sedap je kan bihun soto dekat atas tuh...tu aku yang masak seawal pagi tadi. makanan bersempena hari wesak hari ni gamaknya. bukan apa, tetiba teringin pulak nak makan bihun soto, nak cari yang dah ready to eat, memanglah malas nak keluar rumah di pagi hari cuti2 ni. jadinya masak saja sendiri.
Bahan nak masak bihun soto ni memang aku dah beli masa balik dari office semalam. nak buat bihun soto ni kena ada stepnya...dengan kuah la, kicap cilinya lah, bergedil nak kena ada jugak baru lengkap.
Bahan2 untuk buat kuahnya dulu, kenalah ada ayam. kalau boleh bahagian yang banyak daging tu, supaya boleh di carik2 nanti dagingnya. aku pulak memang tak buat carik2 tu...leceh, masuk pingan makan macam biasa je. tu yang ada peha ayam seketul dekat gambo di atas. lagi pun Faizal memang suka gigit tulang ayam tu.
Bawang besar dengan bawang merah di hiris. halia pulak di ketuk bagi baunya keluar. lengkuas dengan serai di titik.
Dah namanya masak soto, kenalah ada rempah soto, tapi rempah soto Singapore lagi sedap. stock dah abis ni, kak CT boleh tolong beli tak hihihihi. air asam jawa, bunga lawang dengan bunga cengkih sekali.
Cara memasak kuahnya, didihkan dulu air kemudian masukkan ayam dengan bawang besar. sementara tu, tumiskan serai, bawang merah, halia, lengkuas, bunga lawang, bunga cengkih dengan perencah soto hingga naik bau. selepas tu campur sekali dalam sup tadi. bila dah mendidih tu, masukkan air asam jawa dengan garam secukup rasa. kemudian angkat.
Daging di cincang, aku guna ayam cincang, tu yang color pun very the pucat je. boleh terlupa pulak nak beli daging.
Satukan semua bahan2 tu macam kita nak kodok tepung tu (cucur tepung). lepas tu buatkan bulat cantik2 dan leperkan sedikit. aku buat macam kodok tepung betul, malas. lepas tu masukkan dalam telur tadi guling2 and goreng terus dalam minyak panas.
4 comments:
Sambal kicap tu kalau dicampurkan seulas dua bawang putih lagi power rasanya...
ye ker...boleh taruk lepas ni
haru stiru ..nanti baut link khas resepi..senang nak jejak balik meniru
sedapla...sila buat utk BFF ye..i nak tgk langsir merah..
Post a Comment