Tuesday, October 16, 2012

My Homemade Portuguese Egg Tart

Gembira sangat sekarang ni, kalau teringin nak makan portuguese egg tart dah tak perlu lagi mencari dekat KFC. bikin sendiri adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup rupanya. 

Saya penggemar egg tart, tak kira apa rupa/jenis sekali pun...memang makan punya. itu belum lagi nampak dekat kedai/bakery, mesti beli tapi tulah satu pun harga dah 2 hengget lebih. beli pun mestilah satu atau dua je, mahal kan...ikut tekak mau je nak sauk sampai sepuluh terus tapi alahaiii bersabarlah hati. okaylah terbebel pulak, nah resepinya;

Bahan2

1. Kulit pastry
2. 100g whipping cream
3. 50g gula
4. 1 keping Chesdael Cheese 
5. 2 biji telur
6. 125ml susu segar
7. Essence vanila
8. Pewarna kuning
9. Secubit garam 

Cara2nya

1. Lembutkan kulit pastry. griskan bekas yang hendak dibakar nanti.
2. Masukkan kulit pastry ke dalam bekas dan tekan sehingga penuh permukaan bekas. 
3. Panaskan susu segar, gula dan chesdale cheese sehingga cair. tuangkan ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil kacau.
4. Masukkan essence vanila dan whipping cream, kacau mesra.
5. Bila sejuk boleh tuangkan ke dalam kulit pastry tadi. anggaran separuh dari bekas itu dan bakar 180c & 30 mins

Lebih berpuas hati bila buat sendiri, nak garing lebih...bolehlah nakkan sedikit suhu oven tu. selamat mencuba ;D

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros pun suka egg tart.Boleh cuba nanti.

mama_saly said...

egg tart..belum pernah rasa lah...sedap nya tengok..:)

Aine Ainun said...

Rajin jugak Ann Buat sendiri...'saya x penah cuba lg..Nmpak sedap=))

Mimy Hamid said...

kak nak buat..tunjuk la cara buat kan senang..ai ni dah la blur..peleaseee

Ann Ishak said...

Puan Ros - selamat mencuba kak :)

Ann Ishak said...

mama saly - kalau malas buat, pegi beli dekat KFC...sedap jugak tau :)

Ann Ishak said...

aine ainun - baking ni memang kegemaran saya :)

Ann Ishak said...

mimy hamid - malaslah, ikut je resepi tu...pasti jadi :)