Thursday, October 11, 2012

Trifle pisang berbuah peace

Dah lama sesangattt tak buat trifle ni, sampai tahap dah ingat2 lupa pun ye jugak. cari resepi balik untuk refreshed my mind. jumpalah tapi saya rasa nak cuba buat yang lain sikit dari yang biasa saya buat. biasanya saya akan menggunakan swiss roll for base but this time i used banana cake and the result is still ohsem ;)


For 1st layer, potong nipis banana cake dan susun dalam bekas sebagai base. pastikan semua ruang di tutupi oleh cake ni. tuangkan air buah peace dan pastikan semuanya basah dengan air buah tersebut. saya menggunakan buah peace sahaja, boleh juga menggunakan buah2 yang lain ikut kesukaan masing2. 

For 2nd layer, saya menggunakan satu kotak jeli yang berwarna merah. masak mengikut arahan yang ada pada kotak tu. sementara menunggu jeli masak, susun buah peace di atas banana cake tadi dan apabila jeli dah masak, bolehlah tuangkan ke atas lapisan seterusnya. selepas itu bolehlah sejukkan di dalam ais gobok.

Memang terbaik di makan sejuk, nikmat je lalu dekat tekak...

No comments: