Tuesday, March 20, 2018

Gigi

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah sejuk bumi Ampang pagi tadi, semalam dipulun hujan selebat2nya sampai air sungai Ampang naik mendadak...mujur tak melimpah 😅 Dah beberapa hari panas terik tanpa hujan. 

Pagi tadi sebelum pegi kerja, nak pergi klinik gigi dekat Klinik 1 Malaysia di UTC Pudu. Kawan di tempat kerja suggest pergi ke sana, service better + layanan baik dan yang penting tak ramai orang. Saya ni kalau bab klinik gigi memang azalinya payah nak pergi, kalau pergi pulak mulalah rasa sakit perut, badan nak demam, berpeluh tak pepasal...sah takut nau dengan doctor gigi tu 😭 sungguh ni tak tipu.

Tapi tidak untuk klinik 1 Malaysia yang saya pergi ni, mulanya memang dah gemuruh sesangat tapi result selepas rawatan, sangat mengujakan. Tapi gusi saya tak sihat la, banyak gigi yang kena diberi rawatan dan penjagaan 😩 Tiba2 rasa menyesal pulak tak jaga betul2 masa gigi tengah kuat bertenaga dulu, la ni dah goyang sana sini baru nak insaf. 

Service hari ini untuk adalah cuci karang gigi, tak nak citer la karang gigi saya macam mana kan...dah kata tadi gusi tak sihat, pepaham sudah 😖 Suami pun buat service yang sama tapi dapat pujian dari doktor, gusi sihat + gigi pun baik cuma jarang2 tu dah semula jadi kejadiannya. Ada iri jugak dekat situ tapi terpaksa telan jugak hakikat gigi sendiri tak sebaik gigi suami.

Untuk semua service di atas in total saya bayar hanya RM3. RM1 untuk pendaftaran + RM2 untuk rawatan cuci gigi. Sangat2 berpatutan. Suami pun nak suggest dekat adik dia untuk hantar anak2 buat rawatan gigi di klinik 1 Malaysia ni. Untuk kanak2 yang masih bersekolah, ada perkhidmatan braces untuk mereka. Orang dewasa takde lah ye.

Saya ni pulak peel kalau selepas cuci gigi mesti tak nak makan, hilang feel kot sebab taik 💩 gigi dah hilang 😂 Sebelum tu dah siap2 pegi makan makanan korea petang semalam di kala Ampang hujan lebat. Ye la, ko hilang akal ke nak makan sup panas2 tu lepas cuci gigi. Mau ngilu tak sudah nanti, ishhh potong selera tu. So hari ni masa tulis entry ni, iolsss tak rasa apa bila tengok itu gambar. 

 lili tido
lulu tido

Penjagaan gigi itu penting, tak kiralah gigi kapak taring arnab jarang ronggak ke hapa bagai. Fungsi gigi jugak adalah penting dalam diri kita. Ada yang mengatakan gigi juga adalah gen keturunan kita. Jagalah gigi selagi ia masih sihat dan kuat. Gigi nak pakai lama kan, baru senyum ada manis nanti.

Ni iolsss tengah dok riki2 suplement baik untuk gusi dan gigi...ada cadangan brand apa yang bagus?!!!

7 comments:

Aisyah Hani said...

Dah lama tak gi cek gigi.. Malas nak pegi jumpa dentist

Warisan Petani said...

6 bulan sekali memang kena cari doktor gigi.

dear anies said...

betul ke x ramai org? sy mmg cari klinik yg x ramai... selalu g suria tu kt dpn puduraya tp manjangggg org ramai

Nina Mads said...

cakap psl gigi busy ya amat sampai lama tak cuci.. heheh

blasahje said...

Sama la... Iolls pon kalau pasal ke klinik gigi, ya ampunnnn...seramm! Huhuhu...

Jahirah said...

gigi geraham bongsu mcm segan2 je nak naik ni...aritu dah p klinik gigi putrajaya tp dia ckp biar dlu. baru taw ni kt utc pudu ada klinik gigi....

hainom OKje said...

Setuju sangat Ann....gigi memang sangat penting tau. Dulu dulu masa kecik biasalah mmg malas nak gosok gigi, dah malas sangat main gosok gigi pakai tangan ajelah hihi....bau bau sikit pudina sudahlah kan.
Sekarang kita baru tau menyesal....

Tak pe masih belum terlambat...
Teringin gaklah nak pergi klinik gigi satu malaysia... Tp kat belah sini kat mana pulak aduhh