Sunday, April 29, 2018

Weekend tanpa kereta

Assalammualaikum semua...

Weekend yang tidak keluar dari KL, duduk diam2 dekat rumah dari semalam sampai Selasa ni...inshaAllah. Besok cuti, dapatlah terus menerus 4 hari...tak ke mana pun, nikmat je duduk di rumah masak makan tido.

Pagi Sabtu jumpa my kawan baik, Anis...singgah hantar barang. Minah ni main terjah datang sedang saya lagi busy berlari ukur jalan sekitar taman perumahan. Terus je complete kan satu pusingan dan singgah kedai beli barang untuk nak masak dan balik rumah. Laju2 kejut suami, and tunggu diorang sampai rumah. Jumpa dekat area parking je pun 😳

Selepas Zohor hari yang sama, kami keluar nak ke Quill Mall untuk collect run bib. Naik bus all the way sampai Dang Wangi LRT Station and berjalan ikut shortcut sampai destinasi. Settle urusan run bib, terus cari tempat makan...tak lunch lagi + perut lapar mengila dah. Singgah makan di Ah Cheng Kopitiam, plan asal nak makan asam laksa tapi ter order kari laksa 😵 

Masa jalan dalam Quill Mall, terjumpa kawan masa kerja di office lama dulu. Tegur salam borak kejab, lepas tu berlalu. Singgah booth Brooke dekat area bib collection tadi, terus sambar sepasang run shoe. Memang ada plan nak beli run shoe baru memandangkan run shoe lama dah over mileage. Jadilah dapat sepasang dengan price yang agak murah 🙆

Singgah minum kopi sementara tunggu hujan berhenti. Akhirnya petang Sabtu turun jugak hujan, sejuk sikit alam semesta. Selepas hujan berhenti, kami berjalan kaki ke bus stop depan Renaissance Hotel, balik rumah.  
   
Lepas Magrib, keluar semula nak cari makan. Once again jalan kaki dari rumah ke tempat makan area rumah jugak...mujur saja tak jauh. Nikmatlah dapat makan ABC malam tu, kemahen paneh lagi haba malam selepas hujan.

Siang tadi my anak buah datang rumah hantar hamper ni, ada dapat lebih katanya...hakak terima dengan tangan terbuka je. Penuh dengan junk food macam tu sapa tak suka kan. Super Ring tu je suami hadap sorang, tak dan nak share 🙊

Beginilah setakat hari ini, membuktikan tanpa kenderaan persendirian kita masih lagi mampu untuk ke mana2. Cuma kena usaha lebih, sabar lebih dan sentiasa ada cash in hand. Selama seminggu ni saya bergerak hanya menggunakan perkhidmatan bus Rapid sahaja, tanpa menggunakan LRT or order Grab. Masih sampai office on time dan sampai di rumah sebelah petangnya awal, yang penting kena rancangan perjalanan dengan betul. Kos, jauh lebih murah. Hope boleh bertahan momentum naik bus pergi balik kerja selepas ini even kereta dah elok 🙏

7 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sogo tgh sale gila2 Ann..
Tak pegi ke?.
Sedapnya Abc.

msredcheesecake said...

takde kete bule je kesana kemari. sanggup ke tak je kan? heee

hainom OKje said...

Kadang kadang bila dah terpaksa, semuanya jadi terkawal dan ok aje ye Ann... kalau tanpa kereta lagi jimat elok pertimbangkan selepas ini

umi alya said...

Ha"aa 5-6 member sale

umi alya said...

Mati kutukan bila kereta meragam?
Ibarat xder letrik @ air.. keperluan asas katakan..

aizamia 3 said...

Seronok sebenarnya bila guna perkhidmatan awam, dapat tengok reaksi pelbagai ragam orang yang menggunakannya.. tapi itulah badan dah manja, nak naik kereta jugak.. huhuhu..

Abam Kie said...

kalau x de kereta di KL x jadi masalah sangat sbb ada mcm2 pengangkutan awam. Kalau di pekan kecil tempat sy tinggal di rasa mcm patah kaki kalau x de kenderaan sendiri. susah nak kuar pekan sbb x de bas atau teksi masuk.