Thursday, May 17, 2018

Salam Ramadhan 2018

Assalammualaikum semua...

Hari pertama Ramadhan, biasanya sendu sikit la mood tu kan 😀 saya lettew orangnya. Masa ni la badan tak berapa nak bagi kerjasama, dah ada dedar2 nak demam, tengkuk sakit sebab salah tido agaknya dah 2-3 hari jugak menahan batang leher ni...nak toleh tu kena dengan badan sekali toleh. Kepala ada pening2 lalat, ish hebat gak ni dugaan hari pertama puasa saya. 

Semoga berjaya habis sampai petang la ek 😂

Sahur tadi saya mampu minum jus kurma je...tu dia, jus kurma ni hanya akan ada masa bulan keberkatan ni. Bulan lain memang takdenya rajin nak membuatnya, syaitan banyak weiii. Suami pulak saya masakkan nasi makan dengan ayam sayur panggang. Marinate siangnya oleh suami, saya baru sampai rumah malam tadi dari Johor...dah tak kuasa nak prepare apa pun. Mujur saja dah suruh suami buatkan dulu.

Inilah yang dimakannya suami pagi tadi. Kami memang bersahur heavy meal, baru otak boleh berhubung dengan jayanya di siang hari. 

Menu berbuka petang ni tak tau lagi nak buat apa. Tapi edisi melawat bazaar ramadan tu memang takde dalam list ramadah, iolsss ni tak kuat IMAN...mau tak pepasal 10 jenis makanan kena sambar nanti 😎

Macam mana hari pertama puasa uolsss...

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

salam ramadhan

QasehnyaRania said...

alhamdulillah baik baik aja..
cuma ranialah, bila kita suruh dia makan, dia tak mo makan katanya dia puasa juga.. tapi adik puasa malam je lah.. hihi

selamat berpuasa akak 💞

Azura Aziz said...

Selamat berpuasa Ann. Seap nampak lauk sahur tu ;)

Abam Kie said...

sedapnya menu sahur tu...

dear anies said...

slmt berpuasa ann.. hari pertama mmg nk g bazar sbb mknn fresh lg tp smpi umah kol 7 hmmm semua dah licin

Nina Mads said...

selamat berpuasa.. alhamdulillah dpt suami yg rajin hehee. lama xjenguk busy mkn angin

MiYOKO SuKi said...

sedap sgt....healthy food lg.. Salam Ramadhan