Thursday, May 24, 2018

Score Run Series 2018 - Night Edition

Assalammualaikum semua...

8th days of holy month, Ramadhan. My run training still active as per plan cuma on alternately basis. Saya pun still kena sediakan juadah berbuka, sometimes kena skip sebab tak sempat nak prepare condiment untuk masakan. Keluar office about 3pm, by 4pm sampai rumah selepas singgah beli barang2 untuk berbuka. Normally sampai rumah je terus menerus ke dapur sediakan bahan2 untuk nak masak nanti. By 530pm solat dan ready for run training. Normally i just run for 1 hour sahaja sepanjang bulan ni, dapatlah almost 10km base on paces. 7pm sampai rumah and terus masak juadah yang dah prepare tadi. By berbuka makanan pun dah masak, cantik la boleh makan hidangan panas2. 

That my activity for sepanjang Ramadhan, hope boleh la bertahan sampai Syawal nanti 😀

Last run event sebelum Ramadhan tempoh hari, Score Run Series 2018 - Night Edition. Run event yang memang saya tunggu2 sampai demam 😁 Tapi demam sebab cuaca masa tu panas sangat, lepas tu ada kena hujan jugak + berjangkit dengan orang2 yang tak berapa sihat sekeliling. Ikutkan boleh je tak lari tapi rugilah, dah purchase mahal2 tapi burn macam tu je. Nak jual dekat orang pun dah tak sempat sebab sehari sebelum lari je demamnya datang. Makanya saya redho lari ikut kemampuan, kalau dah tak mampu nanti berhenti, mintak medic ambik je 😂 (i wish too or not too)

Hari event saya sampai lewat, berkejar ke starting point. Toilet pun tak sempat nak pegi walhal masa tu memang rasa nak terkucil dah. Sampai starting point, run pun dah bermula...selit je celah2 orang ramai tu asalkan sebelum timing reader area. Sepanjang larian tu dalam hati dok berharap, adalah portable toilet dekat water station tapi....nan hapo hokey. Organizer ni pun, carilah sponsor lebih sikit bagi letak portable toilet at lease 2 or 3 point dekat water station. Tekak dahaga tapi tak boleh nak minum sebab rasa nak terkucil sangat dah. 

Rasanya 5 km yang terakhir baru ada portable toilet, hambek memang ramai yang berhenti q nak kencing. Saya sangkut dekat situ je dalam 10mins, rugi masa betul. Tapi apa kan daya, memang dah sangat2 nak terkeluar air kencing 😤

Makanya, redho kan jugak masa yang terbuang tu ye, memang ramailah yang lepas sepanjang 10mins menunggu toilet tu. Bukanlah saya ni nak kejar tempat pertama, memang jauh sangat angan2 tu tapi saya still ada masa tersendiri untuk setiap larian yang saya masuk...personal record gitew 😃  

Tanpa sedar, rupanya habis jugak larian saya sepanjang 21km...terus hilang rasa demam cuma nak terkencing tu memang sadis. Cuma air hidung tu meleleh lagi, badan dedar tu dah takde lagi...tapi itu kesan sementara je. Balik rumah, mandi cuci kepala and tidur. Kesan sebenar hanya keluar next day, terus badan panas mendadak, kepala pening, sakit2 badan. 

Inilah record saya untuk run event ni. Memang sendu tapi nak buat macam mana, bukan boleh ulang balik aktivity, ulang tayang boleh la. 

Cuma apa yang saya dapat dari run event ni, saya masih mampu berlari sejauh 21km walaupun kondisi badan waktu tu boleh menyebabkan saya disqualified. Tahan cabaran lagi rupanya badan ni, tapi jangan dibuat selalu lah...dah veteran 😄  

6 comments:

Anum said...

wow tahniah

dear anies said...

double thumbs up!

Abam Kie said...

tabik spring! abe kie pun x mampu berlari sejauh tu..

MiYOKO SuKi said...

congrats sis....hebat sggh.... bln posa ni, mmg da takleh nk exercise da...hahaha

Cho Zila said...

Memang kagum akak membacanya... jhebat gak masak pantasnyer...

Nina Mads said...

wahhh bestnya lama jugak kaki ni tak join