Friday, May 11, 2018

Tanggungjawab pada hari pertama NEW Malaysia

Assalammualaikum semua...

Selamat menempuh NEW Malaysia, PH Day1  👍

Takde nak mengulas lanjut pasal keputusan PRU ni, kami bukan bijak pandai nak menilai kredibility seorang pemimpin. Hanya mampu berbangga atas kejayaan pemimpin baru dengan tampuk kepimpinan yang bakal memerintah lagi sepenggal. Semoga kepimpinan kali ini lebih berlaku ADIL kepada kami rakyat2 marhain.

Sempena hari ini diumumkan sebagai cuti hari peristiwa selama 2 hari (Khamis & Jumaat) tapi saya masih perlu ke office untuk prepare some paperwork for Monday's meeting, dah cuti terus menerus macam ni...kelang kabut jugak dibuatnya walaupun seronok dapat cuti extra 2 hari. INGATAN diri sendiri, kerja juga tanggungjawab dan amanah yang perlu disiapkan.

Sambil siapkan kerja, bawak bekal buah langsat yang pokoknya baru nak belajar berbuah pemberian jiran tingkat bawah. Uncle tu balik mengundi, dapat bawak balik buah sekali. Elok pulak buahnya, manis.

After Zohor baru keluar office dan terus bergegas ke Rawang, ziarah sepupu yang sedang nazak. Seluruh adik beradik plan nak menziarah hari ini, jadi kami tunaikan jugak tanggungjawab mengunjungi saudara yang dalam kesusahan. Takut jugak kalau selepas ini kami dah takde peluang untuk melawat, dalam keadaan sepupu saya tu...apa2 saja boleh terjadi dalam waktu terdekat ni. Cancer stage 4, apa lagi yang boleh dilakukan. 

About sejam jugak kami di Rawang, selepas itu kami semua ke Kota Damansara...rumah my abang. Kalau di KL ni, disitulah port kami adik beradik berkumpul. Terus dinner menu nasi budu, sembang2 sambil minum teh tarik/kopi. Lepas Isyak terus balik ke rumah masing2 sebab nak kejarkan siaran langsung perlantikan Perdana Menteri baru Malaysia. Kagumlah haiii, pemimpin yang saya hormati berjaya menyandang jawatan PM untuk kali ke 2. Sangat kagum dengan vision and semangatnya untuk rakyat dan negara.    

Maybe dinner tadi awal sangat, tengah malam ni terasa lapar semula. Tadi di rumah my abang, kakak ipar bekalkan keropok kembang dan lekor. Terus laju2 goreng 2 benda ni untuk snack sambil menonton. Hujan lebat malam ni, alhamdulillah.

5 comments:

Abam Kie said...

satu hari yg sibuk dan memenatkan...

Shaiful Zaidi said...

tgk gambar makanan...terus lapar..hehe

hainom OKje said...

Dah lama mengidam kopok leko yg sedap dari Terengganu. Entah bilalah nak mendapatnya.
Salute dengan Tun M, umur dah 93 tahun tapi masih kuat, bertenaga. Apalah rahsia agaknya kan Ann

dear anies said...

syafakallah utk sepupu ann tu

Nina Mads said...

sedap kopok lekor tu