Tuesday, November 30, 2010

Plan tempat lain pegi tempat lain

Kejadian sehari selepas merajuk...sampai sentap jiwa dan raga. aku merajuk lama ko sampai 24 jam, lepas tu okay balik lalalalalalalala. rajuk ngada2 gitu, tu yang sampai 24 jam jer jangka hayatnya.

Macam mana boleh baik tu atas usaha untuk memperbaiki/mengeratkan semula hubungan yang dirasakan agak renggang sebelum ni....merenggang ker @ mengada2 lebih tidak di kenal pasti hahahaha.

Sakit hati tau kalau tunang buat tak kisah ni, bukan apa masa nak kenal2 tu bukan main lagi ko menghupdate tapi la ni senyap sepi jer. kalau call memang tak lah kan, sms tu lagi susah nak dapat. aku ni bukannya apa, kadang2 tu nak jugak perhatian sama macam kita mula2 kenal dulu. mentang2lah dah jadi tunang, ko buat tak tau pulak yer. besok dah jadi bini agaknya, tak tengok muka pun tak apa.

Tapi yang menarik setiap kali merajuk mesti dapat makan. tempat makan tu taklah memilih sangat tapi mesti dapat makanlah. tu pulak kekdahnya bila dah merajuk, lepas puas bertikam lidah melawan bagai, terus rasa lapo...meh cari tempat makan yang sedap2


Monday, November 29, 2010

Madu bermadu


Hari yang agak lemau untuk bekerja, kawan2 pulak ramai yang cuti. apa da bosannya takda gengggggg lepak ni. nampaknya geng lunch dah tak cukup korem. so pegi makan berdua je ari ni of course dekat tempat pojaan hati, Kelantan Delight, Sooka Central.

Punca utama pegi makan dekat Sooka Central ni coz nak mencari barang dekat KL Central...sebelah menyebelah jer kan. nak cari madu tapi tak nak bermadu hahaha gitu.

I'm looking for this Madu Naqia with herba zafaran. since aku ni batuk tak sihat2 lagi dari cuti reward ourself. aku ni kalau dah dapat virus batuk ni payah sangat nak sembuhnya mau tahan berbulan. advice dari kawan2 cubalah makan madu lebah.

Lebih dari seminggu aku dok mencari madu lebah asli yang tak campur dengan apa2 tapi nan ado. semuanya ada campuran lain dan ada tambah gula lagi. so tak aslilah namanya sehinggalah aku di advice kan cuba makan madu naqia ni. memang dicampurkan dengan herba zafaran tapi menggunakan madu asli sahaja. madu ni dihasilkan dari lebah bunga yer, lebah yang menghisap madu bunga sahaja. ha.......lebah pun ada berjenis2 jugak, tak semunya menghisap madu bunga. ada jugak lebah getah yang lain pulak khasiatnya. petua untuk nak tau madu tu ada campur dengan gula atau tidak.....cuba korang simpan madu ni dalam peti sejuk seharian. the next day tu kalau madu tu tak mengeras bermakna memang takde gula tambahan dalamnya. kalau ada gula, soheh2 madu tu mengeras sampai susah nak makan.

Kelebihan madu naqia

Madu asli yang diimport dan diperkaya dengan bahan2 yang asli dan berkat seperti air zam zam, zafaran, siap dengan bacaan ayat2 syifa' (penyembuh) dan beserta doa2 tertentu untuk kebaikan tubuh badan zahir dan batin. sekarang aku dengan shrek dah mula makan madu untuk kesihatan tubuh badan luaran dan dalaman.

Amat berkesan untuk kecergasan tubuh, minda dan rohani. amalan terbaik untuk;

1. membuang lendir2 dalam saluran pernafasan
2. menguatkan sendi dan tulang
3. membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yang terkumpul
4. menguatkan antibodi badan - ni penting untuk aku coz antibodi badan ku selalu lemah
5. mengawal jangkitan bacteria
6. menajamkan kekuatan minda
7. menguatkan rohani
8. membersihkan darah
9. memulihkan ganguan dan tekanan perasaan
10. ikhtiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh

Banyak kelebihannya bila kita makan madu ni, tapi pastikan madu yang asli. teringin nak makan madu Kaula pulak tapi madu ni memang mahal coz madu dari lebah bunga tanah suci nun sana.

Sunday, November 28, 2010

Pot ikan bakar best

Tujuan utama jalan2 dekat bandar kuantan sambil lepak dekat teluk chempedak tu ada sebabnya jugak. takda sebab, pun buat2 jugak bersebab. ada orang yang dah mokak2 dekat telinga ni, jomlah kita makan ikan bakar. ya ampun shrek, tak puas2 lagi ke ko nak makan ikan bakar ni. ala2 sudah mengantuk di sorongkan tilam vono dekat kuantan ni. shrek ni memang suka sangat makan ikan bakar, bagi dia sorang je, tak payah nak berangan share dengan dia, memang tak makanlah aku ni. nasib aku bukan gila ikan bakar tapi aku gila ikan masak steam asam yum yum yummmmm

watermelon jus

ikan masak 3 rasa

lala goreng cili

sayur kailan goreng

jeng jeng jeng ikan bakarrrrrr. order 2 ekor size yang sama yer

Anak buah semuanya dah abis makan, tapi bapak buah tak abis2 lagi. oh ya, makanan yang banyak2 tu bukan aku berdua jer yang makan tapi makan beramai2 sama dengan anak buah + kawan2 dia jugak. tu yang order ikan bakar sampai dua ekor jadi sekor bagi shrek sorang makan, yang sekor lagi aku ber4 share saja. tu pun shrek belasah jugak, alasan standard...tak cukup ikan tu kecik jer.

Setiap kali pegi kuantan, tempat yang mesti singgah adalah kedai ni, Mail Ikan Bakar located dekat Tanjung Lumpur. tempat ni malam2 mesti penuh punya, so datang awal takut ikan habis.

Saturday, November 27, 2010

Take care my friend

Lama dah tau pasal kisah kawan aku ni patah kaki. accident moto dengan husbandnya dekat Rantau. husband takda apa2 cuma luka2 kecik jer tapi my school mate merangkap my BFF ni patah pergelangan kakinya dengan kepala bengkak coz terhentak. dah scan, alhamdulillah takda pendarahan dalaman cuma bengkak sebab hentakkan jer. takmolah sejarah berulang semula, arwah kawan weolsss jugak meninggal coz pendarahan dalam otak.

Kaki still kena bandage lagi. jalan kena pakai tongkat, sian pulak aku tengok. nasib baik dekat rumah ada kerusi roda tu. tulah yang dia duduk setiap hari, senang sikit nak bergerak katanya. sorrylah my dear, aku bukan tak nak tengok ko tapi aku tak kesempatan nak singgah umah ko.

My friend ni accident sebelum aku pegi 'reward ourself' ari tu, kira dah lama jugaklah. tu yang sampai aku ni dapat message sound2 sentap;

"Ko tak nak tengok ker kawan ko yang patah kaki ni.....?!"

Adoiiiiiiiiii sadis aku baca tau, baekkkkkkkk aku balik seremban sekarang jugak.

Friday, November 26, 2010

Diwali open house

1 Malaysia...dapat jemputan open house dari kawan india shrek. sanggup shrek pegi seremban coz tunangnya ni dah terbayangggkan nasi briiiiiiiiiiiiani yang best sedap tu. wah meleleh ayak liur ko bila dengar kawan dia ni buat briani nak bagi aku ni makan banyak2......callowwww beti callowwwww

We olsss sampai dah malam, so dah takda orang datang pun. majlis ni start at lunch hour tapi aku dah ada appointment belah siangnya dengan BFF ku, so ku tolak appointment ni belah malam pulak as long as tuan rumah okay jer. cuma sian shrek tak dapat join kawan2 dia yang lain, diorang tu mai belah siang.

Anw, thanks to uncle for your invi. your briani memang terbaekkkkkkkkkkkkkkk cuma sambal udang you tu boleh buat ai nangis makan tau.

Thursday, November 25, 2010

Tea break with BFF

Lepas abis shopping dekat ikea, kita mai transit pulak dekat wangsa walk for tea break + solat asar. no window shop shoppingggg, just have a tea only sambil belekkkkkk2 baju manik cantik2 jer.


cendol sedap, lemak2 berkrim

rojak buah yang sedappp

Wednesday, November 24, 2010

Masa mencari sesuatu yang merah

Love this place lalalalalalalala. welcome to ikea, tempat yang penuh dengan benda2 yang menarik untuk memenuhi ruang rumah yang lapang menjadi padat dengan idea mendekorasi rumah ku syurga ku. hanging around with BFF kali ni pun still dekat ikea, mungkin dah menjadi tempat 'mesti pegi' untuk we olsssssss rasanya.

ni bukan barang aku jer, tapi campur gaul dengan barang BFF yang lain

Misi kali ni, mencari barang2 merah untuk deco pulak. BFF yang lain pun mencari barang sendiri2 jugak + misi bersama mencari barang2 untuk wedding present Mimy Hamid. kita bawak tuan empunya badan untuk pilih sendiri apa yang dia nak for her present yang memenuhi budget yang telah di agree kan oleh kawan2 yang lain. so orang lain yang berhajad nak share tu, takpelah we olssssss dah ada hadiah sendiri yer........NO THANKS jawapannya.

kamus baru ikea 2011

Dah di beri warning oleh Anis, sila cari barang yang pendek ikut ukuran size kereta yang comel okay. jangan pulak ada yang nak beli carpet lagi sudahlah, tidak dilayannnnn oleh tuan empunya kenderaan nanti.

barang wajib beli

Tuesday, November 23, 2010

Teringin nak makan ikan mantah

Dah lama sebenarnya nak pegi makan dekat any sushi shop tapi masa tu asyik jer tak kena. bila masa dah kena, tapi tekak ni dan2 pulak nak makan nasi.

Mamat ni kadang2 tu punyalah payah nau nak ikut selera, manjang menu tak sama. aku nak makan ini dia pulak nak makan itu. dah tu cerewet pulak. senang2 aku pegi sendiri jer, tak kuasa nak layan heiiiiiiii

Last weekend, this two couple pun pegilah mentekeradah dekat Sushi King, AU5 selepas penat ku azankan dekat telinga shrek. barulah dia bawak aku pegi makan dekat sana...siap tarik muka macam mencuka....mai kita enjoyyyyyy makan puas2.

muka masam dah boleh tersenyum sokmo...pujuk baek punya


promotion for the month of Nov 2010

floot for shrek

for him

for me

of course for me, hot choc

our last drinks

Monday, November 22, 2010

Tikus ku dah mati

Mouse ni memang dah lama jangka hayatnya dari pakai pc besar bagak sampailah la ni pakai notebook slim melim. dah lama aku hinddddd2 si shrek untuk beli baru tapi dia buat tak tau jer. alasan mouse tu elok lagi tak payah beli baru lagi. baekkkklah saya menurut perintah.

Sampailah satu hari tu dia sendiri yang membebel pasal ketidakupayaan mouse tu nak berfungsi lagi barulah dengan nada suara yang anjeee gitu ajak aku pegi cari mouse baru. aku senyum sampai telinga ko ikut aje janji aku dapat mouse baru + accessory yang lain jugak.

mouse yang merah darah gitu beli dekat JJ AU5

mouse pad, takde kaler merah...sedih tau

keyboard protector

Siap disarungkan dengan baju baru...kotak A4 tu untuk masukkan barang2 nanti. shrek dah nak pindah. we olssssssss will getting married end of Dec. stay together2lah lepas ni...ahakssss

Sunday, November 21, 2010

Teluk Chempedak jalan2

Penat sudah seharian menhadiri majlis kawin anak buah dkt Pekan tu, sebelah petang sebelum balik KL sempatlah side seeing dekat Teluk Chempedak pulak. sebenarnya menemankan anak buah aku dengan geng2 dia da, paksunya tetap nak balik seiring sejalan dengan bebudak tu. risau katanya biarkan budak2 tu balik KL sendiri. aku ikutkan aja kerenah diorang.

senyum2 malu pulak monyet ni, takdanya aku nak ngusik ko

Banyak jugak kenangan aku dekat ni, yelah manalah boleh aku lupa winter sonata aku dekat sini. tapi tu semua dah tinggal kenangan, cuma tempat ni pasti mengimbas kenangan2 tu semua...adoi teringattlah pulak. mulanya takmo datang sini, tapi dah budak2 tu semua nak melepak dekat sini, ai follow jer.

senyum bermakna tuh

Anak buah aku ni dulu belajar dekat kuantan almost 3 years dekat sini sebelum continues dekat uitm shah alam. ramailah yang dia nak jumpa kawan2 dekat kuantan ni, tu yang sampai petang baru kitorang datang teluk chempedak ni. dah kata melayan kerenah anak buah, so tadahkan je lah.

anak buah kesayangan paksunya

2 orang lagi tu kawan2 anak buah aku tu. diorang ni semuanya penah belajar sama dekat kuantan ni. motip utama untuk berjumpa kawan2 lama katanya. seronok layan paksu korang yang mereng pening tu kan, maksu korang ni pulak tukang follow jewwwwww.


Saturday, November 20, 2010

Flake oh Flake...di manakah dikau

Tengah kemaruk makan coklat nih...mane nak cari FLAKE brand Cadbury dekat KUL ni ek. nak kirim dekat kawann dekat US tuh, takde pulak yang nak balik M'sia dalam masa terdekat ni. nak kirim, takut barang tak sampai pulak. adoiiiiiiiiii gila coklat betul........

Friday, November 19, 2010

Demam maruku tak abis lagi

Dah hari raya very the cahaya, so seminggu ni aku dok makan muih maruku raya sesaja. sekarang ni pun sambil menaip sambil makan maruku sebalang atas meja lalalalalalalal.

Thursday, November 18, 2010

Selamat pagi CINTA

Bahagia rasanya bila pagi2 dapat ucapan romantic dari yang terSAYANG

i love you too...meh chup chup pipi cikit