Saturday, November 13, 2010

Pegi MAINS

Ambik cuti hari isnin ni memang seronok yer, dahlah mood keja very the menurun so mai2 ambik cuti hari isnin. tapi hati tak senanglah rasanya, kena masuk office jugak pagi isnin tu, ada kereja kena buat yang veryyy the top toppppppp urgent. aku ni tak senang hati nanti nak cuti kalau keja top toppppppp urgent ni tak settle lagi. tulah yang selalu sangat buat cancellation cuti tu huwaaaaaaaaa apa boleh buat, hidup ku hanya diabdikan oleh company sob sobbbbb.

Buat cepat2 kejar2 orang yang patut...alhamdulillah settle jugak keja tu. yahoooooooo tak payah cancel cuti, boleh balik kg hantar borang kawin. tujuan utama aku ambik cuti hari isnin lepas tu sebenarnya nak menghantarrrrrr borang kawin dengan shrek. shrek memang cuti so togetherrrrrrrrrrr2lah pegi hantar bersama seiringan.

Sampai dekat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) lepas kol 2, canteklah masa tu takda orang pun lagi. jumpa pegawai, semak2 boranggggggg + attachment sekali, etc. semuanya takda masalah cuma satu je yang salahhhhhhhhh adoiii hampir2 borang nak kena reject tapi disebabkan shrek bodek baekkkk punya dengan adik manis tu, terus boleh kautimmmlah.

Korang nampak tak apa masalah dekat gambo di atas tu?! tengok macam memang takda masalah tapi hadooooo rupanya. gambo shrek tu nampak sangat suak P.Ramlee nya, mana songkok ko shrek oiiiiii. ingat yer, nak nikah dekat mukim negeri sembilan, gambo pengantin lelaki kenalah bersongkokkkkkkkk yer. tak kisahlah songkok tinggi rendah, kepiah ketayap bagai kerana itu akan membezakan pengantin tu beragama islam atau tidak. itu reason yang adik manis tu cakap dekat kitorang yang dirasakan bernas dan tepattttt gitu jawapannya. siap adik manis tu tunjuk borang nikah untuk pihak lelaki. memang ada dalam check list; Gambar kerukuran lesen memandu dan mestilah memakai songkok. untuk perempuan kalu macam ni tulisnya; Gambar berukuran lesen memandu dan mestilah memakai tudung.

Borang kebenaran nikah akan keluar selepas tiga hari waktu bekerja, dah oleh kerana shrek ada hutang lagipasal gambo tu, dia dengan sukarela akan ambik sendiri borang tu. ambik borang sambil antar gambo pakai songkok. dah kabo dengan adik manis tu, abg shrek tak mo berurusan dengan orang lain, nak jumpa adik manis ni jugak.so kenalah tunggu sampai ujung bulan ni coz start minggu ni adik manis ni pegi kursus.

Lepas selesai semuanya dekat MAINS ni nanti, shrek akan hantar terus borang kebenaran nikah ni dekat makpak cik aku. sorry aku tak ikutlah, keja. biar shrek sorang uruskan.

No comments: