Monday, February 28, 2011

Langkawi Day 2 : Tea Times

Meh kita pegi minum2 at one of the cafe yang ada dekat the street of Oriental Village ni.

Cafe ni berada di atas lake yang ada dekat sini. can't recall the name of the cafe but not bad.



Aku dah tak ingat apa nama minuman ni tapi kedua2nya berunsurkan coffee jugak.

Sambil minum2 ni sempat jugak aku teringat pasal ular masa dekat entrance tadi. sapa2 yang berminat nak bergambar dengar ular sawa, bolehlah korang menunaikan hajat korang tu dekat entrance Oriental Village ni ye. tak pasti pulak tentang bayarannya tapi memang aku gelilah tengok sang ular tu berlengkar dekat leher wehhhhhh.


Sunday, February 27, 2011

Fitting baju nikah

Lari sekejab dari cerita Langkawi...memang panjang lagi gamaknya. baru hari ke dua tu kan. bukak pulak citer lain. pasal preparation wedding last year...skang dah sah jadi isteri pun. flash back gitu.

Baju ni dah ready by early November lagi. buat tempahan pun on time, siap cari kain bagai dekat KL jer. plan asal nak cari dekat Jakarta tapi tak sempat pun dengan aku yang bekerja susah nak ambik cuti dengan keja yang banyak. memang terhalanglah niat tu tapi takpa bukannya dekat sini takda kain yang elok untuk buat baju nikah. tailor untuk baju nikah ku ini jugak adalah tailor yang baru untuk aku. 1st time buat tempahan, cuak jugak weh...buatnya tak sesuai dengan aku, tak ke haru nanti. tapi bila ready for fitting, bila cuba...alhamdulillah okay dengan badan aku. tapi perlu di kecilkan lagi, kak kay cakap badan dah nampak mengurus pulak ko ni nyah. waktu ni bahagian dada baju masih kosong lagi dan akan di taburkan dengan batu mengerlip dekat bahagian tu nanti.

Material untuk baju nikah adalah dari jenis chiffon color off white. bahagian kaki penuh dengan manik putih + pink and bahagian badan ada taburan manik. dah tak ingat berapa semeter tapi harganya keseluruhan + baju nikah pengantin lelaki adalah dalam rm800++.


Beberapa hari selepas membeli kain ni, aku tak fikir pun lagi design untuk baju nikah tu nanti. OMG macam mana ni, design pun tak fikir lagi tapi Faizal cakap takpa jangan pening kepala fikir pelan2. yelah kesudahannya memang Faizal saja yang mereka design baju nikah aku ni sambil di bantu oleh kak tailor jugak. Faizal memang mahu dia sendiri yang design baju tu untuk aku specialnya muah muah muahhhhhhhhhh. so kita bagi jelah dia reka sendiri, mak pakai je nanti.

Thank you Faizal kerana u designkan baju untuk bini u ni...nak harapkan bini u design sendiri, memang taklah jadi bajunya kan hihihihihi

Saturday, February 26, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 7

Pose terbaik peluk tiang...


Masa ni terasa dahaga pulak anak tekak...sambil jalan menuju cafe yang ada dalam kawasan ni. pakaian rasmi aku setiap kali berjalan, memang tak berapa nak minat bagai seluar jeans ni coz panas, lagi satu tak selesa. lebih baiklah ku sarung je seluar gaya gini untuk memudahkan pergerakan. baju seluar tu bawah sendiri, belum ada yang ku beli di sini lagi.


Nampak kelapa ehhhh...kepala la

Ni pulak dah nampak punguk kuikuikuiiiii

Friday, February 25, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 6


Tak dapat melompat di atas jambatan gantung yang tertinggi, dapat posing dekat kotak hitam tepi kolam pun mak belasah je nyah. janji ada bukti memang mak jalan sesaja dalam kawasan ni semua belasah kasi masuk semuanya.




Thursday, February 24, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 5

Tak dapat berada di ketinggian 652.5 meter dari paras laut, berada di jalan sambil tengok papan tanda pun takpelah. tu pun still ramai jugak yang naik sungguhpun north deck tu temporary closed.

Post dekat jambatan merah ni, tapi belum nak balik lagi. memang kami abiskan masa sepetang dekat sini sesaje. banyak tempat2 menarik untuk nak melepak, menshopping pun jugak ada.

Masa ni memang panas melenting ko...memang eloklah cuaca sepanjang kami berada dekat Langkawi ni pun. bukan takat panas melenting tapi sampai mata pun jadi kecik weh dek penangan terik sesaja.



Abang ni memang tak shopping apa2 dekat sini, dah puas shopping seluar lah katanya masa hari pertama sampai. okay seluar tu dia beli masa dekat jeti Pekan Kuah rm10 sahaja.

Wednesday, February 23, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 4

Memang jinak2 rusa dekat sini. ko nak usap peluk pun boleh tapi jangan pulak di tunggang. rusa tu pun bukannya besau sangat, mau terjelepuk nanti.

Nilah akibat tak dapat naik cable car, ehhhh bukan tak dapat naik tapi keinginan terbantut sudah. aktiviti dekat sini lebih kepada berjalan2 keliling oriental village ni je. tahun2 sebelum ni datang, takdenya nak masuk tempat rusa arnab ni wehhhhh.

Beritahu sekali lagi, nak masuk mini zoo ni tidak di kenakan apa2 bayaran, cuma kalau nak bagi makan haiwan2 ni, kenalah beli makanan yang ada di jual dekat pintu masuk tu. sengget je sepeket.

Ada jugak family yang bawak anak jalan2 masa ni, mungkin cuti sendiri ataupun anak belum sekolah lagi. masa aku pegi ni kan bukannya cuti sekolah atau public holiday, waima aku pegi waktu hari bekerja lagi.

Bayangkanlah rusa tu lebih besar dari budak tu...!!! tak tau anak sapa, tapi si Faizal suka tengok melayan budak2 tu. budak2 tu pulak memang bekeliling dia je.

Tapi budak2 ni tak takut pun dengan rusa tu. malah di kejarnya lagi ada sampai rusa tu pulak yang lari.

Monday, February 21, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 2

Pada yang tak jumpa laluan untuk ke Oriental Village aka cable car ni, just ikut laluan yang nak ke Telaga Tujuh. mesti jumpa punyalah. kalau tak jumpa jugak, korang pusing2 jelah dalam pulau tu, akhirnya mesti jumpa jugak kan. tapi kalau nak short cut ikut laluan nak ke Telaga Tujuh tu je. masa kami sampai tu gigihlah que nak membeli ticket untuk naik cable car, tetiba nampak pulak notis ni....terus macam takda mood nak naik sudah.

Cuma North viewing deck je yang closed tapi memang dah takda mood nak naik pun. so kita jalan2 je sekitar kawasan ni. selain cari cable car, terdapat jugak activity lain yang boleh di buat dekat kawasan ni. ada kedai survenier yang boleh kuar masuk tengok barang. boleh naik segway fun ride, ala kenderaan yang ada 2 tayar besar tu tapi harga tak tau pulak.

Terdapat jugak kawasan untuk pencinta haiwan macam kami ni, kawasan yang kita boleh bagi makan arnab dengan rusa.

Makanan untuk rusa dengan arnab tu ada di jual di pintu masuk kawasan ni. hanya rm1 sepeket macam yang aku pegang tu. rusa2 tu semuanya memang dah kenal kot peket tu, kalau dia nampak je ko pegang benda alah tu, haruslah diikutnya ko sesaja. syokkkkk weh kena ikut dengan rusa ni. jangan risau, rusa tu tak menanduk punya.

Ni makanan untuk rusa, makanan untuk arnab pulak berupa carrot yang dah di potong2 memanjang. cost yang kami habiskan untuk membeli makanan rusa adalah rm5 sahaja. rusa tu pulak tak henti2 makan, tak kenyang2 ke ko ni hai rusa.

Mini zoo ni tak di kenakan apa2 bayaran untuk masuk cuma kena beli makanan2 mereka je dengan harga rm1/pek. kalau tak nak beli pun takpa, rusa tak kejar lah.

Sunday, February 20, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi

Korang boleh nampak kan dekat mana my bulat comel tu...

Lepas penat berendam sampai ke tengah hari, balik motel rehat sekejab depan rumah sambil tunggu masuk waktu. lepas dah tunai apa yang wajib tu, tiba masanya kita mencari tempat untuk memenuhkan semula perut yang dah kosong mintak isi kembali. memandangkan lepas ni kami nak ke Oriental Village, so kita makan dekat sana je lah.

Sebelum masuk pintu entry tempat tu, singgah dulu makan dekat restaurant yang di sediakan dekat luar pintu masuk, dalam kawasan parking tu je. memang lapar sangat waktu ni weh, sempat pulak berhenti sebelum masuk kawasan cable car ni tadi. ada accident dekat simpang nak masuk tu. mak salleh dengan couple tu maybe terjatuh sendiri kot. berdarah jugaklah siku lutut memasing. sian pulak, so we all stop bagi pertolongan. aku memang ada bawak mini box bantuan kecemasan. standby manalah tau apa2 masalah boleh membantu jugak kan. memang membantu pun, alhamdulillah. bawah couple tu dekat kawasan parking cable car. kawan2nya yang lain bawak motor couple tu tadi and ikut sekali kami ke parking. dekat situ kami singgah dekat kedai makan tu, mintak air dengan ais sikit. tokei kedai tu pun baik membantu jugak tolong cucikan luka mereka2 ni dengan anticeptik yang memang ada aku bawak. krim anticeptik pun ada, bandage pun ada. just nice pakai untuk luka2 diorang ni. luka2 yang kecik tu aku just taruk plaster jer.

Lepas settle mereka2 ni semua, tukar2 alamat no phone bagai, (gambar memang tak teringat pun nak snap) terus kami berpisah dekat situ je. alex dengan jane nama couple tu. diorang terus masuk kawasan cable car, and kami makan2 dulu dekat restaurant ni. nama memang dah tak ingat tapi makanannya not bad jugak. sedappp

Cendol memang cukup lemak berkrim

Faizal makan nasi campur lauk ikan bakar air asam dengan sayur kobis goreng + ulam2 sikit. sedap weh makanan dia, aku pun tumpang sesuap 2.

Ai kan kemaruk laksa, so menu aku adalah laksa langkawi. masih tak bosan sampai sekarang.

Tak tau berapa cost makan dekat sini coz kami dapat makan secara percuma dekat restaurant ni. tokei tu kata sebab kami dah tolong pelancong tu tadi. jarang diorang boleh jumpa orang yang sanggup tolong bangsa asing macam tu. terima kasih pakcik, kami ni cuma membantu je tak lebih dari itu. alhamdulillah untuk rezeki hari ni.

Saturday, February 19, 2011

Orang tersayang di sekeliling ku

Bila sebut orang "tersayang" mesti kita ingat kekasih or suamilah kan, itu memang sudah semestinya. tak perlu tanya dah memang sayang lah sangattttttt. walhal ramai lagi orang yang kita sayang sebenarnya cuma mungkin kita tak sedari bila sentiasa dia berada di sekeliling kita. and baru realize bila orang tu takda lagi di sekeliling kita. selain dari suami, ahli keluarga, ada lagi orang yang aku sangatttttttt sayang di sekeliling ku, ha tu lah rakan2 BFF ku.

Yang baju belang next to me tu reen, selain mengada2 + manja, dia ni jugak ibu pada seorang anak bujang ye. sama tempat keja satu ketika dulu tapi tak sekarang ni.

Mimie, ni yang paling lama aku kenal. terlalu kenal sangat segala kisah perjalanan hidup dia, kisah2 bercinta cintun dia dolu sampai aku tak boleh recall lagi bf dia yang memang setiap tahun mesti bertukar hahahaha. tapi sekarang tidak lagi, dah pun menjadi isteri orang...amin akhirnya bertemu jodoh jugak.

Yang paling sentiasa memahami aku, susah senang suka duka, Eri Chan. mula kenal masa kerja dekat tempat lama jugak. duduk sebelah menyebelah lagi tu. masih mencari satu fasa dalam hidup di kala aku dah melalui fasa yang satu tu. takpa, asalkan dia bahagia, sama2 kita bahagia.

Bukan senang untuk kita mencari orang yang benar2 ikhlas dalam erti persahabatan. memang kita ramai kawan tapi setakat kawan, bukannya sahabat. lebih baik bersama orang yang mampu menjadi sahabat dari bersama orang yang akan mengubah kita menjadi orang lain.

Friday, February 18, 2011

Langkawi Day 2 : Mandi manda at Cenang Beach

Hari ke dua kami di Langkawi, pagi ni tak keluar cari sarapan pun. memasing bukak pintu bilik dah 10am. nak cari bfast pun dah malas. mandi2 siap, sarapan pagi ni adalah air mineral, buah pear dengan coklat Extra Dark Choc - Ritter Sport. kan memang beli semua ni untuk sarapan, so tak payah kluar belanja lagi untuk minum pagi, dah safe dekat situ walaupun tak banyak mana pun.

Lepas bfast, acara pagi ni hanyalah mandi manda di pantai sahaja. tiba2 ternampak mamat bulat comel tengah menikmati pemandangan pantai yang cantik. mamat ni sememangnya tengah mengambil mood berendam ala dugung sebagai permulaan activiti berenang untuk hari ni. okay mamat tu menduga sebahang manakah cahaya matahari yang memang panas terik walaupun masih pagi.

Antara activiti yang boleh di dapati di Pantai Cenang ni adalah memandu jet ski, banana boat, parasailing dan kayak. bayaran untuk setiap activiti tu adalah berlainan sama sekali tapi boleh di dapati dengan mengunakan satu agent sahaja.

Kami pegi pantai under kawasan motel yang kami tinggal je. macam bilik motel dekat bawah ni, tu yang menghadap pantai. rumah tu untuk family tinggal, sewa rm100 semalam. memang berbaloi2 kalau pergi beramai2 bersama family atau pun group yang ramai. aku tak tinggal dekat situ, kami ambik rumah yang bukan mengedap laut, tapi dekat dengan laut cuma perlu melintas jalan je.

Jangan risau, perut yang bening2 tu bukannya penuh dengan air masin yang berjaya masuk dalam mulut dia ya. tapi itulah pelampung yang mampu menerapungkan dugung ni kalau berada di dalam air. tak yah susah2 nak cari antara yang ramai berendam tu. mesti kenal punya just tengok perut dah tau tu sapa.

Pantai Cenang adalah pantai yang terpanjang dekat Langkawi ni, tempat penginapan pun memang banyak di sediakan di sini. sebelah malamnya memang happening, kalau nak kluar after 12 midnight pun no hal la. ramai lagi orang yang berkeliaran dengan kedai2 pun banyak yang bukak lagi. kebanyakan kedai2 dekat sini memang start operasi sekitar 6pm sampai ke pagi. kalau lapo restaurant banyak, gerai burger tepi jalan pun ada, Big Apple pun bukak sampai pagi tau.