Monday, February 21, 2011

Langkawi Day 2 : Oriental Village of Langkawi part 2

Pada yang tak jumpa laluan untuk ke Oriental Village aka cable car ni, just ikut laluan yang nak ke Telaga Tujuh. mesti jumpa punyalah. kalau tak jumpa jugak, korang pusing2 jelah dalam pulau tu, akhirnya mesti jumpa jugak kan. tapi kalau nak short cut ikut laluan nak ke Telaga Tujuh tu je. masa kami sampai tu gigihlah que nak membeli ticket untuk naik cable car, tetiba nampak pulak notis ni....terus macam takda mood nak naik sudah.

Cuma North viewing deck je yang closed tapi memang dah takda mood nak naik pun. so kita jalan2 je sekitar kawasan ni. selain cari cable car, terdapat jugak activity lain yang boleh di buat dekat kawasan ni. ada kedai survenier yang boleh kuar masuk tengok barang. boleh naik segway fun ride, ala kenderaan yang ada 2 tayar besar tu tapi harga tak tau pulak.

Terdapat jugak kawasan untuk pencinta haiwan macam kami ni, kawasan yang kita boleh bagi makan arnab dengan rusa.

Makanan untuk rusa dengan arnab tu ada di jual di pintu masuk kawasan ni. hanya rm1 sepeket macam yang aku pegang tu. rusa2 tu semuanya memang dah kenal kot peket tu, kalau dia nampak je ko pegang benda alah tu, haruslah diikutnya ko sesaja. syokkkkk weh kena ikut dengan rusa ni. jangan risau, rusa tu tak menanduk punya.

Ni makanan untuk rusa, makanan untuk arnab pulak berupa carrot yang dah di potong2 memanjang. cost yang kami habiskan untuk membeli makanan rusa adalah rm5 sahaja. rusa tu pulak tak henti2 makan, tak kenyang2 ke ko ni hai rusa.

Mini zoo ni tak di kenakan apa2 bayaran untuk masuk cuma kena beli makanan2 mereka je dengan harga rm1/pek. kalau tak nak beli pun takpa, rusa tak kejar lah.

No comments: