Friday, April 8, 2011

Langkawi Day 4 : Beras Terbakar Part 3

Percubaan untuk mencari beras terbakar tidak berjaya...tapi percubaan untuk mencari kain, tu memang berjaya dengan jayanya. memang murah2 lah kain dekat sini sampai ada yang boleh dapat 3 helai kain sarung dengan harga rm15 je. tapi tu kualiti ada sikit kuranglah, lagi mahal lagi elok kualitinya lol... yang penting pandai pilih kain, pandai bargain...mulut kena banyakkkkk sweet lol barulah boleh dapat kain Cap Gajah Duduk, kain benang 4000 dengan benang 5000 dengan harga murah. murah tak murah sangat tapi ada discount orang katakan.

Kain batik ni bukan untuk aku sendiri tapi aku banyak belikan untuk mak mertua dengan makcik2 dekat kampung, untuk kakak2 jugak.

Kita pindah keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain...memang banyak weh orang jugal kain baju dekat sini.

Habis borong kain batik, aku borong pulak kain pelikat untuk ayah aku, pakcik2 dekat kampung dengan abang2 sekali. untuk Faizal pun ada jugak, senang untuk nak buat kain sembahyang nanti.

Lepas penat shopping kain dekat Beras Terbakar, kita mai pindah shopping dekat Idaman Suri pulak. dekat sini aku banyak borong towel mandi dengan kitchen towel. set sudu juga ku borong sama untuk sendiri dengan kakak jugak. coklat dekat sini aku rasa agak mahal kalau nak bandingkan dengan Hj Ismail Group tu so aku cuma beli light2 je...tapi beli jugak kan hihihi.


No comments: