Thursday, June 30, 2011

Erti sebuah...!!!

Sesuatu yang bernilai, haruslah di kongsi bersama walaupun nilainya kita akui tak seberapa malahan celah gigi saja. kerana sesuatu tu sudah pasti dari seseorang yang bernilai tinggi dalam hidup kita seharian. belum tentu lagi kita dapat nilai tu dari orang lain...yang penting keihlasan nilai tu sendiri.

Jangan melihat ke arah megah jika hanya membebankan diri sendiri. biarlah melihat ke arah biasa tapi mengembirakan hati. nak bermegah memang senang tapi ingat nak memegahkan diri sendiri tu payah. takkan selamanya nak hidup dalam kesempitan sumber.

Biarlah yang biasa supaya kita sentiasa sedar akan rendah dan tinggi duduk bangunnya. mungkin yang rendah tu nampak terlalu murah tapi pastikah yang tinggi tu mahal melambung. jangan yang rendah menjadi lupa bila dah tinggi pulak dan dah mula membanding2 antara keduanya.

Takda kena mengena antara yang hidup atau yang mati. cuma memperingatkan diri supaya jangan alpa, lebih menghargai, lebih menyayangi, lebih merindui keikhlasan diri.