Friday, July 8, 2011

Lagenda Budak Setan Saga & Cantiknya Si Comot

Masa zaman sekolah aku penah ada buku Lagenda Budak Setan - Ahadiat Akashah ni tapi tak tau dekat celah mana dah letaknya, jenuh dah geledah stor, dalam kotak sampai bawah katil cari pun tak jumpa jugak. penat jugak nak recalled, adalah kawan2 sekolah aku dulu yang pinjam tapi tak pandai nak pulangkan...tah lah. sebab kegagalan untuk mencari buku lama tuh, aku nekad nak beli yang baru saja. punyalah payah pulak nak dapat buku ni rupanya....cari dekat Popular, dah sold out...dekat MPH, apatah lagi....erghhhhhhhhhhhhh stress betul nak cari. tapi sekarang dah dapat, harga RM65 untuk satu set buku yang lengkap. ada 3 buku di dalamnya.

Suka tengok muka depan yang very the colorful, Cantiknya Si Comot - Miazal Zahra harga RM19.

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

Kalau nak ikutkan harga total untuk kedua2 buku tu adalah RM84 tetapi dengan discount sebanyak 25%, total yang perlu di bayar hanyalah RM63 sahaja. ini semua kerana MPH telah berusaha sama dengan office tempat kerja untuk menjayakan Book Fair selama 2 hari berturut2 dan MPH memberi 15% discount + staff automatic mendapat another 10% discount. memang berbaloi2 sebab pegi MPH direct masa sale pun takkan dapat discount sebanyak ini.

No comments: