Thursday, September 15, 2011

Bukan pakar tapi boleh...asalkan terjaga



Memang takdelah any tips pun untuk bela kucing yang aku amalkan. main bela je sebab memang dah suka dengan kucing ni dari kecik lagi. dulu masa still tinggal dengan kakak dekat Seremban pun memang dah bela kucing jugak sebab anak buah suka kucing. kucing ni memang manja dan lagi manja kalau kita selalu belai, main2 dengan dia. the best part, bila kita panggil nama je mesti diorang pandai menyahut (miaw miaw tu kira menyahutlah tu hihihi).

Amalan2 ni hanya aku guna pakai untuk kucing2 ku sahaja, di ulang sekali lagi - UNTUK KUCING2 KU SAHAJA. boleh ikut tapi kalau tak berkesan dekat korang punya kucing, janganlah salahkan ku, ku tak tauu. diorang ni memang tak sentiasa lepas bebas di dalam rumah, most of the time diorang ni duduk dalam cage je. nak tunggu lepas bebas masa one of aku atau Faizal ada di rumah je. bila dah lepas tu, biasalah diorang ni akan round keliling rumah dulu...main kejar2 bagai lepas tu terus tidor je kerjanya. diorang ni tak suka di angkat di dukung selalu, just usap je kepala memasing...kemain melentok manjalah jadinya.

Most of the important thing yang mesti kami buat adalah bersihkan cage diorang ni setiap hari 2 kali biasanya pagi dengan sebelah petang/malam. ini mesti untuk mengelakkan dari bauan yang tak berapa nak memberangsangkan dan untuk kebersihan dengan kesihatan diorang termasuklah penjaganya sekali. ni memang penting tau...pastikan cage diorang ni sentiasa bersih. aku tak pakai lagi pasir ke gel ke segala bagai tu untuk diorang melepaskan hajad. buat masa ni okay je aku rasa, malahan lagi bersih pulak cage diorang.

Pemakanan pun faktor penting jugak kena jaga. all my kucing makan only Prodiet sahaja. so far berak diorang ni okay, takdelah berbau sangat dan texture pun okay. janganlah geli ye sebab kalau nak bela kucing, faktor2 ni kena ambik kira jugak. ada jugak makanan lain yang diorang tak berapa serasi pun, bila beri makan jugak mulalah diorang tak berapa nak makan. lepas tu sakit perut pulak, kesian tengok menung je sepanjang hari. agak susah jugak permulaan nak cuba cari makanan sesuai diorang ni, kena cuba try test all the product, untunglah bila dah jumpa yang serasi. diorang ni memang tak makan nasi gaul dengan ikan tu, pernah cuba letak seekor ikan goreng depan mata...boleh buat tak tau je. bodoh jugak kan...makanan sedap tu hihihi.

Aku dengan Faizal suka bercakap dengan diorang ni, tak kisahlah cakap bahasa apa pun kan asalkan diorang tau yang kami ni bercakap dengan mereka. tapi diorang ni memang becok sikit adalah agak penat nak layan bercakap je manjang expecially bila dengar kita masukkan makanan dalam bekas makan diorang. mulalah sesi panjat memanjat terjadi.

Yang ni penting + menyeronokkan...a moment mandikan diorang. duduk diam je bila siram dengan air, kalau rajin aku sediakan air suam tapi di ulang sekali lagi - KALAU RAJIN. biasanya memang tak rajinlah, ku siram je air paip biasa tuh, diorang ni mesti dimandikan seminggu sekali, tak kalu asyik mengaru je manjang, silap2 boleh ada kutu pulak. bab ni yang agak mencabar, kalau hilang tumpuan boleh kita pulak kena cakar, so perhatian amat diperlukan di sini.

Ni aja benda asas yang selalu aku buat dan amalkan untuk si manja kami. suka bila balik kerja je, mereka semua dah tunggu mintak di ambik kendong.

2 comments:

Mimy Hamid said...

kami tumpang kucing org sebalah yg manja itu...balik keje dah terngiau..rasa dihargai lak

Ann Ishak said...

walaupun kucing...ada nyawakan, tak elok dizalimi