Tuesday, March 13, 2012

Bujang Terlajak

Memang lawak citer ni, mau tergeliat jugak urat perut dibuatnya asyik ketawa je. tapi tak berbaloi pun nak menghabiskan duit tengok dekat wayang, macam biasa tunggu je masa raya nanti ek. meh baca sinopsis dengan trailer ye



Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?




4 comments:

eMMe said...

lama dah tak tgk wayang...
tapi kalo tgk wayang, tak tgk cite melayu la..huhuhu... bukan tak mo support filem malaysia... tapi tu la... tak best n tak kene dgn jiwa, hahaha...

LYAfrina said...

KAT ASTRO 1ST ADA NMPAK MOVIE NI..TP X LANGGAN PON..JUS LANGGAN ADNAN SEMPIT 2

Mimy Hamid said...

ok gakkk citer ni boleh la layan gelak

milo said...

Dh ade cite ni tp blom tgk lg.. Hehe mcm bestt je ni :p