Juadah makan malam tadi, penat2 balik keja semalam tetiba macam nak makan nasi pulak malam ni. sampai rumah mulalah selongkar gobok tengok apa ada, ada daging ada capsicum terus teringat nak masak papriklah. kemas rumah apa yang patut selepas tu mulalah rutin memasak.
Tumiskan bawang putih dan halia yang diketuk sehingga harum. masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. selepas itu masukkan daging yang di hiris nipis dan masak sehingga daging kecut. sementara tu masukkan sekali sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos ikan. gaul lagi dan masukkan air, biar sampai daging empuk. selepas daging empuk masukkan pulak bawang besar yang di hiris kasar, lobak yang di hiris nipis dan capsicum.
4 comments:
Wah byk nya menu;)
rajinnya blik kje masak...
Ini dah dikira rajin ni, balik kerja terus masak. Daging pulak tu. Alhamdulillah, simple2 pun sedap kan?
rajen akak masuk..:)
rajin tu sebenarnya lebih kepada ikut mood, nak makan luar selalu pun malas jugak
Post a Comment