Friday, March 22, 2013

My Sambal Tumis Telur rumah pengantin

Dari awal tahun sehinggalah sekarang, almost every week saya dapat jemputan kawin...tahun mengawan kot sekarang ni ye ahaksss. kalau takde apa2 aral melintang, memang saya or my laki or both of us akan datang. ada yang kami kena pegi asing2 ikut kawan memasinglah, dah date sandingnya sama. weekend ni pun ada lagi sampai June. in sha Allah jauh dekat kami pasti datang sekiranya masih sihat tubuh badan, berkederat nak drive jauh.

Setiap kali pegi kenduri kawin ni, mesti tak lari dari mendapat door gift...trend zaman kini katanya. tapi dalam banyak2 gift, saya paling suka kalau dapat telur rebus...tradisi sangat tapi susah dah nak jumpa sekarang. mostly orang ramai bagi cake or muffin or bahalu + candies for children. dengan alasan orang bukannya makan pun, banyak buang je telur rebus tu. okay...itu juga adalah alasan segelintir makpakcik saya masa saya kawin dulu. yang tak setujunya sorang dua je, yang setuju majoriti + knowing me yang memang keras kepala dari batu, buat jugaklah.

Saya suka makan telur rebus, curah pulak dengan kicap manis + masin...perh i tell u, memang terbaek!!! lepas tu kentuttt tak henti2 ahaksss. selain dari makan dengan kicap, rajin jugak buat sambal. tak payah susah2 nak merebus telur lagi, penuh sebakul telur rebus rumah pengantin saya dapat. bagi perabih sekali harung tadi, saya buat masak Sambal Tumis Telur rumah pengantin.

Kupas telur rebus dan goreng hingga sedikit kuning dan toskan. panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dan belacan yang ditumbuk halus sehingga naik bau. selepas itu masukkan pula cili kisar, sos tomato dan sos cili, masak sehingga terbit minyak.

Masukkan air asam jawa dan perisakan, masak sehingga pekat. masukkan bawang besar, bunga kantan dan telur yang dah digoreng tadi. gaul rata dan biarkan sehingga bawang lembut...hidangkan.
 
Kan rumah saya takde beras, kami laki bini makan dengan roti je...habis sebungkus. mujur lunch hour siang tadi makan jugak nasi walaupun 3 sudu di Nandos KLCC tapi teringat2 ayamnya yang sedapppppppp tu. oh....saya dah berkenan dengan satu kasut tu tapi tak beli pun. bagi mimpi dulu malam ni baru boleh beli, if not lupakan aja :P

No comments: