Sajian enak dan simple untuk iftar tadi, Sotong Masak Masam Manis. terus dekat resepi je ye...mata memberat ni.
Bahan2 yang diperlukan
Sotong - saiz sederhana
Halia - dititik
Bawang putih - dititik
Cili padi - dibelah dua
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Nanas dalam tin
Lobak - dipotong bulat
Tomato - dibelah 8
Garam, gula dan serbuk lada hitam
Cara2nya
Bersihkan sotong, saya suka makan janggutnya so saya ambik janggutnya sekali.
Selepas itu bolehla tumiskan halia, bawang putih dengan cili padi sehingga naik bau. masukkan sos cili, sos tomato dengan sos tiram dan kacau mesra. kemudian masukkan air dan lobak. biarkan sehingga lobak empuk dan kemudian masukkan sotong dan tomato.
Akhir sekali perasakan dan boleh dihidangkan dengan nasi putih. senang dan cepat kan (*_*)
2 comments:
perghhh.. sedap.. :)
Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
simple tp mmbuka selera..
singgah dihari raya kelima :)
masih bercuti?
Post a Comment