Monday, October 29, 2018

Monday, 29th October 2018

Assalammualaikum semua...

Ada 2 perkara yang terjadi hari ini, pertama yang melibatkan negara jiran kita Indonesia dan yang ke dua hanya berkenaan dengan ahli keluarga saya sahaja.

Perkara yang menggemparkan, Lion Air yang membawa 189 penumpang termasuk anak kapal terhempas pagi tadi. Pesawat JT610 yang dijadualkan terbang dari Jakarta ke Pangkal Pinang. Kerja2 mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan ketika ini, tak kurang jugak ramai pengkaji kejadian tak bertauliah membuat RUMUSAN sama. Tiba2 terimbas kembali peristiwa 2 pesawat kita MH17 & MH370 😖 

Another perkara, hari ini bertambah jumlah ahli keluarga besar saya dengan lahirnya seorang baby girl. Cucu saya yang ke 3 and still counting 😀 Lahir tengah hari tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Semangat budaknya, lebih dari 3kg dan dilahirkan secara normal.

cutting birthday cake

Celebrate birthday for October's babies last Thursday dekat KL office selepas habis meeting. Makan cake je, takde juadah sampingan yang lain sebab nak make sure cake habis dimakan tanpa perlu di simpang atau dibawa pulang 😃

5 comments:

cik puan rrai said...

wahhh.. tahniahhh..

dear anies said...

tambah meriah laa family ann yaa

Abe Nick said...

tahniah...akak kerja kat KL ...
saya baru bru nak abis belajar unikl gombak

aiezza.sue said...

dah 3 cucunya😍...untungnya la orang bongsu2 ni kan

ct cheery said...

Tahniah..makin ramai cucu