Monday, April 29, 2019

Monday, 29th April 2019

Assalammualaikum semua...

Tadi tengah hari paneh lit lit masa keluar dari Desaru-Senai. Masuk je pusat bandar Johor Bharu, hujan turun. Walaupun tak lebat tapi cukup untuk membuatkan jalan raya menjadi jammed tiba2. Ikut "seseorang" ke bengkel kereta dan bila dah selesai urusan kami terus ke office JKKP Johor Bharu. 

Masa balik saya tumpang orang lain pulak sebab partner ada dinner appointment dekat Johor Bharu. Tumpang orang yang kuat bercakap pulak tu, tak sempat langsung nak lelapkan mata sepanjang perjalanan pulang 😐

Sampai bilik terus masak maggie kari, selesai malam terus mandi dan tido. Sebelum tido sempat la siapkan entry yang tak seberapa nak hebat sangat ni, alhamdulillah.

Last weekend balik KL sebab ada larian on Sunday morning. Sampai TBS suami dah sedia menanti. Terus dinner sama dekat area rumah saja, badan dah penat ingat nak cepat balik. Dapat pulak makan nasi kerabu, bahagia rasanya. Lama sungguh aiiii tak pekena nasi kerabu ni, dah makan tahun jugak rasanya.

Kurang dari seminggu kita akan melalui semula bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan. Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada comment atau kata kata dari setiap entry saya yang menguris perasaan sesiapa sahaja. Semoga kita diberikan kesihatan, keimanan, keberkatan, keikhlasan yang setimpalnya sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Ramadhan adalah bulan yang paling BEST antara bulan bulan yang lain di dunia ini 💖