Wednesday, August 28, 2019

PJ Half Marathon 2019

Assalammualaikum semua...

Last Sunday run event...

Race kit collect on Friday, 23rd August lepas solat Jumaat di Atria Shopping Gallery PJ. Suami dah sound awal, tak mahu pegi on Saturday sebab jammed. Okay hamba yang menurut perintah, ikutkan aje. So Saturday kami hanya keluar santai sambil minum kopi dan makan nasi arab di malamnya seperti biasa persediaan saya untuk larian esoknya 😀

Pagi seperti yang dirancang, keluar rumah jam 330am. Pagi itu memang tengah hujan yang agak lebat. Boleh rasa yang race akan diteruskan jugak sebab tiada unsur2 kilat/guruh masa tu. Hujan sepanjang perjalanan dari Ampang ke PJ. Sampai venue event, hujan masih lagi turun sekitar 415am. Suami bila dah turunkan bininya, terus saja ke Kg Baru balik rumah maknya tumpang 💤

Acara 30km dilepaskan jam 430am, hujan masih turun lagi dan macam tiada tanda tanda nak berhenti pun. Dah set mind, confirm kena redah hujan jugak ni no matter what. Memang benarlah seperti yang dijangka, 21km pun dilepaskan dalam hujan. Hujan all the way sampai ke garisan penamat. Sejuknya alahaiiii sampai ke tulang. 

Route yang tidak membosankan langsung, teruja saja...maybe sebab hujan kot 😁 Selamatlah sampai saya di garisan penamat dengan basah lencun takpe apa yang kering pun rasanya yang lekat dibadan 😂


Official result


medal - front 

medal - back

Secara personally saya memang suka larian dalam hujan, less stress. Sentiasa ada plastik beg supaya boleh simpan handphone dalam plastik. Saya memang sentiasa simpan handphone dalam plastik walaupun tidak hujan sebab air peluh pun dah serupa lenjun macam air hujan. Larian juga harus berhati hati sebab takut tak perasan ada lobang di jalanan dan elakkan dari memijak lopak air. Lari dalam keadaan kasut basah boleh menyebabkan kaki mudah melecet, saya takde tips yang tepat di sini cuma yang saya biasa buat adalah, lari dengan cara yang betul...itu saja. Tidak digalakkan berlari secara barefoot ketika hujan, slipper akan menjadi lebih licin lagi. Sekiranya badan rasa dedar selepas larian, cepat cepat ambik ubat demam untuk mengelakkan demam 😃

Saya so far after larian ini masih sihat lagi, alhamdulillah. 

No comments: