Sunday, August 18, 2019

Sotong Tumis Sambal Belacan

Assalammualaikum semua...

Today berehat saja di bilik, tengah hari suami ada lunch date dengan kawan dia. Saya kena masuk office sekejab untuk prepare material for tomorrow meeting, lepas tu terus pegi cuci Fortuner and singgah terminal bus untuk collect ticket bus. Sekejapan je, keluar jam 130pm, balik bilik dalam 430pm macam tu. Paneh lah Desaru ni nak berlama dekat luar bangunan 😀

Petang tadi plan nak masak sejenis lauk dengan nasi putih je. Perkakas memasak hanyalah satu periuk kecik, pinggan/mangkuk pun guna Ikea punya hat yang plastic 5 hengget tu. Sudu je pun yang besi sebab safety. Duduk bujang macam tu la, takdenya nak lengkap sangat 😁

Menu masak petang ni, sotong tumis sambal belacan....tu dia bau kena standby la. Masak awal sebelum 6pm dah siap. Bukak sliding door, selak langsir, ON top hood, kipas bilik mandi pun ON jugak bagi semua bau keluar. Bilik studio type memang nangis kalau nak masak benda benda yang berbau kuat ni tapi anak tekak tu teringin nak makan, jadinya keinginan anak tekak HARUS dipenuhi...pandai pandailah nak hidup lepas tu 😂

Bahan bahan:
Sotong - bersihkan, potong, cuci dan toskan. Perap seketika dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, ketepikan
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 tangkai cili hijau - hiris 
Minyak secukupnya
Garam dan gula

Bahan kisar/tumbuk:
2 inci belacan
30 biji cili padi - kurangkan kalau tak nak melahar 
4 ulas bawang putih 
6 biji bawang merah

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Besarkan api dapur dan masukkan sotong, bawang besar serta hirisan cili hijau. Masak selama 2-3 minit sahaja, takut sotong menjadi liat kalau masak lama. Perasakan dan kacau sekali dua. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba 😃

Midnight nanti hantar suami ke terminal bus, dia akan pulang ke KL dengan bus jam 12am.

Thursday, 19th September 2019

Assalammualaikum semua... Tide schedule since yesterday till today, hopefully tomorrow boleh rehat sikit dari huru hara hal duniawi ni....