Thursday, September 19, 2019

Thursday, 19th September 2019

Assalammualaikum semua...

Tide schedule since yesterday till today, hopefully tomorrow boleh rehat sikit dari huru hara hal duniawi ni. 

Haze agak teruk untuk hari ini berbanding semalam dengan bacaan API 125 di kawasan Pengerang. Dengan cuaca yang sangat panas, banyak pulak movement saya dari Pengerang ke Permas Jaya dan balik semula ke Pengerang, makan pun tak sempat berkesudahan dengan sakit kepala. Terpaksa telan jugak Panadol untuk elak demam kemudian nanti. Kurang minum air jugak antara punca sakit kepala + perubahan suhu dari panas ke sejuk mendadak. Terfikir jugak, macam mana agaknya 'mereka mereka' yang berada betul betul di kawasan open burn ni hidup ye. Mampu ke tidak mereka menahan segala asap asap yang menjadi antara 'udara dan makanan' mereka sekarang ni. Kita yang berada di Malaysia ni pun dah cukup sesak nafas walaupun indek bacaan belum mencecah 200 lagi di sesetengah kawasan 😬

Harapnya masalah jerebu cepat berakhir, takmolah sampai minggu depan. Ada larian weh, SCKLM pulak tu. Dah lah last week satu run event terpaksa dibatalkan sebab haze, tak seronok betul dapat medal tapi tak dapat lari ni 😩  

Last week cuti panjang sikit, berkesempatan balik ke rumah ayah. Saja luangkan masa di sana, pakat balik ramai ramai dengan kakak abang jugak. Balik berkumpul ramai ramai, sudah semestinya masak pun ala kenduri kendara jugak. Banyak mulut yang nak makan, rajin lah mak mak layan memasak dan antara menu yang ada adalah ketupat dengan kuah kacang. Kalau dah teringin, tak sempat nak tunggu raya tahun depan 😝

Bahagi tugas asing asing, dari menganyam sarung ketupat sampailah hidangan boleh dimakan. Ramai mulut nak makan, kenalah banyak tangan yang membantu kan...takat order lepas tu duduk depan tv atau belek phone layan IG...maka LUPAKANLAH 😛

2 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an jerebu cepat berakhir.
Bilalah hujan nak turun.

ct cheery said...

Moga udara pulih semula. Bimbang Ank2 kecik jer huhu