Tuesday, October 8, 2019

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019

Assalammualaikum semua...

Important/must run participation event every year. For regular runner, kami memang sudah mendapat slot dari tahun lepas lagi untuk register FY2019 and this event only open to public at 1st quarter this year kalau tak salah. Event ini merupakan pendaftaran saya yang pertama jugak bagi my yearly run schedule every year. Yes, every month saya akan pastikan ada run event and so far sekarang ni memang setiap bulan pun ada 1 or 2 run event at least yang saya registed and lari. Bukan register lepas tu jual bib ye πŸ˜†Kena bahagi masa jugak sebab sekarang dah jauh base di Johor, banyak jugak rasanya run event yang best2 kena lepaskan sebab tak kena dengan rotation kerja. Hope yang terlepas tahun ini boleh repeat tahun depan pulak πŸ˜€

Bib collection berlangsung selama 3 hari di PWTC, saya hanya berkesempatan collect pada hari akhir, Sabtu sehari sebelum event day. Datang pagi seawal 1030am selepas counter buka pada jam 10am. Tengok la gambar di atas, queue dah panjang tapi yang bestnya their system tak pernah mengecewakan. Memang ramai orang tapi still smooth, tak sampai 30mins dah dapat bib + activate chip sekali. 

Tapi dekat kawasan ini yang saya sangkut lama, membelek nama sendiri tapi sayang memang saya tak jumpa langsung. Every each line saya belek sampai berlaga laga dengan runner lain jugak. Akhirnya fed up sendiri, kepala pun dah pening, mata dah sakit, hati tu geram je bila tak jumpa nama sendiri. Papan tanda itu dipenuhi dengan semua runner names on it, puluhan ribuan nama di atasnya. Ini baru sebelah bahagian, ada lagi yang sama di bahagian belakang block itu jugak. Susunan nama disusun secara abjad tapi unlucky me, still tak jumpa jugak nama sendiri. 

Running out of time, saya pun nak cepat sebab sudah punya janji hendak melawat abang yang kena serangan jantung beberapa hari sebelum itu. Keluar dari PWTC, terus heading to Bahau, Negeri Sembilan.

Hari kejadian, seperti dirancang bersama suami...saya memilih untuk menaiki LRT yang disediakan secara percuma. Ini untuk mengelakkan sangkut dijalanan kerana acara bagi 42km sudah bermula awal dan jalan raya laluan rasmi bagi larian ini jugak sudah mula di tutup bagi semua jenis kenderaan. LRT adalah pilihan perjalanan yang lebih efficient selain stay overnight berhampiran dengan event venue dan berjalan kaki. 430am dah naik Star LRT dari station Ampang dan turun di station Masjid Jamek, ramailah bluenion dalam tren pagi tu 😁 

And this is call 'Hari Raya'. Ada Pen 1, 2, 3 and 4, saya berada di Pen 3. Berhadapan dengan Dataran Merdeka. Ada kawan berada di Pen 4, barisannya dah sampai Dayabumi. Tepat 530am, peserta acara 21km dilepaskan berperingkat mengikut pen masing masing. Route seperti biasa, maleh nak cerita πŸ˜‚

Manage to complete my run as usual. Lepas lari terus tuju portable toilet. Masa run dah rasa nak kencing tapi ku tahan jebat πŸ˜ƒ Lepak tepi sambil do cooling down and tunggu kawan kawan lain yang masih belum sampai bagi acara 21km and 42km. Lepas beberapa orang yang sampai, tak larat nak tunggu yang lain lain sebab return flight ke Johor saya agak awal. Takut terkejar kejar masa nanti. Ambik gambar lepas tu bersurai. Datang naik tren, pulang pun naik tren la jugak. Suami tunggu di station Ampang.

 sijil penyertaan gitew πŸ’™

 medal - front 

 medal - back 

official result

Next run will be this weekend for another half marathon. Ramai yang tanya, kenapa tak nak buat full marathon. Pernah buat beberapa kali tapi rasanya saya lebih selesa dengan 21km sahaja, dekat sikit πŸ˜…

Sekian...

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019

Assalammualaikum semua... Important/must run participation event every year. For regular runner, kami memang sudah mendapat slot dari...