Wednesday, November 6, 2019

Wednesday, 06th Nov 2019

Assalammualaikum semua...

Lama dah senyap tapi bukan bererti sudah 'tiada'. Ada je ni, dok perati perangai mahnusia yang ada pelbagai jenis topeng jadian πŸ˜€ 🐢🐷🐸🐹🐺🐻🐼🐴🐡

Tidak mengapa, biar Tuhan saja yang membalasnya...amin. Kami mahnusia biasa je, bukan sapa sapa pun 😁

Indah pemandangan sepanjang perjalanan balik ke kampung sendiri masa last raya Idul Fitri lepas...cerita tertunda lama ye, tapi still di tahun ini jugak πŸ˜‚ Masa ni berhenti rehat di salah satu masjid sekitar kawasan Ulu Bendul. Masa ni kereta punya temperature naik, kena benti lah dulu bagi sejuk sikit. Sambil tu terus solat zohor sama. 

Benti sekali lagi di salah satu masjid di Bahau pulak, problem yang sama. Memang banyak bersabar dengan ini punya kereta πŸš— Nak beli baru, tak mampu pulak. 

Antara juadah hari raya in preparation. My kakak teringin nak melemang, bagilah peluang dia merentungkan diri tengah paneh tu...biar puas hatinya. 

Selepas asar, berhenti segala activity untuk proceed ke pusara pulak. Masa untuk bersedih meratap mengadu isi hati. Ambik surah yassin, baca ramai2 di pusara ibu. Ini saja yang kami ada untuk diziarahi. Pusara ayah tiada bertanda di Makkah. Moga doa kami anak2 syurga mereka sampai untuk bekalan berpanjangan.  

 rendang itik salai
 lemang dan ketupas palas manis
 masak lemak pisang muda
 rendang campur tradisi keluarga
paru goreng kunyit dan sup tulang beserta condiment untuk makan dengan mee kuning or bihun

Menu ramadan terakhir, macam biasa kami kalau berkumpul...makanan menjadi keutamaan. Ada list permintaan menu, kot ada yang mengidam dan untuk persediaan bahan bahan utama. Duduk kampung bahan mentah cepat habis, mana yang boleh order awal...baiklah dibuat dulu. Duit belanja contribute bersama, kerja pun sama...barulah hari raya lebih meriah gitew. 

No comments:

9 To 5 Half Marathon Run 2019

Assalammualaikum semua... Event ke 3 akhir untuk tahun ini dan 1st time join. Saya memang suka join event yang tidak pernah masuk ...