Monday, August 24, 2020

Week at Desaru

Assalammualikum semua...

Wednesday, 19th August - Perancangan awal boleh pulang ke KL hari ini tapi terpaksa rambok semula jadual kerja dan terus stay di Desaru for another 1 week. Terus plan supaya suami dapat datang ke Desaru on weekend sebab sebelum ni dia ada kata sudah dalam tak datang Desaru dan berura ura nak ambik cuti hari Jumaat. Yeayyy, suami setuju untuk datang dan cutinya sudah approved.

Thursday, 20th August - Today public holiday, Awal Muharam...remind me of something, but just forget it...people don't even care of me pun. Hotel getting full today, bilik next to me pun dah ada guess. Paling tak suka dapat bilik yang ada connecting door, boleh dengar segala bunyi dari bilik sebelah. Paling annoying, asyik nak bukak tutup connecting door tu 😒. 

Paginya jogging dekat area hotel saja, malas nak drive ke Desaru Course punya hal la. Syok berlari, kena sergah + pakej kejar dengan hanjing. Memang menganjing betul, mujur dah 6km berlari masa tu. Terus tamatkan larian, takde mood nak teruskan walaupun plan asal nak dapatkan 10km. Masih jauh lagi 'mileage' yang nak dikejar.   

Lepas Zohor terpaksa ke Terminal Bas Larkin untuk pick up suami. Mamat ni boleh miss bas ke Bandar Penawar pagi tadi. Lepas pick up, terus pegi makan lunch. Yang paling tepat is lunch merangkap minum petang. Makan kuew tiew goreng dekat Kota Masai sebelum terus balik ke Desaru. Malam hanya light dinner saja, layan vietnam roll dengan kopi vietnam dekat area hotel.

Friday, 21st August - Memandangkan suami ada, saya pun ambik keputusan untuk tidak masuk office. Plan nak treat suami di JPO. Keluar seawal 10am, breakfast dulu pekena roti canai dengan nescafe tarik. Singgah dobi shop on the way to JPO, replace baju kotor and ambik yang bersih. Rahsia saya tidak perlu bawa banyak baju setiap kali outstation ke Desaru. Sampai JPO, tak ramai visitor lagi cuma sekarang ni new norm...rata rata tempat mesti ada temperature test dulu. Download 'MySejahtera' senang proses imbasan suhu badan. Dari 11am hingga 4pm baru keluar dari JPO, lama rupanya mengabis masa dalam tu. Sebelum balik, light lunch di Burger King. 

Lepas Asar, keluar jogging di Taman Tasik Penawar. Dapat dalam 5km, cukup untuk target mileage hari itu. Terus balik untuk Magrib dan keluar dinner. Plan nak bawa suami makan seafood di Super Lobster Village.       

Bukan setakat dapat makan seafood, up pulak durian sekali. Dapatlah makan sebiji saja sebab dah kenyang makan binatang laut sebelumnya. Tapi yang penting, KEPUASAN berganda.

Saturday, 22nd August - Suami plan nak balik KL at morning time tapi bangunnya pun dah nak ke tengah hari. At the end he decided to take 430pm bus. Turun sarapan pun almost tengah hari. After that naik ke bilik semula dan keluar semula masa untuk hantar suami ke perhentian bas. Singgah Marry Brown, light lunch sebab suami tak suka nak makan banyak before naik bas. Dia tak suka dalam perjalanan nanti ada rasa nak ke tandas pulak. After send him back to KL, saya terus balik hotel. Niat lepas Asar nak jogging tapi hujan. Tukar plan dari jogging to night walk pusing area hotel, dapat 3km.

Sunday, 23rd August - Pagi seawal 8am, boyfriend sudah called for pick him up at workshop. His car kena masuk 'wad', compressor rosak. About 10am saya keluar ke JB untuk ambik him. After that terus balik ke Desaru semula. Saya terus lepak di bilik saja seharian + today cuti lari jugak. Bagi peluang rehatkan kaki. Masih layan drama korean - A Gentlemans Dignity, episode 18 untuk hari ini. Tinggal less then 5 episodes lagi, lepas ni boleh layan drama lain pulak.

Till then ❤


No comments: