Saturday, September 1, 2018

Merdaka Day

Assalammualaikum semua...

Macam mana sambutan Hari Merdeka uolsss. Tengok perarakan kah, bercuti2 kah or berlingkar atas katil sampai ke petang ๐Ÿ˜‚ Baik ngaku, jangan malu...takde sapa nak marah pun.

Hari Merdeka saya macam biasa saja, pegi kojo kais pagi makan malam ye. Apa nak buat pun, takkan nak memerap seharian dalam bilik ngadap tv...mau tepu otak. Baik lah masuk office buat kerja, kalau takde kerja pun...cari je biar sampai ada kerja ๐Ÿ˜€ Tak la nak tunjuk rajin pun tapi bagi memenuhi masa free yang terluang sambil tolong menolong orang lain sama2 siapkan kerja mereka, 1 Team katanya.

Bila petang suami sampai di Johor, ye sekarang kami alternate ulang alik JOHOR-KL...besok pagi balik la dia semula. Ginilah resam weekend lakibini, pandai2 la nak hidup bujang seketika ๐Ÿ˜Ž 

Menu merdeka day gitu dinner malam tadi, bihun sup. Sebanyak mana menu dekat kedai makan, tetap ini jugak yang saya pilih. 

Ada terbaca baru2 ni in news mengatakan yang Agong cancel his birthday celebration and return fund to the goverment. Rasa2nya CUTI pun cancel tak ๐Ÿ˜ฉSuspend jugak ni, harap2nya rakyat marhain semua still boleh menikmati cuti sempena sambutan hari jadi tuanku walaupun tiada sambutan. Semoga tuanku dikurniakan kesihatan dan tenaga yang baik sepanjang pemerintahan tuanku, inshaAllah. 

Pernah buat pertukaran penutup bekas brand Tupperware. Saya ni bukan members tapi abang dan kakak ipar saya YES. Saya ada banyak penutup bekas yang dah kocak macam dekat atas tu. Benda biasa guna, lama2 kocak/rosak jugak jadinya. Masa raya puasa lepas saya bagi semua menutup2 yang rosak tu untuk ditukar kepada yang baru. Baru2 ni dapat dah penutup yang baru tapi tak dapat warna yang sama sebab tu warna lama tapi digantikan dengan warna yang baru, MERAH ko. Takpelah asalkan dah ada penutup dan boleh digunakan semula, syukur. 

Cuma ada satu, bekasnya dah pecah sikit tapi tak dapat ditukar. Sayang betul, besar kot bekas tu ๐Ÿ˜ฅ sudahnya saya buat bekas letak spices je la, berguna jugak dari buang macam tu je. Pecah sikit je kot, bukannya terbelah sampai tak boleh digunakan lagi.

Uolsss kalau ada penutup bekas brand Tupperware yang dah kocak/rosak, boleh tukar ye tapi kena cari kawan2 yang members Tupperware untuk uruskan. Rugi kalau dibuang macam tu je, mahal kan masa beli tu. SAYANG!!! 

8 comments:

Warisan Petani said...

Salam kemerdekaan

Cik Nor said...

wah..pengumpul tupperware rupanya..:)

aizamia3 said...

Merdeka..
Kami di rumah je.

Tupperware..
Yes.. asal ada yang rosak memang akan kami tukar.. hehehe..

ejulz said...

Salam Merdeka :)

Umialya said...

Salam merdeka

Anis Azalea said...

Ingat zaman kita buat stok Tupperware masa keje di Stagno. Hahah ko lah buat stok banyak. Aku pun ada tukar baru2 ni. Memang dapat tutup tapi kaler putih cair eloklah tak sangat lari. Ada satu tu takde keluaran dah. Nak kena bagi semua..aku bagi penutup je dah dipulangkan balik..mintak tukar dengan kakak je sebab dia ahli. Hehe jimat.

dear anies said...

mama sy ada buat mcm tu. penutup dia dah kena gigit dek tikut. bekas elok lagi. pd hal tupperware tu dah sebaya sy usianya... tu untungnya beli produk tupperware ni... eh terpromote pulak...pd hal bkn ahli hahahah

Maria Firdz said...

menggodanya menu tu...