Wednesday, September 5, 2018

Juasseh Green Run 2016

Assalammualaikum semua...

Please noted, waktu kejadian untuk cerita ni dah lama...2016 gitu tapi nak jugak dijadikan entry kenangan (kliseee sangat 😎). Banyak jugak dah lupa kisah waktu kejadian, saya up apa yang ingat je la ek. 

Dah lama saya teringin nak masuk acara larian luar dari kawasan Seremban tapi masih dalam Negeri Sembilan sehinggalah terjumpa program larian ini. Juasseh Green Run, anjuran Juasseh Agro Park @ NS Dairy Farm Kuala Pilah. Ni kilang susu fresh yang dah lama beroperasi dan selalu bekalkan susu keluaran mereka di sekolah2 sekitar Negeri Sembilan. Ingat la masa saya sekolah2 dulu, selalu jugak mintak arwah ayah belikan susu segar ni...sangat mengimbas kenangan betul.

Nama je anak nogori tapi mengagau jugak nak mencari sekolah ni yang dijadikan tempat berkumpul dan tempat acara larian berlangsung. Apa lagi, bantuan pakcik WAZE amat diperlukan ye. Perjalanan dari Seremban hanya kurang dari 1 jam perjalanan dengan kapasiti kenderaan kurang dan tak perlu nak memecut sangat.

Memandangkan sampai awal (tak sampai 10 orang yang sampai waktu tu), organizer pun baru nak open table. Sampai awal ni pun gara2 tak tau tempat, takut pulak sesat nanti dah buang masa di situ. Rupanya senang je cari sekolah ni. Dapat la tumpang guna tandas cikgu sekolah, mujur dapat guna tandas cikgu sekolah...kalau tandas murid2 😝

Acara dimulakan dengan senamrobik oleh cikgu pendidikan jasmani sekolah ini, hensen...tahap 'anak2 ikan' gitew. Saya ikut je la, dah tak tau nak buat apa + rasa macam jadi tumpuan pulak dekat situ. Acara rasmi adalah larian untuk 10km dan 5km berkonsep merentas desa. This is what am aiming for. Terasa macam zaman2 sekolah rendah dahulu, lari dari sekolah lepas tu masuk kebun getah, lari keliling kampung and patah balik ke sekolah. YES dan itu yang membuatkan saya nak sangat join acara ni.

Pelepasan peserta adalah dari sekolah ini, lari terus sekitar kawasan kampung dan seterusnya masuk dalam kebun getah. Lari dalam kawasan kebun getah adalah berbukit2 dan jalan tidak rata seperti jalan bertar, kena hati2 sepanjang larian. Dalam kebun getah tu adalah beberapa cikgu dan murid2 sekolah volunteer menjaga disetiap selekoh. Keluar semula ke jalan bertar dan teruskan larian sehingga ke garisan penamat di kawasan Juasseh Agro Park sendiri.     

Official results takde, rasanya organizer main tulis2 tangan je + ini cara tiada hadiah disediakan...fun run je kot. Saya adalah peserta ke 2 sampai ke garisan penamat (dalam hati ada sikit kecewa la) kalau ada hadiah, mesti dah dapat. Dapat snack pack berupa nasi lemak daun pisang, susu lembu berperisa dengan pisang. Jadilah dari takde langsung 😥 

Sijil penyertaan dan medal sebagai kenangan. Larian ni sangat mengimbas masa mula2 saya join larian merentas desa masa zaman sekolah dulu. Saya start lari dari darjah 5, 11 tahun dan tak pernah pernah berhenti sehingga kini di usia level veteran dah. Adalah hickup di tengah2 usia tu, beberapa tahun jugak gantung kasut lari tapi dapat kembalikan momentum larian ke tahap utama sekarang ni. YES, kawan2 adalah pendorong utama...tapi mestilah berkawan dengan yang suka aktiviti yang sama. 

Still mencari acara country run (merentas desa) seperti ini, keterujaan itu masih di tahap tinggi lagi. Seronok lari di kawasan kampung ni, sejuk mendamaikan...

3 comments:

dear anies said...

join aktiviti bdk sekolah je ann... tiap2 thn ada merentas desa ;-)

wahida said...

perghhhh..terbaek la...teruskan!
i dari zaman sekolah dulu x berapa gemar berlari2 ni..huhu...

Umialya said...

Tahniah..

Akak dr dulu hg kini, bab2 larian ni agak terbelakang...