Monday, September 10, 2018

Monday - 10th Sept 2018

Assalammualaikum semua...

Siang tadi kemahen hangat bumi, petang ada hujan lebat turun dan malam ni sejuk bumi Allah, alhamdulillah. Hari ni not much happen, cuti in lieu sempena birthday agung 😇 Sebelum tengah hari keluar pegi office ambik barang personal, ada dalam 2 beg jugak bawak keluar...barang2 lain yang tak sempat kemas tinggalkan dulu. Besok kalau balik KL lagi boleh ambik balance barang yang tinggal.

Lepas tu teruskan plan to MyTown, pertama kali jejak ni gara2 nak mencuba resto korea di sana. Cari parking memang la 'GAMPANG' versi Malaysia ye, pusing berkali2 tapi takde langsung parking sampai saya dah nekat sekali pusingan je lagi, if takde jugak...bayar parking dan keluar terus. At last dapat jugak, memang mengila la nak datang MyTown ni, payah nau nak parking...ramai gamaknya yang tak out from town rupanya. Terus mencari tempat makan yang dihajati, mujur tak perlu nak 'Q' dan boleh makan dengan tenang. Lepas lunch, saja jalan2 dalam MyTown tu...tengok apa yang ada didalamnya. Okay overall boleh datang lagi tapi not on weekend la ye, macam lahanat nak mencari parking. Nak lagi senang datang naik MRT je. Sempat la shopping pants dekat Uniqlo 😀 

Keluar dari MyTown langsung saja ke Tesco untuk misi mencari makanan kucing tapi singgah minum petang di Secret Recipe, kan dari 3pm-5pm makan cake dapat kopi free...mane nak dapat kan 😄 Lepas tu baru cari barang dalam Tesco dan terus keluar bila dah complete. 

Selepas tu terus ke pet shop mencari pasir kucing. Brand yang biasa guna dah habis, terpaksa beli brand lain pulak, hope kualiti okay la...suami cerewet sikit bab2 pasir kucing ni. Maklumlah sekarang suami yang menjaga semua kucing2 di rumah masa saya takde 😅 

cendol

bihun sup

Selepas selesai segala urusan, jalan2 petang...usual activity bersama suami. Pusing2 la ikut mana nak pergi. Terus singgah early dinner, bihun sup dengan cendol. Lepas tu terus balik rumah selepas seharian keluar memenuhi segala agenda. 

Besok sudah mahu pulang ke Johor, lega bila semua urusan di rumah dapat diselesaikan 🙌

5 comments:

dear anies said...

kat sini smlm mcm nk ribut habis tempias smpi dlm rumah

Anis Azalea said...

MyTown tu kau kena pergi jam 9 pagi. Jam 12 tengahari kau balik. Tak delah sakit hati cari parking.

aiezza.sue said...

menggoda la 2 gambar tu...dua yang memang saya tak boleh tolak

Abam Kie said...

selalu travel utk kerja kekadang meletihkan jd masa2 begini la nak habiskan masa dgn keluarga..

mrs adam said...

peh lapar tau tgk gambar mknn.huhu