Monday, October 29, 2018

Monday, 29th October 2018

Assalammualaikum semua...

Ada 2 perkara yang terjadi hari ini, pertama yang melibatkan negara jiran kita Indonesia dan yang ke dua hanya berkenaan dengan ahli keluarga saya sahaja.

Perkara yang menggemparkan, Lion Air yang membawa 189 penumpang termasuk anak kapal terhempas pagi tadi. Pesawat JT610 yang dijadualkan terbang dari Jakarta ke Pangkal Pinang. Kerja2 mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan ketika ini, tak kurang jugak ramai pengkaji kejadian tak bertauliah membuat RUMUSAN sama. Tiba2 terimbas kembali peristiwa 2 pesawat kita MH17 & MH370 😖 

Another perkara, hari ini bertambah jumlah ahli keluarga besar saya dengan lahirnya seorang baby girl. Cucu saya yang ke 3 and still counting 😀 Lahir tengah hari tadi di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Semangat budaknya, lebih dari 3kg dan dilahirkan secara normal.

cutting birthday cake

Celebrate birthday for October's babies last Thursday dekat KL office selepas habis meeting. Makan cake je, takde juadah sampingan yang lain sebab nak make sure cake habis dimakan tanpa perlu di simpang atau dibawa pulang 😃

Thursday, October 18, 2018

Thursday, 18th October 2018

Assalammualaikum semua...

Hangat perbincangan hari ini, bergaduh pasal structure...pung pang pung pang tapi at the end takde yang nak cuba memahami. Masing2 masih lagi tak mau memahami, masih berpegang pada pendapat/pegangan masing. Habis tu yang lain2 dalam meeting room ni hanya sebagai 'penonton' menonton setiap 'live drama'. 

Memang benarlah bak kata pepatah, orang arab ni sentiasa merasakan mereka BENAR setiap masa. Bertegang uratlah macam mana pun, they dont want to understand. Salam tangan laga pipi pun lah, kalau dah tak sependapat susah nak justified. 

Tapi bila makan time, masing2 still boleh seat eat together. That's work life nowadays 😏 

Sudahnya lunch pun lambat, about 2pm baru boleh makan. Mujur je pagi tadi sebelum keluar bilik, sempat lagi bancuh nescafe cicah biskut kering...standard makanan orang bujang dan yang paling senang. Ini jugak makanan malam kalau dah malas sangat nak turun makan dekat cafe hotel. Abaikan tarikh dekat kertas tu, buat conteng2 notes...3R - 💚 Reduce Reuse Recycle  

Alangkahnya best nya kalau dapat makan maggi masak sendiri kan. Sekarang ni asyik makan maggi rendam air panas je, sungguh tak best tapi kalau dah lapar habis jugak ditelan. Malam tadi suami masak maggi, ko tengok gambo tu...nampak tak mana kuahnya ?!!! Entahlah, asalkan mamat tu bahagia je sudahlah 😎

Monday, October 15, 2018

Nasi 3 warna aka hujan panas

Assalammualaikum semua...

Nasi 3 warna sesuai untuk memberi kelainan sikit bagi sesiapa yang ada anak untuk menikmatinya. Kanak2 kan teruja pada benda yang ada warna selain dari warna putih nasi biasa + ada rasa sikit yang membolehkan mereka makan begitu saja. 

Sesuai juga untuk dibuat hidangan untuk apa2 acara menjamu tetamu yang datang bertandang. Gandingkan nasi ini dengan hidangan lauk kegemaran masing2. Tidak ada specific lauk, any lauk boleh saja dipadankan dengan nasi 3 warna ini. Resepi seperti di bawah: 

2 cawan beras (ikut jenis kegemaran)
2 cawan air  
Pewarna merah hijau kuning
Garam
Stok ayam
Daun pandan
Margerin
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 inci halia

Cuci beras dan toskan. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan periuk dan masukkan margerin sehingga cair. Tumiskan bahan blend hingga naik bau. Masukkan air, stok ayam, sedikit garam dan daun pandan. Masukkan beras dan biarkan kering seperti biasa. 

Setelah nasi kering, buatkan lubang pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit pewarna mengikut lubang2 yang berbeza. Biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya dan kacau. Jadilah nanti 3 warna yang berbeza seperti gambar di bawah.

bawak bekal ke office, beli lauk ayam goreng kunyit dengan telur goreng

Sunday, October 14, 2018

Lauk kenduri kawin

Assalammualaikum semua...

Baru saya sedar yang tahun ni rasanya tak banyak jemputan kawin yang saya terima. Adakah sebab saya dah tak ramai kawan lagi, eh memang tak ramai kawan pun...sungguh saya memang tak pandai sangat nak berkawan ni 😀

Tahun ni pun takde anak2 buah ke sepupu ke sedara mara ke yang menamatkan zaman bujang. Perasan ni sebab tiba2 tailor hantar WA tanya khabar beserta pertanyaan "dah lama nyah ko tak buat tempahan. body ko tak bergetah lagi ke nyah...!!!". Lahar kan statement, mengundang sangat tu 😁

Ye la, setiap kali ahli keluarga terdekat adakan kenduri kawin, benda pertama sekali yang difikirkan adalah baju sepanjang majlis. Gen sekarang ni rata2 ada je pilihan warna masing2 yang menjadikan warna tersebut sebagai 'tema' jugak. Kita ni terpaksalah ikut kehendak yang nak diraikan selagi boleh. Baru sedar jugak, tahun ni takde lagi pegi Gulatis ke Jakel ke mencari kain2 ni. Baju raya ari tu pun entah tahun bila punya kain.

Yang paling rindu sekarang ni, lauk kenduri kawin. Kadang lauk pauk kenduri kawin ni sama je, tak lari jauh pun konsep tapi tang kesedapan tu susah nak diterjemahkan...sedap lain macam.   

nasi minyak orang kawin 😋

Ada 2 jemputan kawin sedang menunggu tapi tahun depan la. Looking forward for this 2 weeding, insyaAllah awal tahun jugak 2 ni pun. Jemputan kawan2 baru nak naik pelamin, level adek2 la yang kawin nya pun.

Wednesday, October 10, 2018

Muffin Vanilla Chocolate Chips

Assalammualaikum semua...

Semenjak jarang berada di rumah, outstation yang terlalu kerap sehingga sekarang ditukarkan terus ke selatan Malaysia. Tidak lagi dapur di rumah panas, kalau panaskan sebab suami panaskan frozen food or goreng telur or masak maggi. Kenang balik kesian jugak suami tapi kami dah biasa begini, kalau tak saya outstation...suami pulak. That why we always appreciate moment2 together seperti makan berdua di luar rumah, ermmm lebih kepada malas nak masak je sebenarnya 😀

Antara cake yang paling mudah penyediaannya, cup cakes. Kacau2 je dah jadi...senang kan macam tu 😁 Antara muffin yang saya sediakan last weekend, vanilla chocolate chips.

chocolate chips
yang ni pun sama
campuran, ada chocolate rice jugak and plan vanilla

Bawak balik Johor 4 ketul tu. Niatnya nak makan sambil2 tunggu flight ari tu tapi ada yang ajak lepak MAS Domestic Lounge, simpan je dalam beg 😃 Takde resepi la ye, basic je kot...boleh random search. 

Thursday, October 4, 2018

Thursday - 04th October 2018

Assalammualaikum semua...

Ada satu ketul manusia yang dah buat ada API sikit la dalam perasaan ni. Hakak ni mood pepagi tak berapa molek dek, jangan cari pasal la. Ikutkan boleh je pegi report dekat manager dia tu, tapi kang kata kita tutup periuk nasi orang pulak tapi that kind of attitude memang sangat tidak patut bagi seketul yang bekerja di dalam hotel. Biarkan je la, malas nak layan perangai budak2.

Terus masuk office, settle kan kereta jugak...fuel gas and hantar cuci. All must done by today. On Thursday je mesti rasa masa ni macam lembab je berlalu 😠 Nampak nau tak sabar nak balik KL dah. Tadi singgah lunch dulu. Tekak teringin sangat nak roti bakar cicah cekelat cair dengan madu, penangan kawan2 le ni. Ari tu diorang makan macam ni, teringat2 weh sampai ari ni nak kena repeat balik 😋   

Balik KL nanti nak makan bihun kari la, kalau dah tekak ni teringin susah nak resist. This time around boleh stay KL sampai Isnin, malam baru balik semula ke Johor.  

Monday, October 1, 2018

Dotty's Pastries & Coffee TTDI

Assalammualaikum semua...

Kegilaan muda mudi sekarang ni, melepak di hipster cafe like tumbuh melata serata negeri. Saya yang tak berapa nak muda mudi pun terikut sama, katanya nanti tak hipster pulak 😔 walaupun terpaksa terima hakikat kopi secawan yang boleh minum 3 teguk saja dengan harga 10++ hengget, ridiculous 😑

Ini berkenaan satu tempat yang saya dan kawan2 pernah pegi beberapa tahun lepas dan sehingga kini tempat ini masih ber'nyawa' dengan baik lagi. Bukan apa, untuk membuktikan tempat ini menyajikan hidangan yang membuatkan pelangan2nya repeated once they teringat/teringin seperti saya jugak. Almost beberapa kali jugak saya ke cafe ini, Dotty's Pastries n Coffee located di TTDI yang sangat femes dengan salted egg yolk cronut nya. Kalau lalu di tempat cake or pastries tu serasa macam nak order setiap satu dari hidangan tu, tempting habis 😋 But for their special signature salted egg yolk cronut, kena datang awal sebelum tea time kot...if lambat, melepas.  

Saya always come for their coffee and pastries tapi jangan risau, cafe ini juga menyajikan hidangan lengkap for brunch and lunch. Seperti yang saya mention tadi, if you nak mencuba salted egg yolk cronut macam gambo atas ni, sila datang sebelum 3pm on weekend especially...inshaAllah masih ada lagi. I can eat this alone, no share2 😀 

This is what we are order last time went lepaking/membawang. Secawan kopi sorang satu lepak berjam2 lamanya...kalau dekat mamak ni mau dah penuh meja dengan cawan kosong 😝