Saturday, July 13, 2019

Cucur Udang

Assalammualaikum semua...

Sehari dua ni suhu di Desaru sangatlah panas, tidur malam terpaksa ON aircond paling sejuk dengan full fan. Kalau suhu biasa saya cuma 20C + full fan je. Petang tadi ternampak dekat gerai durian masih ramai lagi yang singgah makan. Terfikir jugak di hati, tak panas badankah diorang makan durian sekarang ni. Kalau saya tu entah la, mau tido tak pakai baju nanti 😎 

Petang ni saya hanya berehat di dalam bilik selepas balik dari office, terbayang pulak kalau dapat makan cucur udang petang petang ni tentu seronok. Bilik residence ni ada stove tapi takde lah sampai saya nak mengoreng dalam bilik pulak. Tak suka ada bau yang tertinggal dalam bilik nanti walaupun top hood pun ada disediakan. Stove tu saya selalu guna untuk masak maggi dengan rebus telur saja. Kalau ter-rajin sikit, saya ada jugak buat pengat. Pengat letak daun pandan kan sedap baunya 😀

Berbalik pada cucur udang tadi, ini adalah hidangan minum petang saya minggu lepas bersama suami. Lama tak makan gamaknya, sekali goreng habis semangkuk besar makan dua orang 😁 Bawah ni resepi saya, sukatan ikut masing masing

Tepung gandum
Daun kucai
Taugeh
Bawang besar - potong dadu
Cili merah - racik halus
Udang sederhana besar 
Air secukupnya 
Serbuk kunyit secukupnya
Garam 

Masukkan garam serta serbuk kunyit ke dalam bekas tepung gandum dan kacau rata. 

Masukkan bawang, cili merah, taugeh dan daun kucai, gaul rata. Tuangkan air ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Jika terlebih air, boleh tambah tepung gandum. Masukkan udang dan dikacau rata. Panaskan minyak yang agak banyak dan sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Pastikan setiap adunan ada udang ye dan goreng hingga masak kekuningan. 

Angkat dan tos, sedap dicicah dengan cili sos je 😋


8 comments:

Cik Nor said...

sedapnya cucur udang..:)

Aisya Ismail said...

Sedapnya makan ppetang-petang dengan teh o panas.

Anis Azalea said...

Suka coq udang

Warisan Petani said...

Sedap makan panas2

Miss Volvo said...

wah sedapnya nyammmmmmmm!!

Maria Firdz said...

nyum2... sedapnya...

adianiez AIDA said...

sedap nyer, ann.
tapi tu la, udang tu aida x dpt makan, elergi resdung.
tapi sgt suka udang tau.
dah tua-tua ni hah, elergi makin terok!

Nina Mads said...

esok boleh ler masak.. harini bawa bekal cucur jagung