Monday, July 1, 2019

Monday, 01 July 2019 - Popia Kuala Kangsar Paroi

Assalammualaikum semua...
Salam 27th Syawal

Sungguh aih cepat betul masa berlalu, la ni dah hujung hujung Syawal rupanya. Tak banyak gamaknya terima undangan open house kot + takdolah baju raya sampai 10 pasang or mix and match baju lama 😀 Bukan senang nak balik cuti pun kan, dapat singgah rumah sibling beraya pun dah cukup lengkap raya saya tahun ini. 

Last weekend balik Seremban, ada jemputan wedding tapi saya tak pergi pun sebab lupa sungguh pasal wedding ni. Family group pulak tak hantar reminder, sudahnya balik Seremban bawah tshirt dengan jeans je. Mau kena buang saudara kalau ko pakai baju macam tu pegi majlis kawin ye 😁 jangan dibuat buat.

Petang Sabtu pegi minum petang di Popia Kuala Kangsar, tak perlu sampai ke Kuala Kangsar tu semata nak makan popia kebabom sedapnya ni...somban pun ado 😂 Nak ke sini kena mai awai no, by 6pm tu kira nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam je. Tetapi biasanya memang tinggal ayaq minum je la. 

Masa saya sampai, kulit popia dah tinggal banyak tu ja walhal masa tu baru jam 4++pm je. Ingat by 5++pm dah habis, memang laku 'keras' popia ni. Antara menu yang di order...

 popia basah - wajib order

 cucur udang campur 

 popia goreng 

variety of cendol tapi saya paling suka cendol jagung

Sedap minum petang reramai ni, bawak segala ahli keluarga selepas depa habis makan kenduri kawin. Ahad, pegi makan durian pulak 😃

1 comment:

adianiez AIDA said...

wah. dekat jer dgn umah mak mertua aida ni.
dah le popia ni one of my feveret, ann :)
tq tq tq...