Monday, June 24, 2019

Run Out Marathon 2019

Assalammualaikum semua...
Salam 20th Syawal

5th run and 3rd 21km untuk tahun ini.

Race date/venue: 16th June 2019 / Persiaran Flora, Cyberjaya
Flag off: 5am
Catagories: 5km, 10km, 21km

Race kit collect di D'Pulz Shopping Centre, Cyberjaya sehari sebelum event day. Tak jauh dari tempat event akan berlangsung. Dari main entrance tu dah nampak canopy untuk event tu nanti. Keluar rumah awal sebab ada beberapa tempat nak singgah pada hari yang sama. Mula mula pergi ke Jalan Klang Lama atas urusan lain, lama jugak sangkut di situ sebenarnya tapi takpe asalkan selesai urusan sudahlah. Selepas tu baru pergi ke Cyberjaya then terus proceed ke Sungai Machang, berhari raya di rumah kakak sulung. Planning dari hari raya lagi sebab masa raya tu tak jumpa kakak sulung ni. 

Makan durian bagai tak ingat jugak, sampai perut dah senak sangat. Sungguh lahai, sampai terpaksa baring dek kerana terlalu banyak makan 😂 Dah terasa macam kembali ke zaman kanak kanak dulu, makan terlalu banyak lepas tu muntah. Lepas je azan Isyak, terus balik ke Ampang, kena rehat awal untuk race keesokannya. 

By 330am dah keluar rumah. Sampai race event ada masa lagi 1/2 hour to start. Drop beg, pegi toilet, warm up antara perkara wajib buat sebelum acara bermula. Tak rasa nak kencing pun, teran jugak bagi kencing 😀

Acara bermula on time. Lari selepas raya ni semacam penatnya. Tambahan pulak dah pulun makan memacam makanan sehari sebelum tu kan. Menerimalah padahnya 😓 Yang pasti hakak habis larian jugak, alhamdulillah belum ada lagi berhenti separuh jalan.

Dan inilah keputusannya...haru kan. Almost 3 hour, OMGsss.

Try to maintain the pace tapi dah nak akhir akhir tu tak larat nak berlari lagi. Laluan mendatar yang panjang membuatkan saya mula bosan. 

Medal - front

Medal - back 
Ada magnet belakang medal tu sebab ini adalah acara 'Double Victory', ertinya ada 2 acara yang sama cumanya berlainan tempat dan tarikh. Dah beberapa tahun dan kali jugak saya sertai run out marathon ni. Setiap tahun acara ini hanya diadakan di Kuantan Pahang. 2 kali jugak tukar venue berlainan di sekitar bandar Kuantan tu. Cuma tahun ini Monkey Theory selaku organizer acara ini tengah menganjurkan 2 acara yang sama tetapi berlainan tempat dan masa. 

Acara pertama telah berlangsung di Kotasas, Kuantan pada 24th April dan yang ke dua di Cyberjaya baru baru ini. Bila join 2 acara sekali gus, dapatlah murah sikit yuran penyertaan dan dapat 2 medal yang sama cuma details yang berbeza. Boleh lekatkan pada magnet yang disediakan itu. Tak dapat nak tunjuk contoh sebab saya hanya join acara di Cyberjaya saja, semenjak kerja jauh di Johor ni nak join larian jauh dari bandar KL pun susah. InshaAllah tahun depan mungkin boleh join.

Next run hujung minggu ini, wish me luck 😉

1 comment:

Ujie Othman said...

wow...tahniah!!!
21km tu!