Sunday, February 23, 2020

Sunday, 23rd February 2020

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni musim panas kering dengan suhu alam yang mendadak naik. Maka elakkan berada di luar atau tempat terbuka, kurangkan aktiviti luar rumah dan banyakan minum air putih/masak. Macam saya yang selalu lakukan larian akan pastikan mula larian pada awal pagi sekitar 6am sehingga 830am bergantung pada tahap kepanasan. Sekiranya panas awal, saya akan berhenti awal sebab saya bukannya tahan sangat dengan haba panas ni 😅 Seperti larian saya pagi tadi bermula seawal 430am, by 7am sudah sampai garisan penamat.

Macam sekarang ni, terlalu dambakan cuaca sebegini...hujan selebat yang boleh sampai sejuk muka bumi ini 😇 Alhamdulillah, petang tadi bumi Bandar Penawar disimbah hujan yang agak lebat sehingga malam.

Last week sibuk sana sini situ pasal KFC giving away free meal untuk setiap orang bersempena 68th Anniversary. Dapat jugak tapi saya tak sanggup nak beratur sama di barisan yang agak panjanggggg semata untuk mendapatkan makanan percuma ni. Tidaklah berlagak ye tapi almost setiap minggu pun saya makan ayam KFC yang menjadi kegemaran saya dan suami, jadi tidaklah rasa terkilan sangat kalau tak dapat free meal pun 😉

Itu saja yang menarik untuk dikongsi sepanjang minggu ini. Sepanjang minggu saya berada di KL sahaja, baru petang ini balik ke Desaru.

2 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah, kat sini hujan lebat petang tadi

ray said...

i haven't had KFC in so long