Thursday, July 23, 2020

Nasi Goreng Daging

Assalammualaikum semua...

Masih ada rasa geram lagi dengan segelintir manusia yang senang kata, 'pandai tak boleh diturut, bangang tak boleh diajar'. Manusia yang tak reti bahasa kata orang. Bila di suruh duduk quarantine di rumah tapi masih lagi boleh keluar bebas pegi makan di kedai, membeli barang...senang cerita tak reti duduk diam di rumah. In what any reason pun, tindakan keluar dari rumah itu tidak menghalalkan perbuatan ye. Walaupun kamu yakin yang kamu tu -ve, duduk saja di rumah diam diam agar orang di luar sana tidak panic bila nampak kamu seperti HANTU memakai gelang quarantine untuk Covid19 tu 👀 

Itu je nak bebel. Sekarang ni dah banyak kelonggaran diberikan untuk setiap dari kita melakukan aktiviti harian seperti biasa walaupun tertakluk pada SOP. Jangan pula di sebabkan tindakan 'segelintir' ini akan meningkatkan jumlah cluster yang sedia ada. Sia sia saja usaha kita semua membendung wabak ini dari awal 😖 Semenjak AirAsia sudah open schedule penerbangan, senang sikit saya nak bergerak dari Johor - KL tanpa perlu memandu sendiri. 

Last week Wednesday balik ke KL memandu sendiri. Sekarang ni dah banyak kenderaan di highway, dengan lori berlapis lapis. Dengan ada pulak kejadian lori terbakar di highway arah bertentangan ke Johor, tak pasti kisah ni masuk news ke tidak. Khamis fly ke Terengganu atas urusan kerja, day trip saja tapi sempat lagi ke Pasar Payang borong kain (pengaruh kawan kuat disini 😀). 

Jumaat sehingga ke hari ini, saya masih di KL tapi petang nanti akan bertolak balik ke Desaru semula. Peluang setiap kali berada di KL, saya akan cuba luangkan masa untuk masak sendiri instead of makan di luar. Salah satu menu adalah nasi goreng daging. Puas hati sikit bila masak nasi goreng sendiri ni, boleh makan berulang kali sampai habis sekuali nasi 😁

Sebelum tidur malam, saya masak nasi putih. Tunggu sampai nasi masak sepenuhnya dan tutup suiz periuk. Biarkan nasi sejuk sehingga pagi dengan buka sedikit periuk nasi, tak nak nasi 'berpeluh' dalam periuk.

Dalam masa yang sama, saya rebus sedikit daging untuk dicampurkan sekali dalam nasi goreng nanti. Antara bahan untuk menyediakan nasi goreng daging;

Nasi putih 
Minyak masak 
Bawang merah*
Bawang putih* 
Cili merah/padi* (* ditumbuk)
Daging - rebus dan hiris nipis
Mix vegetable 
Sos tiram
1 kiub ayam
Kicap masin
Kicap manis 
Saleri / bawang besar - hiris 
Garam dan lada sulah

Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging sedikit garing. Masukkan bahan sos dan kacau lagi. Masukkan mix vegetable dan akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata dan perasakan. Sebelum hidang, masukkan hirisan saleri/bawang besar dan gaul rata. 

Sedia untuk dihidang. 

 

Saya memang suka makan nasi goreng bersama ikan goreng walaupun dalam nasi goreng tu sudah ada daging. Rasa macam tak lengkap menu saya tanpa ikan goreng 😂

3 comments:

A m m i said...

suka nasi goreng daging..tapi tak suka ada mix vege tu. sibuk je dorang bermeeting2 dalam pinggan ammi. letak sayur lain takpe janji bukan mix vege

Siti Yang Menaip said...

ehehe sedap ni.. dah lama jugak x buat nasi goreng..

Amie said...

Peminat ikan goreng ye. Kena bawa ikan goreng ni ke mana-mana... hiks!